At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 16

8 0 0
                                    

Antara Manhaj Interaksi Dengan Penafsiran Ahli Tafsir

Ada beberapa bahagian yang ingin saya komentar dan saya telah tandakannya isi yang ingin difokuskan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ada beberapa bahagian yang ingin saya komentar dan saya telah tandakannya isi yang ingin difokuskan.

A) Garis Merah :

Benar sekali bahawa jika tidak ada ahli tafsir yang terdahulu tidak mentafsirkan seperti sesuatu pendapat, maka bukan bermakna itu salah. Ini salah satu perkara yang sebahagian orang terbabas dalam memahaminya. Mereka beranggapan seolah-olah tafsir daripada ahli tafsir setara dengan as-Sunnah yang mampu mengehadkan sesuatu makna dan penafsiran atau meluaskannya atau mengkategorikannya atau lain-lain. Selagimana belum ada petunjuk yang menyatakan penyempitan penafsiran, selagi itulah ia boleh ditafsir dengan walau cara macam mana sekalipun jika dengan landasan yang benar sekalipun tiada siapa yang terdahulu pernah menyebutkannya. Berjaga-jagalah dalam berpegang dengan membataskan makna akibat terlalu bergantung kepada penafsiran ahli tafsir kerana itu penyebab seseorang terjerumus dalam bidaah, syirik lagi kafir apabila sampai ke tahap iktikad.

B) Petak Kuning :

Sepertimana yang telah dijelaskan tadi, selagimana penafsiran itu berdasarkan manhaj ilmu yang benar, penafsiran itu dikira benar sekalipun tiada siapa pernah yang menyebutkan seperti itu. Cakap, bicara dan pendapat orang terdahulu bukan hujah mutlak di sisi agama. Kebenaran tetap kebenaran walau dari mana-mana zaman sekalipun dan walau dari sesiapa pun. Wajib ke atas kita melazimi kebenaran.

Yang anehnya, meskipun benar penafsiran menurut bahasa Arab dan kaedah fiqh, ada orang akan mempersoalkan keabsahan dengan membangkitkan persoalan "Apakah ada yang terdahulu menyatakan sedemikian?". Persoalan seperti ini bukan salah dan tidak salah untuk meminta kepastian. Namun, persoalan ini tersisip keingkaran terhadap penafsiran yang baharu yang tidak dikenal sebelumnya, apatah lagi jika ia datang daripada orang yang berlainan aliran. Bukannya ingin melihat sama ada benar atau tidak menurut pertimbangan kaedah ilmu.

C) Garis dan Petak Hijau :

Inilah yang selalu ditegaskan. Apabila ditemui penafsiran yang berwajah baharu, kita perlu meneliti dengan kaedah ilmu. Bukan hanya bermain Argumentum Ad Verecundiam atau penyandaran kepada pihak berpengaruh yang mana apabila tidak sekata atau tidak bersamaan dengan ahli tafsir terdahulu, terus dianggap salah. Apakah ahli tafsir tidak ada kaedah ilmu dalam membuat penafsiran sehinggakan apa yang keluar dari penanya terus daripada fikirannya, kemudian tiba-tiba ditetapkan bulat-bulat bahawa inilah yang betul dan tidak salah? Semestinya ada. Kita menerima penafsiran mereka kerana kaedah mereka, bukan susuk tubuh atau aura pada nama mereka itu sendiri. Lalu, jika kita menafsirkan dengan menggunakan kaedah ilmu yang benar, mengapa tidak boleh diterima pula?

Apabila tiada ahli tafsir yang menyelisihi penafsiran sesama yang lain bukan bermakna itu salah dan tiada nilai dalam kehujahan jika dibuktikan dengan cara ilmu. Tafsiran ahli tafsir bukan kehujahan mutlak. Hujah mereka boleh dibatalkan atau dilihat dari sudut lain jika ada hujah yang kukuh untuknya. Sebab itu setiap pentafsiran perlu diteliti secara kritis sama ada menepati kaedah ilmu ataupun tidak serta perlu menerima keterbukaan dalam wacana ilmu supaya kita bukan sahaja tersepit dalam satu penafsiran dan menidakkan pertimbangan ilmu yang lain, malah supaya kita selamat daripada belenggu syirik yang kita sentiasa mintakan perlindungan daripada Allah Tabāroka Wa Ta*ālā dengan cara pergantungan yang iktikad padanya.

Dan benar katanya lagi bahawa meskipun ada ahli tafsir berkata bahawa tidak boleh menafsirkan sedemikian, ia bukanlah hujah yang dimestikan. Selagimana ia menepati dengan kaedah ilmu, ia tidak ada masalah walaupun menyalahi pendapatnya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/623933132533579776/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-16-antara-manhaj

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now