At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 78 : Panduan Untuk Membuat Pilihan Ikutan Beragama

2 0 0
                                    

Sangat berguna nasihat ini bagi orang yang berhadapan dengan para agamawan yang bertelagah, berbalah dan berselisih dalam sesuatu isu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sangat berguna nasihat ini bagi orang yang berhadapan dengan para agamawan yang bertelagah, berbalah dan berselisih dalam sesuatu isu. Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

فَبَشِّرْ عِبَادِ ‎﴿١٧﴾‏ الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ ‎﴿١٨

"Sampaikanlah khabar gembira kepada hamba-Ku. Iaitu, orang yang mendengarkan hujah, lalu dia mengikuti yang terbaik di antaranya. Itulah mereka yang Allah berikan hidayah kepada mereka. Mereka itulah adalah ulul albab". [Surah az-Zumar ayat 17-18].

Sememangnya benar perkataan "Istama*a" (اسْتَمَعَ) pada ayat ini bukan hanya sekadar mendengar, tetapi penuh dengan teliti dan mengamati dengan penuh perhatian. Abū Hilāl al-*Askariyy berkata dalam merincikan makna al-Istimā* :

أَن الِاسْتِمَاع هُوَ استفادة المسموع بالإصغاء إِلَيْهِ لفهم وَلِهَذَا لَا يُقَال إِن الله يستمع

"Al-Istimā* adalah pengambilan faedah dari apa yang didengari dengan menumpukan pendengaran kepadanya untuk kefahaman. Kerana itu tidak dikatakan bahawa Allah itu yastami*u". [Al-Furūq al-Luġowiyyah, m/s 89, keluaran Dār al-*Ilm Wa aṯ-Ṯaqōfah Li an-Našr Wa at-Tawzī*, Kaherah, tahqiq Muḥammad Ibrōhīm Salīm].

Maksudnya adalah Istama*a adalah mendengar yang dalam keadaan sengaja dan fokus, bukan dengar yang disengajakan atau difokuskan seperti seseorang dengar bunyi bising di jalanan.

Kemudian, pada makna al-Qowl pula, Abū Manṣūr al-Māturīdiyy dalam Ta^wīlāt Ahl as-Sunnah, jilid 7, m/s 48, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Dr. Majdiyy Bāsilūm menukilkan salah satu pendapat bahawa al-Qowl adalah merujuk mendengar semua kata-kata manusia sama ada baik atau buruk, indah atau keji kata-katanya. Kemudian, pada makna mengikuti yang terbaik, Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy dalam rujukan yang telah disebut menyatakan bahawa yang lebih membimbing dan yang lebih berpetunjuk serta yang begitu membawa kepada tauhid kepada Allah, amalan taat dan meninggalkan kesemua selain itu. 

Sudah tentu sekali al-Qowl di sini merujuk kepada hujah. Maksudnya, kita meneliti hujah setiap satu daripada dua pihak atau lebih untuk melihat yang mana satu lebih terbaik, iaitu yang lebih membawa kepada petunjuk dan lebih membimbing kepada kebenaran. 

Sememangnya benar bahawa yang bukan diperhatikan adalah penampilan sama ada berpakaian agamawan atau selainnya ataupun penggayaan dalam penyampaian sama ada dia itu fasih atau gagap atau berjargon bahasanya atau selainnya. Ini kerana penampilan luaran tidak semestinya mencerminkan ikutan sebenarnya seseorang.

Kemudian, ambilah dan ikutilah pandangan yang diyakini kekuatan hujahnya dan kemapanannya dalam argumentasi. Jangan takut untuk memilih meskipun pilihan itu adalah menyelisihi tokoh sanjungan atau membawa berhadapan dengan bahaya. Jika khuatir dengan pilihan tersebut, maka ingatlah firman Allah *Azza Wa Jalla :

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ ‎﴿١٥٩

"Apabila engkau berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal". [Surah Āli *Imrōn ayat 159].

Dengan ikutan yang terbaik itulah yang akan menyampaikan janji-Nya untuk memberikan hidayah dan pengiktirafan sebagai orang yang memiliki kecerdasan. Kalau kita tersalah dlaam pilihan kita, Allah pasti akan memberikan petunjuk kepada kita atas komitmen kita untuk mengikuti yang terbaik. Orang yang cerdas pula bukanlah tidak pernah tersilap, tetapi mereka adalah orang yang belajar daripada kesilapan serta menjadikan kesilapan itu adalah pelajaran dalam hidupnya.

Usah khuatir dengan terjadinya perselisihan yang banyak dan jangan pula takut menghadapi perselisihan serta melawan arus perselisihan dengan mengikuti yang terbaik menurut kita. Namun, khuatirlah apabila kita menjadi orang yang terperangkap dalam hawa nafsu seperti kesombongan dan suka yang bermain falasi yang menghalang kita daripada menggapai kebenaran. Ibn *Aṭo^illah as-Sakandariyy berkata :

لَا يُخَافُ عَلَيْكَ أَنْ تَلْتَبِسَ الطُّرُقُ عَلَيْكَ. إِنَّمَا يُخَافُ عَلَيْكَ مِنْ غَلَبَةِ الْهَوَى عَلَيْكَ

"Tidaklah dikhuatiri ke atas engkau bahawa engkau terkabur pelbagai jalan kepada engkau, tetapi yang dikhuatiri adalah penaklukan hawa nafsu terhadapmu". [Iḥkām al-Ḥikam Fī Šarḥ al-Ḥikam, karya Abū aṭ-Ṭoyyib Burhānuddīn Ibrōhīm bin Maḥmūd aš-Šāḏuliyy, m/s 83, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut].

Apa sahaja aliran seseorang itu pilih, kalau sombong dan falasi tetap menu hariannya, ia tetap akan membutakan seseorang untuk meneliti dan menerima kebenaran.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654290492388999168/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-78-panduan-untuk-membuat

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now