At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 161

3 0 0
                                    

Orang Arab Sendiri Tidak Tahu Bahawa Aḥmad Al-Ġumāriyy Sangat Membenci Ašᶜarian?

Dalam kalangan orang Arab sendiri, ada sebahagian mereka masih ignoran bahawa Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bukan bermazhab ašᶜarian, bahkan mencela aliran...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dalam kalangan orang Arab sendiri, ada sebahagian mereka masih ignoran bahawa Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bukan bermazhab ašᶜarian, bahkan mencela aliran tersebut dengan sehabis-habis celaan walaupun tidak ada jurang bahasa untuk kemudahan perujukan.

Kalamnya tentang celaannya terhadap aliran ašᶜarian telah dikumpulkan oleh Ṣōdiq Salīm Ṣōdiq dengan judul «Ḏamm al-Aš*ā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah».

Saya sebenarnya tidak hairan jika berlaku sebegini kerana sememangnya Aḥmad al-Ġumāriyy dikelilingi dengan pengikut sufi, mempertahankan tradisi kesufian dan terkenal dalam komuniti sufi sehinggakan imej kesufian itu menjadi dominan kepada dirinya.

Sufi secara dominannya adalah beraliran ašᶜarian. Sebab itu jika ada yang menjadi sufi tanpa menganut ašᶜarian, ia adalah keanehan buat mereka. Itulah yang ditonjolkan oleh Aḥmad al-Ġumāriyy. Namun, itu tidak menjadi penonjolan yang dominan sepertimana imej sufinya.

Kelainan Aḥmad al-Ġumāriyy tidak dihairankan bagi mereka yang mengenali keluarga al-Ġumāriyy. Keluarga ini sememangnya penuh dengan keunikan dan masing-masing ada pola pemikiran yang lain daripada yang lain.

Tambahan lagi, antara tokoh yang antiašᶜarian, tetapi sufi adalah Abū Ismā*īl al-Harowiyy yang mana penonjolannya melalui kitabnya «Manāzil as-Sā^irīn». Kitab ini sehingga aḏ-Ḏahabiyy dalam «Taḏkiroh al-Ḥuffāẓ» menyatakan bahawa kitab ini dianggap bersecocokan dengan pendukung fahaman ₍Waḥdah al-Wujūd₎, walhal bukan sedemikian. Malah, *Alā^uddīn al-Buẖōriyy dalam «Fāḍiḥah al-Mulḥidīn Wa Nāṣiḥah al-Muwaḥḥidīn» juga membangkitkan isu yang sama tentangnya.

Ibn Qoyyim al-Jawziyyah juga menonjol dengannya melalui syarahan kitab itu dengan judul «Madārij as-Sālikīn» yang merupakan syarah kepada kitab «Manāzil as-Sā^irīn» dan kitab-kitabnya yang lain.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688382137420873728/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-161-orang-arab-sendiri

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now