At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 181 : Hipokrit Aswajaean Dalam Mengikut Ulama

1 0 0
                                    

Aswajaean apabila seseorang yang menurutnya tidak dianggap sebagai ulama dan diangkat sebagai ulama atau ada pengaruh ulama sepertimana ulama mereka, mereka secara mentah-mentah menolaknya, tidak mempedulikannya dan sekeras-keras mengingkarinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aswajaean apabila seseorang yang menurutnya tidak dianggap sebagai ulama dan diangkat sebagai ulama atau ada pengaruh ulama sepertimana ulama mereka, mereka secara mentah-mentah menolaknya, tidak mempedulikannya dan sekeras-keras mengingkarinya.

Bahkan, mereka akan memperlekehkan pandangannya dengan menyebut-nyebut profesionnya seperti ahli sains, cikgu geografi, kapten kapal terbang dan sebagainya atas tujuan untuk menyahkredit pandangannya beralasankan bahawa dia bukan ulama sepenuh masa atau berpengkhususan dalam sepertimana para ulama mereka walaupun profesionnya tidak menjejaskan kualiti pandangannya atau sememangnya para profesional itu memiliki kemampuan yang sewajarnya dalam ilmu agama.

Namun, apabila ulama daripada ahli bait yang mereka sanjung dan angkat tinggi bersama penyebutan yang penuh kemuliaan seperti Muḥammad bin Ismā*īl aṣ-Ṣon*āniyy memberi pandangan dan membahaskannya yang menyelisihi pandangan, pegangan dan prinsip mereka, bahkan menentangnya, mereka tidak segan silu mengambil pandangan berbeza, membantah dalil-dalilnya dan mengenepikannya.

Padahal, itu juga yang dilakukan oleh para profesional, namun disalah erti dengan memperlekehkan pandangan ulama, tidak menghormati kewibawaan mereka dan enggan untuk mengikuti mereka. Akan tetapi, pada perbuatan mereka yang sama, itu adalah tradisi ilmu yang diraikan, penyelisihan secara beradab, kritikan secara ilmiah dan tuntutan untuk mengikuti dalil berbanding tokoh.

Bias dan layanan tidak adil seperti ini sememangnya biasa dalam sketsa aswajaean dan tidak perlu dihairankan. Sebab itu tidak perlu terkejut dengan slogan mereka: "Perselisihan ulama adalah rahmat" atau "Pandangan yang berbeza dari para ulama perlu dihormati", tetapi mereka sendiri yang paling celupar dan biadap terhadap pandangan ulama yang berbeza, bahkan menentang mereka.

Ambil contoh jika kita memilih keharusan talfiq atau pemilihan mazhab berbeza dari setempat atau menjustifikasi pandangan ulama yang berbeza dari mazhab setempat, pasti kita akan menghadapi herdikan dan tempikan dari mereka yang konon menghormati perselisihan para ulama yang rahmat. Mengambil pandangan yang bukan muktamad dalam mazhab juga tidak terlepas dari kenistaan mereka, apatah lagi jika kita merintis pandangan dari ijtihad sendiri.

Bahkan, mengambil pandangan daripada mazhab setempat sendiri pun adalah salah jika ia tidak menepati selera mereka. Contohnya adalah pembezaan hukum lihatan antara aurat yang hakiki yang pada anggota tubuh dengan aurat yang bukan hakiki yang diserupakan dengan anggota tubuh seperti bayangan air, imej cermin, lukisan gambar, ukiran patung, skrin digital dan hologram.

Apabila kita berkata bahawa tidak sama hukumnya pada kedua-duanya dan ia menatijahkan keharusan melihat aurat pada skrin digital, pandangan ini dikecam dan dicemuh dengan teruk. Padahal, inilah pandangan muktamad mazhab ḥanafian dan šāfiᶜian. Sama ada mereka tidak tahu, lalu mereka mengingkarinya atau mereka ini tahu, tetapi mereka menyahvalidkan autoriti pandangan ini disebabkan tidak memihak kepada kepentingan mereka.

Itulah teruknya sebahagian orang ini. Apabila pandangan ulama yang mereka paksa untuk kita ikut menyalahi mereka, tiba-tiba mereka ini mengajak kita untuk melihat dalil, bukan individu kebesaran atau kelompok tertentu! Sangat mengujakan dan melucukan gelagat congkah-cangkih mereka.

Antara sikap biadap mereka ini adalah mereka adalah yang paling marah apabila an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dikeluarkan daripada ahli sunnah, tetapi tidak teragak-agak merobek kredibiliti Abū Sa*īd ad-Dārimiyy yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana setelah seribu tahun kewafatannya. Sebegitulah kesanggupan mereka jika pandangan ulama itu menyakiti mereka dan tidak menyebelahi mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688485029615140864/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-181-hipokrit-aswajaean

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now