Akhirnya Ada Suara Yang Mengingatkan Salah Guna Sadd aḏ-Ḏarō^i*. Segala Puji Bagi Allah
Segala puji bagi Allah. Inilah yang saya perjuangkan dan membawa peringatan tentang salah guna kaedah Sadd aḏ-Ḏarō^i* selama ini. Tidak ramai yang benar-benar terang-terangan mengingatkan sikap sebahagian agamawan yang semberono menggunakan kaedah ini. Saya tidak tahu sama ada mereka redha untuk agama dipersempitkan secara sembarangan yang Allah dan rasul-Nya tidak menyempitkan sepertimana si jenayah ilmu ini lakukan atau mereka memandang kecil terhadap ini.
Segala puji bagi Allah. Penulisan saya yang berjudul "Khuatir Fitnah Yang Membawa Fitnah" telah saya bongkarkan permainan licik orang yang mengeksploitasikannya dan kesan-kesan kerosakan sikap sewenang-wenangnya ini terhadap ilmu dan agama. Kalaulah saya diberi kekuatan dan kesempatan untuk menulis karya ilmu uṣūl fiqh secara langsung, sudah tentu saya akan memasukkan hal ini dalam tajuk Sadd aḏ-Ḏarō^i*.
Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/634794238899617792/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-48-akhirnya-ada-suara
ESTÁS LEYENDO
At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^
No FicciónMengumpulkan pandangan saya terhadap sesuatu kalam dan pandangan orang lain yang saya temui dalam pelbagai aspek. Beberapa perkara dalam penulisan ini : (a) Mungkin beberapa Ta*līq tidak ada tajuk tertentu. (b) Boleh dibaca tanpa mengikut turutan...