At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 112 : Hakikat Perselisihan Antara Salafi Dan Al-Aš*ariyy

13 0 0
                                    

Hakikatnya, masalah yang diperselisihkan oleh ahli sunnah dengan aliran al-Aš*ariyy sebenarnya bukan dalam dataran perselisihan yang tidak substansial

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hakikatnya, masalah yang diperselisihkan oleh ahli sunnah dengan aliran al-Aš*ariyy sebenarnya bukan dalam dataran perselisihan yang tidak substansial. Bahkan, sememangnya sudah sampai bahagian perselisihan yang kita tidak boleh menutup mata daripadanya, tetapi

Dalam isu pengisbatan sifat Allah, walaupun mereka berkata mereka menyifatkan Allah sebagaimana sampainya khabar tentangnya daripada al-Qur^ān dan hadis seperti sifat al-*Uluww bagi Allah, iaitu Dia di langit, mereka beranggapan bahawa ia terdedah kepada makna lain sama ada makna majaz atau selainnya dan terbuka untuk pentakwilan. Bahkan, mereka berkata bolehnya takwil apabila adanya keperluan untuk menghapuskan syubhat tasybih dan muncul ahli bidaah yang membuat onar menurut mereka.

Bacalah kalam mereka tentang perbezaan keperluan takwil pada salaf dan khalaf menurut mereka. Itulah pendirian mereka yang sebenarnya walaupun mereka berkata mereka mengisbatkan sifat-sifat Allah.

Ini bermaksud bahawa sifat-sifat yang diisbatkan salaf boleh membawa apa-apa sahaja menurut yang mereka anggap sebagai takwil yang benar, majaz dan lain-lain. Bezanya adalah menurut al-Aš*ariyy ada pemahaman makna yang tidak disentuh atau dibicarakan oleh mana-mana salaf pada sifat yang salaf mengisbatkannya atau yang golongan al-Aš*ariyy mengisbatkannya sama seperti salaf.

Yang sejati daripada salaf adalah mereka sama sekali tidak menyatakan bahawa sifat al-*Uluww ini terdedah kepada mana-mana makna lain atau ada ruang untuk takwil, lebih-lebih menyatakan bahawa harusnya untuk takwil apabila wujudnya keperluan. Bahkan, mereka tegas menyatakan bahawa akhir kalam Jahmiyyah adalah bahawa Allah bukan di langit walaupun bidaah mereka sudah pun bertebaran di zaman mereka, tuduhan musyabbihah terhadap mereka sudah dilontarkan kepada mereka berkali-kali dan ahli bidaah menguasai pemerintahan warga Muslim.

Ḥammād bin Zayd berkata tentang Jahmiyyah :

إِنَّمَا يُحَاوِلُونَ أَنْ يَقُولُوا لَيْسَ فِي السَّمَاءِ شَيْءٌ

"Mereka mencuba untuk berkata tidak ada sesuatu di langit". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 117, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

*Abbād bin al-*Awwām berkata :

كَلَّمْتُ بِشْرَ الْمَرِيسِيَّ وَأَصْحَابَ بِشْرٍ فَرَأَيْتُ آخِرَ كَلَامِهِمْ يَنْتَهِي أَنْ يَقُولُوا لَيْسَ فِي السَّمَاءِ شَيْءٌ

"Aku berbicara dengan Bišr al-Marīisiyy dan sahabat Bišr. Aku melihat akhir kalam mereka mengakhiri katanya tidak ada sesuatu di langit". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 162, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

Muḥammad bin *Uṯmān berkata :

سَمِعْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ مَهْدِيٍّ: وَسَأَلَهُ، سَهْلُ بْنُ أَبِي خَدَّوَيْهِ عَنِ الْقُرْآنِ، فَقَالَ: «يَا أَبَا يَحْيَى مَا لَكَ وَلِهَذِهِ الْمَسَائِلِ هَذِهِ مَسَائِلُ أَصْحَابِ جَهْمٍ، إِنَّهُ لَيْسَ فِي أَصْحَابِ الْأَهْوَاءِ شَرٌّ مِنْ أَصْحَابِ جَهْمٍ يَدُورُونَ عَلَى أَنْ يَقُولُوا لَيْسَ فِي السَّمَاءِ شَيْءٌ، أَرَى وَاللَّهِ أَلَّا يُنَاكَحُوا وَلَا يُوَارَثُوا»

Aku mendengar *Abdul Roḥmān bin Mahdiyy ketika Sahl bin H̱oddawayh tentang al-Qur^ān, lalu dia berkata: "Wahai Abū Yaḥyā! Kenapa dengan kamu? Kerana isu ini adalah isu pengikut Jahm. Sesungguhnya tidak ada dalam pengikut hawa nafsu yang lebih teruk berbanding pengikut Jahm yang berlegar dalam mengatakan tidak ada sesuatu di langit. Aku berpandangan -demi Allah!- mereka tidak boleh dinikahi dan tidak boleh diwarisi hartanya". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 157, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now