At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 125 : Manusia Boleh Menjadi Baik Tanpa Agama?

4 0 0
                                    

Sememangnya enak didengari kata-kata bahawa kita boleh menjadi baik tanpa perlu agama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sememangnya enak didengari kata-kata bahawa kita boleh menjadi baik tanpa perlu agama. Dengan kata lain, setiap orang boleh menjadi baik walaupun tidak beragama. Walhasilnya, agama tidak diperlukan sama sekali untuk membina seseorang manusia menjadi baik.

Benar. Sememangnya seseorang boleh sahaja bermanis muka, berperwatakan menarik, santun dalam perilaku, berpenampilan kemas, menepati masa, berpegang kepada janji, simpati, rajin, pemurah, pemaaf dan lain-lain meskipun tanpa agama. Namun, tidakkah mereka sedar kelompongan daripada kenyataan seperti ini?

Untuk merespons kata-kata ini, saya katakan mengapa manusia perlu menjadi baik? Apa makna bagi seseorang itu menjadi baik? Apa sandaran bagi menyatakan sikap baik atau bermoral itu ada nilai dan seterusnya boleh ditentukan had antara yang baik dan yang buruk? Jika wang kertas perlu ditambat dengan emas agar ia bernilai untuk transaksi, perdagangan dan ekonomi bagi sesebuah negara, maka apa pula tambatan bagi sikap baik atau moral itu agar ia memiliki makna dan nilai?

Kita akan menyaksikan pelbagai kerancuan dalam mengemukakan jawapan bagi persoalan mengapa manusia perlu menjadi baik dan sandaran tambatan nilai bagi sikap baik atau moral itu. Inilah dampak buruk apabila mengkebelakangkan kepercayaan kepada tuhan dan anutan keagamaan. Nilai moral dan sandaran tambatan itu hanyalah kekosongan, kerapuhan dan caca merba. 

Sebab itulah saya katakan bahawa menjadi baik tanpa agama ibarat menghasilkan wang kertas yang nilainya hanya sekadar atas angin sahaja! Lihat sendiri bagaimana caca merba mereka dalam mengemukakan jawapan mengapa manusia perlu menjadi baik. Malah, dikatakan bahawa Fyodor Dostoevsky menyatakan bahawa jika tiada tuhan, maka semuanya akan dibenarkan. Kita akan lihat betapa benarnya kata-kata ini.

Mengapa manusia perlu menjadi baik? Jawapan yang paling bodoh pastinya adalah kita perlu menjadi baik kerana kita perlu menjadi baik! Oleh itu, jawapannya pasti tidak akan terlepas daripada dua aspek untuk ditambat nilai bagi sikap baik atau moral itu, iaitu undang-undang dan falsafah. 

Kalaulah undang-undang itu adalah sandaran tambatan bagi nilai tersebut, undang-undang siapa, tafsiran siapa dan negara yang mana? Kita perlu tahu bahawa yang menggubal undang-undang adalah manusia juga. Ia terdedah dengan tafsiran bagi individu, kelompok, masyarakat atau bangsa. 

Kita perlu tahu bahawa setiap individu, kelompok, masyarakat atau bangsa ada potensi untuk menjadi jahat. Misalnya, sesuatu negara boleh sahaja menggubal undang-undang untuk melarang lelaki menggaya fesyen rambut melainkan yang telah ditetapkan dalam prosedur. Contoh yang dilarang adalah lelaki memanjangkan rambut sehingga mencecah ke bahu. Mana-mana lelaki yang berambut panjang akan dikompaun ratusan ringgit. 

Kalaulah undang-undang adalah tambatan nilai bagi sikap baik atau moral sepertimana emas memberikan nilai kepada wang kertas, maka undang-undang seperti ini tidak boleh dipertikaikan, dipersoalkan dan diketepikan hanya kerana ia telah digazetkan, termaktub dalam perundangan rasmi dan dikuatkuasakan selama beberapa generasi. Ia akan menjadikan bahawa inilah undang-undang yang adil untuk masyarakat atau negara tersebut kerana itulah nilai tambatan bagi moral dan sikap baik seseorang!

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now