At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 176

2 0 0
                                    

Ibn *Arobiyy Mengatakan Bahawa Arasy Adalah Tempat Tinggal Untuk Allah?

Aswajaean selalu sahaja menyindir akidah salafi seperti akidah Yahudi yang mengimani tuhan itu di atas singgahsana yang bertempat di atas langit dan memperpanjangkan ejekannya dalam usaha mencemarkan mana-mana orang yang menyifatkan sifat ₍al-*Ulu...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aswajaean selalu sahaja menyindir akidah salafi seperti akidah Yahudi yang mengimani tuhan itu di atas singgahsana yang bertempat di atas langit dan memperpanjangkan ejekannya dalam usaha mencemarkan mana-mana orang yang menyifatkan sifat ₍al-*Uluww₎ bagi Allah, padahal bukan sebegitu akidah yang dianuti salafi.

Namun, lihat bagaimana Ibn *Arobiyy al-Ḥātimiyy yang merupakan tokoh pujaan mereka menyifatkan Arasy adalah ₍Maskanih₎ (مَسْكَنِهِ), iaitu tempat tinggal-Nya dan Allah di atasnya sepertimana yang dengan-Nya pada agama dan iktikad sehingga pentahqiq kitab tidak menyetujui kata-kata ini dengan mengatakan bahawa Arasy adalah tempat penzahiran kemampuan-Nya, Dia tidak menjadikannya sebagai tempat serta Dia itu nirmala daripada tempat.

Penyifatan sebagai tempat tinggal bago Allah jauh lebih teruk daripada mengatakan Allah itu bertempat yang mereka selalu cela, bahkan menganggapnya ia adalah akidah kufur.

Sekarang, apa alasan mereka? Kalam ini perlu ditakwil? Kalau begtitu, apa takwilannya? Ada sisipan palsu terhadap kitab ini? Kalau begitu, apa buktinya? Atau sememangnya Ibn *Arobiyy adalah wahabi dan beriktikad dengan akidah kufur?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688433630012456960/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-176-ibn-arobiyy

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now