At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 75 : Menyifatkan Sayang Kepada Allah Adalah Tasybih?

5 0 0
                                    

Jahmiyyah adalah aliran sesat yang menafikan sifat-sifat Alah hanya beralasan khuatir menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jahmiyyah adalah aliran sesat yang menafikan sifat-sifat Alah hanya beralasan khuatir menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Kesemua sifat yang disebutkan Allah dan rasul-Nya dinafikan sehingga tidak tersisa melainkan yang mungkin sahaja boleh dibilang dengan jari. Mereka tidak menolak hadis tersebut, tetapi mereka menafikan maknanya yang zahir dan mengisbatkan sifat tersebut dengan makna yang salah dan takwil yang menyeleweng.

Sifat tangan, wajah dan lain-lain tidak diisbatkan sebagai sifat Allah kerana itu menyebabkan tanggapan bahawa Allah itu berjisim dan beranggota. Walhal, para tokoh salaf sama sekali tidak mengisbatkan kesemua ini sebagai jisim dan anggota. Abū al-Faḍl at-Tamīmiyy berkata :

ومذهب أبي عبد الله أحمد بن حنبل رضي الله عنه أن لله عز وجل وجها لا كالصور المصورة والأعيان المخططة بل وجهة وصفه بقوله {كل شيء هالك إلا وجهه} ومن غير معناه فقد ألحد عنه وذلك عنده وجه في الحقيقة دون المجاز ووجه الله باق لا يبلى وصفة له لا تفنى ومن ادعى أن وجهه نفسه فقد ألحد ومن غير معناه فقد كفر وليس معنى وجه معنى جسد عنده ولا صورة ولا تخطيط ومن قال ذلك فقد ابتدع.

Mazhab Abū *Abdullah Aḥmad bin Ḥanbal -roḍiyallahu *anh- adalah bahawasanya Allah *Azza Wa Jalla memiliki wajah yang tidak seperti rupa yang dirupakan dan jenis-jenis yang boleh dilakarkan. Sudut penyifatan-Nya adalah melalui firman-Nya: {Setiap sesuatu adalah binasa kecuali wajah-Nya}. Sesiapa yang menukar maknanya, maka dia berpaling daripada kebenaran. Itu kerana wajah menurutnya adalah hakikat, bukan majaz. Wajah Allah kekal yang tidak ranap dan sifat milik-Nya tidak akan fana. Sesiapa yang mendakwa wajah-Nya adalah diri-Nya, maka dia berpaling dari kebenaran. Sesiapa yang menukarkan maknanya, maka dia kafir. Bukanlah makna wajah itu adalah makna jasad menurutnya, bukan juga rupa dan bukan juga lakaran. Sesiapa yang berkata seperti itu, maka dia melakukan bidaah". [I*tiqōd al-Imām al-Munabbal Abī *Abdillah Aḥmad Ibn Ḥanbal, m/s 17, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Abū al-Munḏir an-Naqqōš Ašrof Ṣolāḥ *Aliyy. Rujuk juga al-*Aqīdah Li al-Imām Aḥmad bin Ḥanbal, m/s 9].

Malah, kalau Jahmiyyah mengisbatkan pun, tetapi ia dengan makna yang telah diselewengkan dan ditakwilkan tanpa hak. Bacalah an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy untuk melihat wajah sebenar mereka ini.

Sebahagian mereka yang tidak menyedari bahawa mereka adalah sisa Jahmiyyah juga berkata penyebutan "al-Yad" (الْيَد), "al-Wajh" (الْوَجْه) dan seumpamanya tidak boleh difahami makna zahir, malah sehingga tidak boleh diterjemahkan kepada bahasa yang lain dan tidak boleh sama sekali diisbatkan dengan makna zahirnya. Padahal, mereka ini juga dalam masa yang sama menterjemahkan makna al-Ḥubb (الْحُبّ) kepada cinta, ar-Riḍō (الرِِّضَى) kepada redha, al-Ġoḍob (الْغَضَب) kepada marah untuk sifat Allah dan lain-lain. Walhal, ini adalah sifat-sifat yang Jahmiyyah menafikan penyifatannya kepada Allah kerana beranggapan ia adalah tasybih dan inilah yang terjadi sekarang. 

Inilah dampak apabila jauh daripada manhaj salaf dan karya-karya mereka dalam membanteras Jahmiyyah. Sesiapa yang tidak mempelajari sejarah sememangnya akan mengulangi sejarah tersebut.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/653001797718425600/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-75-menyifatkan-sayang

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now