At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 110

24 0 0
                                    

Al-Aš*ariyy : Isu Isbat, Makna Zahir, Jahmiyyah Dan Ta*ṭīl

Hujah syubhat seperti ini berdiri di atas ketidakfahaman tentang hakikat isbat itu sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hujah syubhat seperti ini berdiri di atas ketidakfahaman tentang hakikat isbat itu sendiri. Mereka mempertikaikan bahawa pengamalan isbat ini sedang melakukan percanggahan dalam pemahaman makna dan ia menjurus kepada tasybih kerana mengisbatkannya dengan makna yang sebenarnya.

Sebenarnya pertikaian yang menyatakan bahawa al-Yad bukan makna anggota ketika diisbatkan kepada Allah tidak dikenal dalam bahasa Arab telah pun dinyatakan oleh al-Āmidiyy dalam penyemakan terhadap pandangan Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy, Abū Isḥāq al-Asfarōyīniyy dan salaf dalam pengisbatan sifat Allah. Al-Āmidiyy berkata :

ذهب الشيخ أبو الحسن الأشعرى في أحد قوليه، والأستاذ أبو إسحاق الأسفرايينى، والسلف إلى أن الرب تعالى متصف بالوجه، وأن الوجه صفة ثبوتية زائدة على ما له من الصفات متمسكين في ذلك بقوله تعالى: {ويَبْقى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ والْإِكْرامِ} لا أنه بمعنى الجارحة. ومذهب القاضى والأشعرى فى قول آخر وباقى الأئمة أن وجه الله تعالى وجوده. والحق في ذلك أن يقال: لا سبيل إلى إثبات الوجه بمعنى الجارحة لما سنبينه في إبطال التشبيه وما لا يجوز على الله تعالى، وكونه زائدا على ذاته وما له من الصفات لا بمعنى الجارحة وأنه وجه لا كوجوهنا كما أن ذاته لا كذواتنا كما هو مذهب الشيخ في أحد قوليه. ومذهب السلف وإن كان ممكنا إلا أن الجزم بذلك يستدعى دليلا قاطعا ضرورة كونه صفة للرب تعالى ولا وجود للقاطع هاهنا. وإن جاز أن يكون الدليل ظاهرا فلفظ الوجه في الآية لا دلالة له على الوجه بهذا المعنى لغة لا حقيقة ولا مجازا فإنه لم يكن مفهوما لأهل اللغة حتى يقال: إنهم وضعوا لفظ الوجه بإزائه وما لا يكون مفهوما لهم لا يكون موضوعا لألفاظهم. فلم يبق إلا أن يكون محمولا على مقتضاه لغة. وقد تعذر حمله على الحقيقة على ما تقدم وهو الوجه بمعنى الجارحة، إذ هو المتبادر من لفظ الوجه عند إطلاقه إلى الفهم. والأصل في ذلك إنما هو الحقيقة. فلم يبق إلا جهة التجوز. وهو التعبرة بالوجه عن الذات، ومجموع الصفات. ثم وإن صح التجوز به عن صفة أخرى على ما قيل. غير أن التجوز به عن الذات ومجموع الصفات أولى وذلك من جهة أنه خصصه بالبقاء. والبقاء لا يتخصص بصفة دون صفة؛ بل البارى تعالى باق بذاته ومجموع صفاته.

Aš-Šayẖ Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy dalam salah satu pendapatnya, al-Ustāḏ Abū Isḥāq al-Asfarōyīniyy dan salaf berpendapat bahawa tuhan Ta*ālā ini tersifatkan dengan wajah dan bahawasanya wajah adalah sifat yang sabit lagi tambahan kepada apa yang Dia memiliki sifat-sifat tersebut kerana berpegang dengan firman-Nya: {Kekallah wajah tuhanmu Yang Memiliki Kebesaran lagi Kemuliaan} bukan dengan makna anggota. Mazhab al-Qōḍī dan al-Aš*ariyy serta yang berbaki daripada para imam ini adalah bahawasanya wajah Allah Ta*ālā adalah wujudnya.

