At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 18 : Jenayah Ilmu Pada Kesan Kontras Bias

15 0 0
                                    

Apa yang dikehendaki daripada kata-kata seperti ini? Inilah cara halus untuk merendahkan orang lain dan menyangka buruk kemampuan orang lain dengan cara kesan Kontras bias

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

Apa yang dikehendaki daripada kata-kata seperti ini? Inilah cara halus untuk merendahkan orang lain dan menyangka buruk kemampuan orang lain dengan cara kesan Kontras bias. Bagaimana cara ingin mengukuhkan kesan Kontras supaya ia boleh menjadi peluru yang boleh menjatuhkan lawannya tanpa melalui penghujahan ilmiah? Nukilkan seberapa banyak kelebihan dan tinggi-tinggikan sanjungan terhadap tokoh tersebut. Tidak kiralah apa pun. Sama ada ramai gurunya, ramai muridnya, banyak penulisannya, banyak pujiannya daripada orang lain dan lain-lain. Kemudian, apabila ada orang lain yang tidak bersependapat dengan tokoh tersebut, kemudian dilihat orang tersebut kurang atau tidak mempunyai sebanyak yang tokoh itu ada, maka tidak didengarkan hujah tersebut. Mentang-mentang orang tersebut tidak pernah disebutkan namanya dalam biografi, ini menjadi halal untuknya memperlekehkan orang dan menyangka buruk terhadap orang lain. Sungguh jijik perbuatan ini.

Ingin tahu apa kesannya kepada kesan Kontras sebegini? Pertama, pelakunya menyangka buruk sewenang-wenangnya bahawa orang lain tidak mempunyai kemampuan ilmu untuk berselisih pandangan. Dengan menyangka buruk sebegini, mereka langsung tidak mahu mempeduli hujah ilmiah yang dibentangkan oleh orang lain. Malah, menjadi penentang yang keras bukan atas dasar ilmu, tetapi atas dasar sangka buruk terhadap orang yang berasaskan bias seperti itu. Dengan menyangka buruk ini jugalah dia menghalalkan untuk mencela, mencemuh, mempersenda, menghina, menyindir dan menyakiti orang lain sehabis-habisnya.

Kedua, ini membawa kepada sikap Argumentum Ad Verecundiam atau penyandaran kepada pihak berpengaruh. Tidak mengapa seseorang ingin membawakan pendapat tokoh dan mempertahankan kebenarannya. Namun, yang menjadi tercela adalah tokoh itu dijadikan neraca sama ada benar atau tidak pendapat seseorang itu. Malah, menjadikan tokoh itu sebagai tanda aras seseorang itu pandai atau bodoh. Mana-mana yang bertentangan dengan pendapat tokoh tersebut dianggap salah dan tiada apa-apa nilai ilmiah. Neracanya bukan kaedah ilmu, tetapi keselarian dengan apa yang dinyatakan oleh tokoh tersebut.

Ketiga, ia menjebakkan seseorang bermain Ad-Hominem atau membangkitkan isu peribadi untuk menyahkreditkan hujah lawan. Oleh sebab dia ingin mempertahankan ketaksuban dan tidak ada hujah untuk dibentangkan, maka yang dibuat adalah menyelongkar isu-isu peribadi yang tidak ada kena mengena dengan argumen yang dibawakan semata-mata untuk menampakkan bahawa kebenaran itu belum cukup jelas untuknya atau mahu mendiamkan seseorang itu atau yang lebih parah adalah ingin menjatuhkannya.

Sekarang, jelaslah bahawa betapa buruknya kesan Kontras seperti ini. Ia akan mencambahkan lagi kejahatan-kejahatan lain yang memberi impak kepada jenayah ilmu dan pemikiran. Orang yang memandang rendah dengan dosa ini dikhuatiri akan terjebak dengan kesombongan. Ingat! Kesombongan adalah sepertimana yang Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda :

مَنْ بَطِرَ الْحَقَّ وَغَمَطَ النَّاسَ

"Mereka yang menolak kebenaran dan meremehkan manusia". [Sunan Abū Dāwud, kitāb al-Libas, no. 3571].

Cukup dengan dua syarat ini, ia sudah cukup menjamin seseorang itu sebagai dosa! Sebab itulah ia wajar diperingatkan secara tegas.

Kemudian, aš-Šāfi*iyy telah menyebutkan bahawa :

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum