At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 104 : Kaitan Al-Aš*ariyy Dengan Jahmiyyah

9 0 0
                                    

Kadangkala, kita melihat sebahagian penganut aliran al-Aš*ariyy berang apabila mereka dilabel sebagai Jahmiyyah dan kononnya itu adalah pelabelan yang zalim terhadap disamakan dengan aliran yang sesat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kadangkala, kita melihat sebahagian penganut aliran al-Aš*ariyy berang apabila mereka dilabel sebagai Jahmiyyah dan kononnya itu adalah pelabelan yang zalim terhadap disamakan dengan aliran yang sesat.

Tidakkah mereka tahu bahawa sikap Jahmiyyah adalah suka menuduh tokoh ilmuwan ahli sunnah sebagai musyabbihah, mujassimah dan Ḥašawiyyah atau yang sering disinonimkan dengan istilah wahabi pada hari ini. Kata Aḥmad bin Ḥanbal dalam menyifatkan Jahm bin Ṣofwān, perintis kepada fahaman Jahmiyyah :

وتأول القرآن على غير تأويله، وكذب بأحاديث رسول الله صلى الله عليه وسلم وزعم أن من وصف الله بشيء مما وصف به نفسه في كتابه أو حدث عنه رسوله كان كافراً، وكان من المشبهة

"Dia mentakwil al-Qur^ān dengan yang bukan takwilnya, mendustakan hadis-hadis Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- serta mendakwa bahawa sesiapa yang menyifatkan Allah dengan sesuatu dari apa yang Dia menyifatkan diri-Nya dalam kitab-Nya atau rasul-Nya menceritakan tentangnya, maka dia adalah kafir dan dia adalah musyabbihah". [Ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh, m/s 97, keluaran Dār aṯ-Ṯabāt Li an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Ṣobriyy bin Salāmah Šāhīn].

Isḥāq bin Rōhūyah berkata :

عَلَامَةُ جَهْمٍ وَأَصْحَابِهِ دَعْوَاهُمْ عَلَى أَهْلِ الْجَمَاعَةِ , وَمَا أُولِعُوا بِهِ مِنَ الْكَذِبِ , إِنَّهُمْ مُشَبِّهَةٌ بَلْ هُمُ الْمُعَطِّلَةُ وَلَوْ جَازَ أَنْ يُقَالَ لَهُمْ: هُمُ الْمُشَبِّهَةُ لَاحْتُمَلَ ذَلِكَ , وَذَلِكَ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ: إِنَّ الرَّبَّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فِي كُلِّ مَكَانٍ بِكَمَالِهِ فِي أَسْفَلِ الْأَرَضِينَ وَأَعْلَى السَّمَاوَاتِ عَلَى مَعْنًى وَاحِدٍ وَكَذَبُوا فِي ذَلِكَ وَلَزِمَهُمُ الْكُفْرُ

"Tanda-tanda Jahm dan pengikutnya adalah panggilan mereka terhadap ahli al-Jamā*ah dan apa yang disandarkan padanya adalah sebahagian daripada dusta. Sesungguhnya mereka adalah musyabbihah, padahal hakikat sebenarnya mereka adalah mu*aṭṭilah. Kalaulah boleh dipanggil kepada mereka bahawa mereka itu adalah musyabbihah, maka dibolehkan untuk itu. Itu adalah kerana mereka berkata bahawa sesungguhnya tuhan Tabāroka Wa Ta*ālā dalam setiap tempat dengan keseluruhannya di bumi paling dan langit paling atas atas makna yang sama. Mereka berdusta pada hal itu dan membiasakan kekafiran pada mereka". [Šarḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588, keluaran Dār Ṭoyyibah, Saudi, tahqiq Aḥmad bin Sa*d bin Ḥamdān al-Ġōmidiyy].

Abū Ḥātim ar-Rōziyy berkata :

عَلَامَةُ الْجَهْمِيَّةِ تَسْمِيَتُهُمْ أَهْلَ السُّنَّةِ مُشَبِّهَةً

"Tanda-tanda Jahmiyyah adalah penamaan mereka terhadap ahli sunnah sebagai musyabbihah". [Šarḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588, keluaran Dār Ṭoyyibah, Saudi, tahqiq Aḥmad bin Sa*d bin Ḥamdān al-Ġōmidiyy].

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now