Yang benar pada hal itu adalah dikatakan bahawa tidak ada jalan kepada isbat wajah dengan makna anggota kerana apa yang kami akan menerangkannya dalam membatalkan tasybih dan apa yang tidak harus bagi Allah Ta*ālā. Keadaannya ia sebagai tambahan bagi zat-Nya dan apa yang terdiri daripada sifat-sifatNya bukan bermakna anggota dan bahawasanya ia adalah wajah yang bukan sepertimana wajah-wajah kita sepertimana zat-Nya bukanlah sepertimana zat-zat kita sepertimana ia adalah mazhab aš-Šayẖ pada salah satu pendapatnya. Walaupun mazhab salaf adalah dimungkinkan, tetapi penjazaman hal itu memerlukan dalil yang putus kerana keperluan mendesak bagi keadaannya ia adalah sifat kepada tuhan Ta*ālā ini. Namun, tidak wujud dalil putus di sini. Jika harus dalil itu menjadi zahir, maka lafaz wajah pada ayat itu bukan petunjuk kepada wajah dengan makna ini secara bahasa, bukan secara hakikat dan bukan secara majaz. Ini kerana ia tidak difahami menurut ahli bahasa sehingga dikatakan bahawa mereka meletakkan lafaz wajah dengan berselarian dengannya, padahal apa yang tidak difahami, tidak terjadi itu diletakkan pada lafaz-lafaz mereka.

Tidak ada yang tertinggal melainkan ia ditanggung atas kesesuaiannya dari segi bahasa. Telah pun tertegah menanggungnya atas hakikat apa yang telah disebut terdahulu dan ia adalah wajah dengan makna anggota memandangkan ia adalah yang terautomatik dari lafaz wajah ketika pengitlakannya kepada kefahaman itu. Asal pada itu sebenarnya ia adalah hakikat. Tidak ada yang tertinggal melainkan dengan cara pemajazan dan ia adalah pengungkapan wajah dengan zat itu dan keseluruhan sifat. Kemudian, walaupun benar pemajazannya dengan sifat yang lain atas apa yang disebut, tetapi pemajazannya dengan zat dan keseluruhan sifat adalah lebih utama. Itu kerana dari sisi bahawasanya Dia mengkhususkannya dengan kekal abadi. Sifat kekal abadi tidak terkhusus dengan suatu sifat tanpa sifat lain. Bahkan, Yang Maha Pemberi Kehidupan Ta*ālā adalah kekal dengan zat-Nya dan keseluruhan sifat-Nya. [Abkār al-Afkār Fī Uṣūl ad-Dīn, jilid 1, m/s 451, keluaran Dār al-Kutub Wa al-Waṯō^iq al-Qowmiyyah, Kaherah, tahqiq Aḥmad Muḥammad al-Mahdiyy].

Al-Āmidiyy membawakan dua pandangan dalam berinteraksi dengan firman Allah :

ويَبْقى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ والْإِكْرامِ

"Kekallah wajah tuhanmu Yang Memiliki Kebesaran lagi Kemuliaan". [Surah ar-Roḥmān ayat 27].

Pandangan pertama adalah menganggap wajah itu adalah sifat tambahan bagi zat, tanpa mengisbatkan anggota. Pendapat yang kedua adalah mentakwilkan bahawa wajah itu adalah kewujudan-Nya.

Kemudian, dia membawakan kritikan kepada pandangan pertama bahawa walaupun pendapat ini dimungkinkan, tetapi menjazamkan bahawa ia adalah sifat tambahan bagi zat memerlukan dalil kerana ini adalah topik yang berkaitan dengan ketuhanan dan dia berpandangan bahawa tiada dalil untuk perkara ini.

Dia menambahkan lagi kritikan bahawa jika kita berpegang pada pendapat pertama, maka ayat tersebut sama sekali tidak menunjukkan makna zahirnya, tidak juga pada hakikatnya dan tidak juga majaznya yang mana ia tidak difahami ahli bahasa terhadap itu. Ini kerana tidak ada lafaz wajah dari sudut hakikat yang tidak menunjukkan anggota dan tidak ada lafaz wajah dari sudut majaz yang menunjukkan ia adalah sifat tambahan bagi zat yang bukan anggota.

Lalu, mereka yang berpandangan pertama ini sebenarnya mengisbatkan sifat yang tidak difahami. Mereka yang berpandangan pertama ini seolah-olah menganggap bahawa ahli bahasa telah meletakkan makna sifat tambahan bagi zat yang bukan anggota. Padahal, jika makna tersebut adalah sesuatu yang tidak difahami, maka tidak boleh diletakkan pada lafaz-lafaz tersebut sehingga kita boleh mengisbatkannya sebagai sifat Allah yang difahami.

Lalu, kita kembali kepada pengisbatannya sama ada dalam bentuk hakikat atau majaz. Dalam mengisbatkan dengan makna hakikat, iaitu dengan makna anggota dan ia adalah yang terautomatik kefahamannya, ia adalah tertegah. Kemudian, yang tinggal adalah majaz. Inilah pendapat yang dipilih olehnya dan dia merajihkan pandangan yang kedua kerana bersesuaian dengan sifat kekal abadi-Nya yang tidak hanya terhad pada satu sifat tanpa sifat yang lain dalam konteks ayat tersebut. Maka, perujukan kepada keseluruhan sifat adalah lebih utama.

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now