At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 174 : Sebahagian Hipokrit Aswajaean Pada Pandangan Syaz

1 0 0
                                    

Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- juga antara yang berpendapat bahawa solat fardu yang sengaja ditinggalkan tidak wajib untuk digantikan, tetapi disegerakan da...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- juga antara yang berpendapat bahawa solat fardu yang sengaja ditinggalkan tidak wajib untuk digantikan, tetapi disegerakan dan diwajibkan untuknya bertaubat serta beliau juga membentangkan peruntuhan dalil-dalil yang digunakan dalam menetapkan pendapat kewajipan penggantian sepertimana yang dibentangkan dalam «Wasā^il at-Tarjīḥ al-Murtaḍō Li al-Qowl Bi Anna al-Fā^itah *Amadan Lā Tuqḍō». Bahkan, dalam karya ini juga dia menolak tanggapan sebahagian orang bahawa pendapat seperti ini menyalahi ijmak dan sangat minoriti.

Sekarang, adakah mereka ingin mengejek, mempermainkan dan mengolok-olokkan tokoh ahli bait sufi ini? Fahamlah kita mengapa khazanah keluarga al-Ġumāriyy ini seakan-akan terbenam dan tersorok sekalipun nama ini berpengaruh besar di tanah air kita.

Ini kerana keluarga ini membawa manhaj yang jauh berbeza dengan rata-rata pengagungnya di sini, melangkah di atas haluan yang berlawanan dengan rata-rata golongan al-Ḥabīb serta beberapa pandangan daripada mereka mampu mengejutkan mereka sehingga mereka sukar menghadam keunikan yang ada pada pemikiran mereka.

Apapun, pencela ini sudah lupakah bahawa mereka juga dalam masa yang mencari-cari alasan untuk mempertahankan syeikh tarekat yang bersalaman dengan wanita bukan mahram sehingga menggodek pandangan yang minoriti, terpencil, bahkan ganjil asalkan dapat menjustifikasikan bahawa syeikh itu tidak bersalah?

Kemudian, mereka menagih simpati seolah-olah mangsa keadaan kerana dipermainkan dan dicela oleh sebahagian orang kerana membenarkan keharusan yang ia tidak dibenarkan oleh majoriti, bahkan keseluruhan ulama.

Akan tetapi, apabila ada yang disebut sebagai wahabi menyatakan bahawa solat fardu yang ditinggalkan secara sengaja kerana kononnya mengambil pandangan yang syaz, mereka mengeksploitasi kesempatan untuk menghina sehabis-habisnya. Beginilah rupanya mereka menghormati perselisihan pandangan.

Dalam isu bersalaman dengan wanita bukan mahram, mereka mahu kita terima perbezaan pendapat. Namun, apabila giliran orang lain dalam memilih pandangan yang berbeza, mereka terus mengutuk habis-habisan.

Hipokrit pada mereka ini sememangnya sebati dan menjalar pada mereka. Ia sudah berlanjutan hari demi hari, tetapi mereka buta untuk melihatnya. Segala puji bagi Allah yang memelihara kita semua daripada kebobrokan seperti ini. Kita memohon kepada-Nya agar sentiasa dicurahkan kekuatan untuk istiqamah di atas jalan yang lurus dan mati di atas keberagamaan yang sejati.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688431594446422016/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-174-sebahagian-hipokrit

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now