At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 132 : Penghormatan Untuk Warga Muda Yang Berkompeten

3 0 0
                                    

Penghormatan kepada ilmuwan, yang berkepakaran dan yang melazimi kebenaran adalah tidak mengira tua atau muda dan yang terkenal atau yang tidak terkenal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Penghormatan kepada ilmuwan, yang berkepakaran dan yang melazimi kebenaran adalah tidak mengira tua atau muda dan yang terkenal atau yang tidak terkenal. Inilah sepatutnya budaya yang kita perlu terapkan.

Adakalanya, budaya ini terpinggir kerana selalu sahaja yang muda dilihat merebel apa yang dibawa oleh orang tua atau warga muda menyanggahi tradisi warga tua walaupun yang muda itu memiliki potensi yang unggul dan kemampuan yang mantap.

Apabila kita sudah selesa dengan takuk tradisi yang lama, kita akan kekeringan dalam usaha peningkatan mutu dan pembaikan yang berterusan. Tradisi ilmu kita boleh menjadi jumud dan beku kerana telah menganggap bahawa tradisi lama ini telah lama mencukupkan segalanya dan yang paling terbaik untuk masyarakat setempat.

Sedangkan, suasana dan cabaran semasa akan berbeza. Tradisi yang lama mungkin bermakna untuk zaman tersebut. Sebab itulah proses pembaharuan perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa tanpa mengesampingkan apa yang menjadi peninggalan dahulu.

Adakalanya, kita perlu meraikan pandangan daripada yang muda, lebih-lebih yang telah terbukti kemampuannya kerana mereka antara orang yang lebih faham tentang pemikiran yang sebaya dengan mereka, suasana pandang alam mereka dan lain-lain yang berkaitan dengan generasi mereka yang mungkin warga tua tidak cakna dan menyedarinya..

Akan tetapi, bukan bermaksud kita menerimanya secara bulat-bulat kerana yang muda mungkin tidak mengerti mengapa tradisi lama ini dibangunkan dan dipelihara. Kita memerlukan dialog bersama dan gandingan kerjasama untuk usaha kebaikan bagi kedua-dua belah pihak.

Kita lihat contoh bagaimana khidmat Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- kepada mazhab Mālikiyy dengan memperhebatkan penyebutan dalil, bentuk istidlal, penjelasan sebab bagi permasalahan serta mentarjihkan antara beberapa pandangan dan bentuk yang ada pada mazhab sehingga telah menghasilkan beberapa kitab untuknya seperti Taẖrīj ad-Dalā^il Ilā Mā Fī Risālah al-Qoyrowāniyy Min al-Furū* Wa al-Masā^il, Masālik ad-Dilālah *Alā Masā^il Matn ar-Risālah, al-Hidāyah Fī Taẖrīj Aḥādīṯ al-Bidāyah, Madārik al-Istiqōlah Min Ḍo*īf Masālik ad-Dilālah dan al-Bayān Wa at-Tafṣīl Li Waṣl Mā Fī al-Muwaṭṭo^ Min al-Balāġōt Wa al-Marōsīl.

Ini adalah khidmat yang besar faedahnya hampir sahaja hilang dalam kitab-kitab fiqh mazhab ini dalam pengajaran yang mana rujukan induk tokoh besar mazhab ini dahulu dan sekarang adalah Muẖtaṣor H̱olīl yang mana ia menjadi dependen dalam pengajaran dan fatwa sama ada di Mesir atau Morocco menurut Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ dalam Musāmaroh aṣ-Ṣiddīq Bi Ba*ḍ Aḥwāl Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq.

Usaha ini sepertimana yang disebutkan Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ adalah usaha tajdid dalam mazhab yang selama ini terkosong daripada dalil sehinggalah datang Aḥmad al-Ġumāriyy. Kalau sesiapa yang mencerap ketelitian dan keilmuan dalam usahanya dalam khidmat untuk mazhab ini, pasti dia akan mengiktiraf anugerah yang tercurah-curah ke atas mazhab ini dan ahlinya. Apabila seseorang yang sezaman berkemahuan untuk istidlal bagi mazhab itu, maka dia akan mendapati ia terangkum dalam karyanya.

Akan tetapi, bukan semua yang menyenangi usaha ini, lebih-lebih lagi jika usaha ini didorong oleh semangat untuk membebaskan diri daripada taklid dan cantasan terhadap ketaksuban. Saya telah menceritakan sebahagian apa yang dia lalui dalam menghadapi pentaklid yang taksub yang keji dalam karya saya yang berjudul "Risalah Ringkas Kesedaran Bahaya Taklid".

Pembaharuan daripada tidak akan dihargai oleh warga tua melainkan mereka bersikap saksama untuk melihat kebaikan besar yang ada pada yang dilakukan generasi muda, lebih-lebih yang telah dikenali kompetennya. 

Siapakah Aḥmad al-Ġumāriyy di mata mereka yang warga tua yang kolot ini jika ingin dibandingkan dengan para pendahulunya jauh lebih berkaliber daripadanya dan apa yang bagus sangat daripadanya untuk gerak kerja terhadap tradisi dengan mazhab Mālikiyy yang telah bertahan ratusan tahun lamanya di Morroco? Apakah selama ini pengamalan mazhab ini tidak pernah didasari dalil? Siapa Aḥmad al-Ġumāriyy ini untuk menongkah arus dan mengganti tradisi yang telah lama terpahat? 

Soalan ini selalu menjadi modal pertikaian bagi usaha orang muda untuk membawa usaha pembaharuan. Namun, orang yang sezamannya yang menjengah manfaat besar bagi usaha pembaharuannya dan mereka yang sesudahnya akan menghargai apa yang telah disumbangkan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/676143146115153920/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-132-penghormatan-untuk

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now