At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 31

4 0 0
                                    

Wajib Mengundi Parti Pemerintah Kerana Pemerintah Memerintahkan Sedemikian?

Wajib Mengundi Parti Pemerintah Kerana Pemerintah Memerintahkan Sedemikian?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ini perintah yang tidak makruf ditaati. Kalau seseorang pemimpin memerintahkan ahli syura untuk melantik pemimpin dalam kalangan keluarganya sahaja dan melarang untuk melantik daripada orang lain adalah perintah yang batil. Ini kerana yang layak memerintah ialah mereka yang layak menggalas tanggungjawab kepimpinan, bukan daripada individu tertentu sahaja

Kalau pemimpin yang memerintahkan itu tadi meninggal dunia dan memerintahkan untuk menggantikan anaknya sedangkan anak itu tidak berkemampuan untuk mentadbir dan menguruskan negara, maka tidak berhak untuk berikan jawatan itu kepadanya dan serahkan jawatan itu kepada orang lain sekalipun anak itu melawan dan menggugut. Kalau anaknya mengangkat senjata dan menentang, maka dialah sebenarnya yang melakukan bughah kerana menentang pihak yang lebih berautoriti berbandingnya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/624404794577174529/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-31-wajib-mengundi-parti

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now