At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 143

2 0 0
                                    

Sifat Wujud Allah Di Sisi Ahli Kalam Seumpama Sifat Tiada?

Sebahagian orang yang mengingkari terhadap penafian bahawa Allah itu berjisim, bertempat dan lain-lain melontarkan persoalan yang bertujuan untuk membantah penafian ini dengan berkata: "Apa itu ketiadaan menurut kamu?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebahagian orang yang mengingkari terhadap penafian bahawa Allah itu berjisim, bertempat dan lain-lain melontarkan persoalan yang bertujuan untuk membantah penafian ini dengan berkata: "Apa itu ketiadaan menurut kamu?". Apabila kita mengatakan bahawa ketiadaan itu adalah tidak di atas, tidak di bawah, tidak berupa, tidak berjsim, tiada aradh dan tidak bertempat sama ada di luar atau di dalam, mereka membuat kesimpulan bahawa kita telah menyifatkan Allah dengan sesuatu yang tidak ada.

Ini adalah argumen yang simplistik, bahkan yang paling dungu sekali dan tidak ada nilai sama sekali. Ia boleh dijawab dalam pelbagai sudut. Salah satunya adalah adakah menafikan semua itu bermakna menafikan kewujudan Allah secara total? Cukup jelas betapa orang yang melontarkan persoalan ini adalah orang yang sempit akalnya. 

Kedua, kalau begitu, adakah kita perlu mengisbatkan semua itu untuk menetapkan kewujudan Allah? Tidakkah persoalan mereka menjurus bahawa apabila Allah menyifatkan diri-Nya bahawa Dia memiliki sifat tangan, seolah-olah bahawa orang yang menafikan darah, daging dan urat adalah sesuatu yang tidak layak dikatakan tangan sekali? Patutkah seseorang berkata sedemikian? Ini juga sergapan untuk orang yang tidak memahami hakikat tanzih.

Jika mereka berkata bahawa mereka menyifatkan sifat tangan bagi-Nya, tetapi bukan bermakna mereka mengisbatkan sifat anggota, maka apa salahnya jika kita mengatakan bahawa kewujudan-Nya itu tidak semestinya menetapkan jisim bagi-Nya? 

Jika mereka berkata bahawa wujud tidak dicerna melainkan dengan jisim, maka kita katakan bahawa sifat tangan juga tidak dapat dicernah melainkan dengan anggota atau alat untuk bekerja. Jika mereka berkata bahawa mereka mengisbatkan apa yang Dia menyifatkannya pada diri-Nya seperti sifat tangan, kita tidak mengisbatkan selebihnya dan yang terperinci padanya, maka kita juga berkata bahawa pengisbatan wujud zat-Nya bukan bermakna mengisbatkan yang selebihnya dan yang terperinci padanya seperti jisim dan lain-lain.

Ke mana sahaja mereka pergi, ia akan menelanjangkan kedangkalan mereka sambil enggan mengakui ketololan seperti ini atau ia akan melonggokkan kontradiksi yang memakan diri mereka sendiri.

Yang mengecewakan adalah orang yang selalu berbantah sebegini adalah orang yang tidak mahir sama ada secara sedar atau tidak sedar, tetapi mahu cuba melondehkan golongan pengamal ilmu kalam. Namun, hakikatnya, ia sebenarnya menampakkan aib yang ahli kalam akan ketawa sinis dengan argumen sedemikian. Benarlah bahawa setiap orang yang bercakap pada bukan ahlinya akan mengutarakan keajaiban.

Yanag perlu difahami adalah kita menafikan semua itu kerana itulah ciri-ciri yang ada pada makhluk dan kelaziman pada makhluk. Itu sahaja. Ia sama sekali tidak melazimkan penafian sifat apa yang sabit dalam al-Qur^ān dan hadis. Kita beriman sepertimana yang telah sampai pada firman-Nya dan sabda rasul-Nya, tetapi tidak bermakna kita menerima apa yang menjurus kepada persamaan kepada makhluk.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/681457410540486656/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-143-sifat-wujud-allah-di



At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now