At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 41

8 0 0
                                    

Iktibar Dari Pergelutan Isu Ibn *Arobiyy Dan Al-Jīliyy

Pertama sekali, saya tidak mahu mengulas tentang sosok Ibn *Arobiyy atau al-Jīliyy sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pertama sekali, saya tidak mahu mengulas tentang sosok Ibn *Arobiyy atau al-Jīliyy sendiri. Meskipun, saya ambil tahu polemik dan pergelutan dalam isu ini sesama al-Aš*ariyy, termasuklah di Malaysia ini, ia masih belum menarik minat saya untuk menceburi di dalamnya. Itu terserah kepada masing-masing yang membabitkan diri daripadanya. 

Cuma, saya tetap berpendirian untuk berdiri dan setia dengan kebenaran. Saya tidak akan toleransi dengan mana-mana kesilapan yang tidak dapat diselamatkan lagi. Sekadar pendedahan daripada Noor Derus, saya dapat tahu antara kalam-kalam yang menyeleweng daripada ajaran Islam. Kalaulah ia benar, maka telah jelas pendirian saya. Dan saya sama sekali tidak menyokong atau meredhai fahaman al-Bāṭiniyyah walau untuk selain Ibn *Arobiyy atau al-Jīliyy. Prinsip saya jelas. Mana-mana penafsiran yang bercanggah dengan al-Qur^ān, as-Sunnah dan kaedah ilmu yang sistematik, ia tertolak walau dari sesiapa pun jua. 

Yang mendapat perhatian saya adalah ketika penglibatan diskusi Noor Derus dengan panel yang terdiri daripada anggota Ahli Sunnah Research Group. Saya agak kecewa apabila panel tersebut membuat pengakuan bahawa dia tidak membaca kitab tersebut, padahal itulah yang menjadi subjek diskusi. Sesunguhnya ini meruntuhkan kepercayaan kepada orang sekeliling bahawa panel ini secara jelas bukan sahaja tidak membuat persiapan yang sewajarnya, malah secara jelas dia mempertahan Ibn *Arobiyy hanya berdasarkan taklid, bukan atas dasar kajian kendiri dan hasil kajian secara tuntas.

Inilah apa yang berlaku apabila kita terlibat atau terbabit dalam pergelutan aliran. Ada di antaranya kadangkala hebat dalam berbicara mempertahankan pendapat, tetapi mereka langsung tidak membaca karya tersebut. Malah, ilmu alat yang paling penting, iaitu bahasa Arab langsung tidak tahu, bagaimana mungkin dia dapat mengatakan dia memahami makna kalam tokoh yang dipertahankan?

Ini juga ketika saya berdiskusi tentang manhaj salaf dalam interaksi naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah. Apabila ditanya tentang rujukan mereka dalam manhaj salaf dalam isu ini, saya hampir tidak menemukan orang menyebutkan karya daripada pemuka salaf seperti dua karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy yang berjudul ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah dan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy, ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh karya Aḥmad bin Ḥanbal, H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy, as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl, al-Iẖtilāf Fī al-Lafẓ Wa ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa al-Mušabbihah karya Ibn Qutaybah dan at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy atau karya yang mengumpulkan nukilan salaf seperti al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār karya aḏ-Ḏahabiyy. Yang mereka sebutkan adalah karya-karya yang terkemudian yang bukan dari karya salaf.

Aneh sekali. Jika seseorang ingin berkata dia bermazhab aš-Šāfi*iyy, maka dia perlu membaca karya-karya yang mengumpulkan pendapat muktamad mazhab. Begitu juga bagi orang yang mengaku bahawa dia peminat Abū Ḥāmid al-Ġozāliyy, tetapi hanya membaca karya kupasan mengenainya, bukan membaca karya aslinya. Malah, kalau membaca pun, dari sudut penterjemahan, bukan teks Arabnya. 

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now