At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 91 : Bagaimana Untuk Tahu Islam Yang Sebenar?

1 0 0
                                    

Sebahagian orang mengutarakan kemusykilan bahawa mengapa terpecahnya agama Islam kepada aliran dan yang mana satu perlu diikuti?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebahagian orang mengutarakan kemusykilan bahawa mengapa terpecahnya agama Islam kepada aliran dan yang mana satu perlu diikuti?

Jawapan saya untuk orang yang menyatakan ini adalah beritahu saya siapa sekarang yang layak memangku jawatan Presiden Amerika? Pelbagai pandangan pasti akan dikemukakan dan pertentangan sebegini akan saling bertembung.

Ada yang kata parti Demokrat sama sekali tidak layak. Ada yang berkata parti Republikan tidak layak langsung. Ada yang berkata parti Libertarian tidak ada nilai sama sekali. Ada yang berkata parti Alliance tidak boleh dipercayai sama sekali. Pelbagai pandangan lagi yang lain yang masing-masing adanya percakaran antara satu sama lain.

Jadi, dengan banyak pertentangan sebegini, mana satu yang patut kita pilih? Sudah tentu kita ada kriteria dan prinsip yang disepakati bersama walau daripada mana-mana parti dalam penilaian seseorang itu benar-benar boleh menjadi pemimpin. Contohnya adalah ketelusan, integriti, pengalaman, kefahaman dalam undang-undang negara dan pelbagai lagi yang lain.

Sesiapa sahaja yang menepati ciri tersebut, maka dia layak menjadi pemimpin dan masing-masing dari parti akan sepakat bahawa itulah yang selayaknya walaupun daripada parti yang berlainan. Oleh itu, dalam menghadapi perselisihan ini, kita akan kembali kepada dasar tersebut dalam pemilihan sebelum kepada parti. Jika sesuatu parti itu mendominasi prinsip yang baik ini yang lebih banyak, maka parti itulah seharusnya disokong, diundi dan diikuti.

Kemudian, bukan semua manusia akan redha dengan kita secara individu, apatah lagi kelompok. Inilah hakikat realiti yang tidak boleh dinafikan, khususnya yang berpengaruh luas. Semakin besar pengaruh, semakin ramai yang membenci dan memusuhi. Bukan semua akan menyambut baik dan mengakui kebaikan dari sisi kita.

Kadangkala, sehebat mana pun sumbang bakti kepada masyarakat serta perjuangan kepada kebenaran dan keadilan, ada sahaja yang tidak mahu menghargai, malah mendustakannya. Tidak sedikit kelompok yang mencurahkan perjuangan yang murni, tetapi disisihkan, malah dijatuhkan serta dirobekkan kehormatannya pada zamannya. Mahu atau tidak mahu, sememangnya kita tidak akan dapat mencapai redha semua orang.

Manusia ini ada yang seumpama lebah yang akan menghinggap kepada manis nektar. Ada juga yang seperti lalat yang hanya menghurung kepada busuk najis. Apa lagi yang boleh dibuat? Inilah hakikat kelakuan manusia yang kita perlu hadapi dalam kehidupan ini. Oleh itu, pembenci ada sahaja di mana-mana dan mereka yang tidak ingin berasosiasi dengan sesuatu kelompok akan ada sepanjang ketamadunan manusia.

Sebab itulah kita perlu kembali kepada prinsip yang didasari rasional dan ilmiah. Kemudian, barulah kita lihat aliran mana yang berhak untuk kita berikan sokongan dan mengikutinya. Jangan hanya melihat pecahan pelbagai aliran, tetapi lihat pada dasarnya dan manhajnya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/659428400094674945/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-91-bagaimana-untuk-tahu

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now