At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 83 : Penerimaan Kebenaran Antara Ahli Ilmu Dan Si Jahil

3 0 0
                                    

*Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy yang menyatakan tentang pandangannya yang baharu yang menyalahi sekalian ahli ilmu pendahulunya dan sezamannya :

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy yang menyatakan tentang pandangannya yang baharu yang menyalahi sekalian ahli ilmu pendahulunya dan sezamannya :

فهذا بحث لم أسبق –والحمد لله- إليه، ولا غُلبت –والمنة لله- عليه، وهو يتعلق بنسخ تلاوة آية من القرآن، أي: نسخ لفظها بعد أن كانت من القرآن، فلا تبقى قرآنا. وهذا هو ما خالفت فيه علماء الأصول قاطبة، ومعهم المتخصصون في علوم القرآن الكريم، وكتبت هذا الجزء لبيان ما ذهبت إليه، والاحتجاج له بدلائل قطعية لا تبقي شكا في صحة قولي، ولو تفطن لها المتقدمون ما عدلوا عنها

"Adapun setelah itu. Kajian ini belum pernah didahuluiku -segala puji bagi Allah- padanya dan tidak pernah aku dikalahi -dan segala kurnia adalah milik Allah- padanya. Ia adalah yang berkaitan dengan penasakhan pembacaan salah satu ayat daripada ayat al-Qur^ān, iaitu penasakhan lafaznya selepas ia berada dalam al-Qur^ān, lalu tidak dikekalkan pembacaannya. Ini adalah apa yang aku menyalahi ulama uṣūl secara keseluruhannya dan mereka yang berpengkhususan dalam ilmu *Ulūm al-Qur^ān yang mulia bersamanya. Aku menulis juzuk ini untuk menerangkan apa yang aku berpandangan padanya dan berhujah dengan dalil-dalil putus padanya yang tidak akan tersisa keluhan terhadap kejituan pendapatku. Kalaulah para pendahulu menyedari ini, pasti mereka tidak akan menyimpang daripadanya". [Ḏawq al-Ḥalāwah Bi Bayān Imtinā* Nasẖ at-Tilāwah, m/s 3, keluaran Maktabah al-Qōhiroh].

Sama ada salah atau benar pandangan *Abdullah al-Ġumāriyy, itu terserah kepada para pembaca. Namun, kita sedar bahawa pandangan baru ini sudah cukup menggegarkan dunia ilmiah kita untuk menelaah semula analisis kritis dalam membina suatu pandangan yang telah lama dipegang. 

Barangkali bagi sebahagian orang, ia adalah perselisihan pandangan yang baru yang wujud pada masa ini yang boleh diambil kira. Bagi sebahagian yang lain pula, ia tertolak secara mutlak dan tidak diambil kira pandangannya sebagai perselisihan yang muktabar, tetapi mengandungi kualiti ilmiah yang mapan.

Bayangkan yang satu pandangan ini cukup membuatkan menggugah kejituan pandangan para ulama kita sehingga mencetuskan perdebatan. Bayangkan pula jika benar-benar wujudnya sepertimana yang disentuh as-Suyūṭiyy :

قال ابن برهان: لا ينعقد الإجماع مع مخالفة مجتهد واحد خلافا لطائفة وعمدة الخصم أن عدد التواتر من المجتهدين إذا أجمعوا على مسئلة كان انفراد الواحد عنهم يقتضي ضعفا في رأيه. قلنا: ليس بصحيح إذ من الممكن أن يكون ما ذهب إلى الجميع رأيا ظاهرا يبتدر إليه الأفهام وما ذهب إليه الواحد أدق وأعوص وقد ينفرد الواحد عن الجميع بزيادة قوة في النظر ومزية في الفكر ولهذا مدح الله الأولين فقال تعالى: "وقليل ما هم" وقال تعالى: ثلة من الأولين وقليل من الآخرين". انتهى.

Berkata Ibn Burhān: "Tidak tersimpul ijmak bersama penyelisihian seorang mujtahid yang bersalahan dengan sesuatu golongan. Tonggak perselisihan adalah bahawasanya sejumlah ramai yang tidak terkira bilangannya dari kalangan mujtahid apabila bersepakat dalam suatu isu, yang terjadi pada ketersendirian seseorang daripadanya menunjukkan lemahnya dalam pandangannya. Kami katakan ini tidaklah betul memandangkan termasuk yang dimungkinkan adalah apa yang para sekalian mengambil suatu pandangan yang zahir yang automatik kefahamannya padanya, sedangkan yang seorang daripadanya lebih teliti dan lebih peka. Boleh jadi yang bersendiri daripada para sekalian mempunyai kekuatan tambahan dalam pemerhatian dan keistimewaan dalam fikiran. Kerana inilah Allah memuji para golongan yang awal. Dia Ta*ālā berfirman: {Sedangkan sedikitnya mereka}. Dia Ta*ālā berfirman: {Segolongan besar dari orang terdahulu dan sedikitnya dari orang terkemudian}". [Ar-Rodd *Alā Man Aẖlada Fī al-Arḍ Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kulli *Aṣr Wa Farḍ, m/s 82, keluaran Maktabah aṯ-Ṯaqōfah ad-Dīniyyah].

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now