At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 38

2 0 0
                                    

Sikap Ahli Ilmu Dalam Mendedahkan Tahap Kesukaran Sesuatu Ilmu

Sikap Ahli Ilmu Dalam Mendedahkan Tahap Kesukaran Sesuatu Ilmu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beginilah yang sepatutnya ditonjolkan ahli ilmu. Walaupun diakui kesukaran, kesulitan dan kerumitan beberapa perkara dalam bidang tersebut, tetapi masih memberi harapan kepada penuntut ilmu bahawa mereka boleh menguasainya. Seimbang dalam memberi kelonggaran dan pengetatan dalam menjayakan dan mencapai sesuatu matlamat yang dituntut. Setiap ilmu ada mudah dan susahnya, tetapi yang penting seseorang terus iltizam dan bersungguh-sungguh untuk memperoleh apa yang dituntut. Lebih baik seseorang itu perit dalam memperuntuk segala waktu, tenaga dan hartanya untuk ilmu berbanding terus selesa dengan kebodohan.

Selayaknya mereka dianggap sebagai pembimbing kerana mereka membantu para penuntut ilmu untuk meruntun jalan yang dituju, mendedahkan keperluan yang patut dikuasai serta bekalan yang disiapkan untuknya, tidak menyembunyikan halangan dan rintangan yang wujud pada perjalanan itu serta membimbing cara untuk menghadapinya. Bukan menambahkan beban dan memberi bisikan-bisikan yang menghampakan hanya kerana seseorang itu tidak akan mencapai sepertimana si fulan atau menekan seseorang lain untuk kekal ke peringkat itu tanpa keinginan untuk pertingkatkan pencapaiannya. Tidak dapat mencapai semua, bukan semestinya perlu tinggalkan semua.

Mereka juga tidak menyangka buruk secara melulu terhadap orang yang mempunyai penguasaan ilmu tersebut, apatah lagi memberi gelaran dan ejekan yang buruk terhadapnya kerana sikap mereka dalam menghormati dan sentiasa mengkedepankan ilmu. Mereka sedari bahawa sesiapa sahaja mampu berpotensi untuk mahir dalam sesuatu bidang itu. Mereka khuatir jika perlecehan secara melulu cuma membawa kepada kezaliman terhadap orang yang berhak menerimanya. Sekaligus itu menjadi penyebab kepada terheretnya seseorang ke kancah kesombongan.

Sebahagian orang selalu memomokkan bahawa sesuatu ilmu itu payah dan memeritkan. Akhirnya, peringatan dan nasihat yang dinyatakan telah menjadi peruntuh motivasi untuk terus belajar dan memahiri ilmu tersebut. Sebarang usaha untuknya pun diperlambatkan dan dicacatkurangkan kualitinya daripada mencapai apa yang dihajati. Malah, sangkaan buruk masih tersimpan bahawa ia sama sekali tidak akan menggapai apa-apa yang diusahakan. Mereka fikir dunia ini bergerak mengikut arus persepsinya. Hakikatnya, Allah mengangkat sesiapa yang Dia kehendaki dan menurunkan sesiapa yang Dia kehendaki tanpa peduli apa-apa yang dikata oleh selain-Nya.

Kalau seseorang berjaya mencapainya, itu pun kadangkala tidak dihargai. Malah, diremeh dan diperkecilkan pula kemampuan seseorang itu seolah-olah orang itu sama tahap pandainya dan bodohnya sepertinya atau seperti seseorang yang lain. Apa yang dibentangkan tidak menyelerakan dan mengenyangkan mereka sekalipun yang paling terbaik ia dihasilkan. Mereka mengharapkan orang berilmu membela dan selamatkan kejahilan mereka, tetapi akhirnya sekadar mencari apa yang mampu selesakan dan memanjakan dirinya, bukan betul-betul mahukan ilmu dan kebenaran.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/624602698443030528/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-38-sikap-ahli-ilmu-dalam

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now