At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 3

23 0 0
                                    

Mazhab Firman Allah Dan Sabda Rasul Adalah Mazhab Tidak Membaca Kitab Ulama?

Adakah orang yang bermazhab firman Allah dan rasul-Nya tidak boleh menelaah kitab-kitab ulama? Ini contoh orang yang cacat akalnya cuba mencela penuntut ilmu untuk melangkaui alam taklid dan berusaha untuk berijtihad secara bebas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Adakah orang yang bermazhab firman Allah dan rasul-Nya tidak boleh menelaah kitab-kitab ulama? Ini contoh orang yang cacat akalnya cuba mencela penuntut ilmu untuk melangkaui alam taklid dan berusaha untuk berijtihad secara bebas. Allah Ta*ālā berfirman :

فَبَشِّرْ عِبَادِ﴿١٧﴾ الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّـهُ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿١٨

"Maka sampaikanlah khabar gemibra kepada hamba-Ku, iaitu orang yang mendengarkan hujah, lalu mereka mengikuti yang paling terbaik. Mereka itulah orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ūlū al-Albāb". [Surah az-Zumar ayat 17-18].

Melalui ayat ini, Allah menyatakan bahawa hamba-Nya mendengarkan qaul sebelum mengikuti yang terbaik. Boleh sahaja bagi Allah untuk tidak menyatakan mendengarkan qaul dan terus menyatakan mengikuti yang terbaik kerana sememang itulah objektif utamanya. Namun, Allah menyatakan mendengarkan qaul adalah kerana sumber kefahaman bukan sahaja pada teks al-Qur^ān dan hadis semata-mata, tetapi ada pada yang lain sepertimana Allah menyuruh menanyatakan kepada ahli kitab untuk memperteguhkan keyakinan terhadap Allah dan Rasul-Nya. Maka, begitu juga dengan perkara lain.

Sesiapa yang mengejek mazhab "firman Allah dan sabda rasul" tidak boleh sama sekali merujuk kepada kitab-kitab ulama, maka ini adalah orang yang dungu. Allah sendiri telah terangkan tentang orang yang mengikuti mazhab-Nya dan mazhab rasul-Nya pada firman di atas. Maka, mendengarkan pendapat selain daripada teks al-Qur^ān dan hadis, sama sekali tidak mencacatkan atau mengurangkan kedudukan orang yang berijtihad. Sesiapa yang menganggap adanya kekurangan atau kecacatan padanya, maka jangan ragu kebebalan yang ada pada dirinya.

Saya telah membahaskan secara lanjut tentang hal ini dalam penulisan saya yang berjudul Apa Erti Mazhab Firman Allah Dan Sabda Rasul?.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/617085842386780160/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-3-mazhab-firman-allah-dan

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now