At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 94

4 0 0
                                    

Pengajaran Kisah *Abdul Qōdir al-Jaylāniyy Dan Pemabuk

Saya menemukan cerita ini dan saya tidak dapat memastikan kesahihan cerita *Abdul Qōdir al-Jaylāniyy ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya menemukan cerita ini dan saya tidak dapat memastikan kesahihan cerita *Abdul Qōdir al-Jaylāniyy ini. Pun begitu, di sini kita mengandaikan cerita ini benar. Ia sebenarnya mengandungi pelbagai faedah yang besar untuk direnungi dan dihayati.

Pertama, kalaulah orang yang fasik pun mampu memberikan pengajaran dan keinsafan kepada orang soleh atau orang ternama yang memiliki kedudukan yang tinggi dalam masyarakat, tentu lagi orang biasa atau orang awam yang dianggap tidak signifikan atau lekeh atau terpencil dalam komuniti.

Adakalanya orang berilmu yang berpengaruh ini atau pengikutnya begitu sombong untuk mendengar nasihat, teguran dan penghujahan daripada orang yang dilihat tidak begitu terkenal sepertimana tokoh tersebut. Kononnya orang ini sama sekali tidak memiliki keupayaan ilmu yang ulung dan ketajaman pemikiran yang Allah lebihkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Bagi mereka, popular itu menjadi penanda aras sama ada orang itu berkualiti atau benar, bukan pada kandungan penghujahan atau isi penyampaian.

Kalaulah pertemuan *Abdul Qōdir al-Jaylāniyy dengan pemabuk ini begitu menginsafkan kita, mengapa kita tidak boleh berlapang dada untuk mengakui bahawa orang yang biasa atau orang awam yang tiada nama yang besar dalam masyarakat juga dapat memberikan pengajaran yang berguna kepada diri yang berilmu yang masyhur sama ada dari sudut keilmuan atau kerohanian? Bukalah mata dan sentiasa menyucikan jiwa untuk melihat perspektif daripada orang lain. Kemungkinan sahaja Allah akan mengalirkan rezeki melalui lidah orang yang kita tidak jangka.

Ketiga, kalaulah seorang pendosa yang mabuk dapat mengungkapkan kebenaran sehingga *Abdul Qōdir al-Jaylāniyy mengambil perhatian terhadapnya, maka mengapa pula pendosa yang waras tidak boleh menyampaikan kebenaran, apatah lagi orang biasa atau orang awam yang tidak ternama? Apa salahnya jika para pendosa ini menyampaikan kebenaran apabila nyata padanya kesalahan fakta, kepincangan dalam hujah dan sebagainya sehingga hal itu perlu diambil berat oleh tokoh-tokoh yang besar dalam masyarakat.

Manusia tidaklah selamanya hitam keseluruhannya atau putih keseluruhannya. Boleh jadi ada sahaja seseorang yang terjerumus dalam suatu dosa kerana kekurangan atau kelemahannya, tetapi dia memiliki kekuatan untuk melaksanakan bahagian kebaikan yang lain. 

Bukanlah saya ingin berkata bahawa seseorang itu boleh sahaja terus-menerus melakukan dosa selagimana dia menyampaikan kebenaran dan ilmu yang bermanfaat. Saya ingin menegaskan bahawa kalau pun terjebak dengan suatu dosa, janganlah itu menjadi penghalang untuk melaksanakan ajakan kepada yang makruf dan pencegahan kepada yang mungkar.

Kalaulah ditemukan orang yang menyampaikan maklumat yang salah, usahlah seseorang itu mendiamkan diri dan membiarkan ia tersebar apabila ada kemampuan yang diberikan Allah *Azza Wa Jalla untuk mencegahnya hanya beralasan bahawa dia adalah pendosa atau jika tidak, sekadar orang biasa sahaja. Dosa seseorang itu adalah isu lain, tetapi hak ikutan kepada ilmu adalah isu yang lain. Jika tidak mampu melaksanakan isu yang lain sehingga terjatuh dalam dosa, janganlah itu dijadikan alasan sebagai untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap penyampaian ilmu yang tiada kena mengena dengannya.

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now