At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 69 : Seruan Untuk Reformasi Institusi Pengajian Pondok

13 0 0
                                    

Saya tidak mahu berseteru dengan institusi pengajian pondok memandangkan saya sendiri mengambil manfaat daripada karya mereka, khususnya dalam lapangan ilmu tauhid

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya tidak mahu berseteru dengan institusi pengajian pondok memandangkan saya sendiri mengambil manfaat daripada karya mereka, khususnya dalam lapangan ilmu tauhid. Melalui dapatan kefahaman daripada karya mereka, saya telah menghasilkan judul penulisan "Penajaman Deria Dalam Mengenali Sifat Yang Maha Mulia" yang berorientasikan perbahasan mengikut metodologi mereka. Saya mengambil inspirasi ilmu tauhid daripadanya cuma dengan sedikit pembaharuan dan penyaringan dalam perbahasan tersebut.

Namun, jika mereka ingin menjadi progresif dan relevan, mereka perlu ubah sikap. Kita semua ingin mengharapkan kebaikan daripada institusi pondok. Kita juga ingin menjadi negara kita tempat pembelajaran tradisional yang gah dunia seperti India. Kita mungkin tidak mampu menyaingi di negara Arab yang sememangnya telah lama menyerlah dan bertapak kukuh kegemilangannya. Sekurang-kurangnya, kita ingin menjadikan sistem pendidikan negara kita ini memiliki nilai yang dipandang tinggi dalam institusi pengajian Islam yang tradisional.

Pertama sekali, mereka perlu terbuka untuk menerima usaha pentakhrijan hadis yang terkandung dalam karya-karya pondok. Tidak perlu sampai menilai status hadis, tetapi cukup untuk dinyatakan kutipan dan rujukan agar masyarakat dan pembaca serta para pelajar tahu sumber ambilan hadisnya. Jika ada rujukan, maka cukup nyatakan rujukan. Urusan sahih atau tidak itu terserah kepada pengkaji dan pembaca. Jika tiada rujukan, sudah memadai untuk menyatakan tiada rujukan. Jika status hadisnya disepakati dhaif oleh para ulama, maka cukup nyatakannya.

Selalu sahaja kita menemukan keegoan mereka untuk menolak usaha seperti ini, malah berdedikasi agar usaha ini terbantut dan gagal. Mereka menyangka buruk bahawa gerak kerja ini hanya bertujuan untuk merendahkan karya mereka dan menganggap lekeh kewibawaan ilmu para ulama pondok dalam ilmu hadis. Sesiapa sahaja yang mengutarakan cadangan ini atau menjadi ahli yang terlibat dalam usaha ini, pasti dikecam, dicerca dan dipandang hina.

Padahal, kitab Iḥyā^ *Ulūmiddīn karya Abū Ḥāmid al-Ġozāliyy pun menerima kritikan dalam aspek penukilan hadis dan mendapat semakan semula melalui pentakhrijan hadis. Respons sebegini sama sekali tidak menjatuhkan kedudukannya yang tinggi, apatah lagi merobek kredibilitinya. Bahkan, ia menjadi pemangkin yang mengangkat darjatnya ke lebih tinggi kerana kandungan ilmiahnya menjadi tumpuan perbahasan ilmu dari pelbagai sudut.

Kita pasti bahawa tidak ada mana-mana figura pondok yang menyatakan bahawa kedudukan mereka lebih tinggi daripada al-Ġozāliyy dan karya mereka tidak setinggi nilainya berbanding Iḥyā^ *Ulūmiddīn. Jika sedemikian, mengapa merasa hina pula untuk menerima usaha yang sama sepertimana yang dilakukan pada kitab Iḥyā^ *Ulūmiddīn? Kedudukan seseorang itu tidak akan ada nilai apa-apa sehingga ia diuji dan dibuat penilaian. Mengapa tidak habis-habis menjaja keagungan karya-karya mereka, tetapi sangat benci usaha takhrij hadis?

Kedua, sudah sampai masanya untuk institusi pondok menggandingkan karya-karya mereka dengan karya-karya yang selain mereka. Maksudnya, mereka perlu terbuka dan mengalu-alukan serta menggabungkan karya luar daripada institusi pondok untuk disepadukan dalam pengajaran, pembelajaran, ulang kaji dan kajian.

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now