At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 118 : Dilemma Dalam Berfatwa

5 0 0
                                    

Abū *Abdullah Muḥammad bin Ḥārīṯ al-Qoyrowāniyy berkata :

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Abū *Abdullah Muḥammad bin Ḥārīṯ al-Qoyrowāniyy berkata :

أخبرنا سعيد بن عثمان الأعناقي، أخبرني قاسم بن محمد: كنا عند ابن عبد الحكم إذ سأله رجل عن مسألة فأطرق فيها محمد طويلا وتوقف عن الفتيا. فقال له عبد الرحمن ابن عيسى بن دينار: "ابن القاسم يقول فيها كذا وكذا". قال قاسم: فقال لي ابن عبد الحكم: "لو كان العلم كما يقول صاحبنا هذا لكان الفتيا سهلا لاحتجاجه بسواد الكتاب. ونحن إنما نحب أن نعرف أين الحق. فلذلك ما توقفت عن الفتيا".

Sa*īd bin *Uṯmān al-A*nāqiyy telah merawi khabar kepada kami; Qōsim bin Muḥammad telah mengkhabarkan kepadaku; Dahulu kami di sisi Ibn *Abdul Ḥakam. Lalu, seseorang bertanya kepadanya tentang suatu permasalahan, lalu terdiam lama Muḥammad padanya dan dia tertangguh daripada berfatwa. *Abdul Roḥmān Ibn *Īsā bin Dīnār berkata kepadanya: "Ibn al-Qōsim berkata padanya sedemikian sedemikian". Qōsim berkata; Ibn *Abdul Ḥakam berkata kepadaku: "Kalaulah ilmu itu adalah sepertimana yang sahabat kami ini katakan, pasti memberi fatwa itu mudah untuk berhujah dengan kebanyakan kitab. Cuma, kami lebih menyukai untuk mengenali di mana kebenaran itu. Lalu, kerana itulah apa yang aku tertangguh daripada berfatwa". [Aẖbār al-Fuqohā^ Wa al-Muḥaddiṯīn, m/s 179, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut].

Aš-Šarīf Ḥātim bin *Ārif al-*Awniyy, tokoh hadis berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata setelah membawa kisah ini :

هذا هو الفرق بين الحفظ والعلم ، بين ناقل الفقه والفقيه .

"Inilah dia pembeza antara hafalan dengan ilmu lagi antara pembawa fiqh dengan faqih". [Rujuk : https://www.facebook.com/Al3uny/posts/458022639022859].

Selalunya, apabila orang meminta fatwa kepada kita, para penanya tidak begitu peduli sama ada fatwa yang kita berikan itu adalah pendapat kita sendiri atau pengucapan dari lidah kita sendiri atau kutipan fatwa daripada orang lain atau penukilan daripada kalam orang lain. Yang penting bagi mereka adalah persoalan mereka terjawab dan kemusykilan mereka terlerai. Cuma, dalam fiqh, adakalanya orang yang bertanya akan lebih spesifik untuk pendapat dan pengamalan mazhab tertentu. Maka, kita seharusnya menjawab sepertimana apa yang diminta penanya itu.

Akan tetapi, yang menjadi dilemma adalah sama ada kita dibenarkan memberikan fatwa yang sebenarnya betul bagi kita yang mungkin ada sisipan daripada pendapat pilihan peribadi kita bersama atau kita tidak ada ruang langsung untuk melakukan pertimbangan dalil bagi menentukan kebenaran yang kita yakini dan kita hanya sekadar untuk menukilkan pandangan yang sedia ada dan terikat dengan sesuatu mazhab atau aliran.

Apabila kita memberikan pandangan daripada pendapat pilihan peribadi kita, adakalanya sebahagian orang tidak menyenanginya kerana kita seolah-olah memposisikan diri setara dengan ulama atau mungkin mendapat celaan bahawa kita ini memandai-mandai atau disindir sebagai melagak mujtahid. Lebih-lebih jika pandangan kita itu adalah menyalahi pandangan aliran atau mazhab atau tokoh mereka, tentu lagi kita akan mendapat celaan dan tentangan.

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now