At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 7

13 0 0
                                    

Sikap Hipokrit Pada Sebahagian Orang Yang Melaungkan "Perselisihan Ulama Adalah Rahmat"

Inilah sikap hipokrit sebahagian orang yang melaungkan "Perselisihan ulama adalah rahmat"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Inilah sikap hipokrit sebahagian orang yang melaungkan "Perselisihan ulama adalah rahmat". Jika ada isu yang tampak sensitif atau yang tidak menyenangi mereka, lihatlah mereka menukarkan slogan itu kepada "Perselisihan fiqh adalah azab". Mereka tiba-tiba ada autoriti penuh pula untuk menentukan sama ada mereka yang menyelisihi pegangan mereka adalah pengikut hawa nafsu ataupun tidak. Walhal mereka sedar bahawa ia adalah perselisihan yang muktabar. Namun, atas alasan untuk menegah seseorang itu terjebak dalam dosa, maka mereka menutup ruang perselisihan. Adakah mereka fikir bahawa ahli fiqh yang mengeluarkan pendapat tersebut berdasarkan hawa nafsunya sehingga orang yang mengambil pendapatnya adalah pengikut hawa nafsu dan berdosa bagi sesiapa yang mengamalkan pendapat tersebut? Lihatlah kecelaruan orang yang berprinsipkan sentimental dalam agamanya. Semuanya seolah-olah perlu tunduk dengan keinginannya.

Apabila seseorang mengambil keharusan melancap menurut pandangan aḍ-Ḍoḥḥāk bin Muzāḥim dan sekumpulan dengannya sepertimana yang dinukilkan oleh Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy dalam Iẖtilāf al-Fuqohā^, mereka beri alasan ia bukan daripada mazhab yang empat. Adakah sebab ia bukan dari mazhab yang empat, maka ia automatik salah? Mereka fikir bahawa Islam hanya berputar pada empat mazhab sahaja.

Apabila seseorang mengambil pendapat bolehnya melihat aurat pada bayangan air dan imej cermin dalam keadaan bersyahwat yang juga teraplikasi untuk paparan skrin digital menurut al-Qolyūbiyy dalam Ḥāšiyatā Qolyūbiyy Wa *Umayroh dan al-Bujyarimiyy dalam Tuḥfah al-Ḥabīb, mereka berkata bahawa ini bukanlah pendapat muktamad mazhab. Adakah yang menyalahi pendapat muktamad maka ia adalah berdosa secara automatik? Mereka tidak boleh bezakan pendapat muktamad untuk mewakili sebagai pendapat mazhab dengan pendapat yang tidak boleh dinisbahkan kepada mazhab, namun ia ada nilai ilmu kerana ia adalah pendapat atau ijtihad daripada ahli fiqh.

Adakah kesemua mereka mengeluarkan pendapat mereka mengikut hawa nafsu? Adakah sebab mereka semua yang mengeluarkan pandangan ini tidak bersikap teliti dan tekun sehingga mereka ini langsung tidak dihiraukan kata-katanya?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/620388923216101376/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-7-sikap-hipokrit-pada

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now