At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 145

1 0 0
                                    

Tidak Melonggokkan Seseorang Dalam Satu Kelompok Hanya Kerana Berasaskan Persamaan Kata-Kata

Tidak Melonggokkan Seseorang Dalam Satu Kelompok Hanya Kerana Berasaskan Persamaan Kata-Kata

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ berkata :

نعم، هناك بعض المبتدعة كالقائلين بالكيف أو الجهة، أخطأوا بسبب شبه قامت عندهم فهم مبتدعة. ولكنهم ليسوا مجسمة، بل يفرون من التجسيم ويعادونه ويكثرون من ذمه. ومن الخطأ محاكمة أهل العلم بلازم قولهم فهذا باطل. والتجسيم كاد أن يكون تكفيرا كما تقدم .

"Benar. Di sana sebahagian golongan bidaah seperti yang berpendapat tentang kaifiat atau arah. Mereka tersalah disebabkan syubhat yang berdiri di sisi mereka. Lalu mereka menjadi golongan bidaah. Akan tetapi, mereka bukan mujassimah. Bahkan, mereka lari daripada penjisiman, memusuhinya dan memperbanyakkan celaannya. Antara kesalahan adalah penghukuman ahli ilmu dengan kelaziman kata-kata mereka. Maka, ini adalah batil. Penjisiman hampir-hampir menjadinya pengkafiran sepertimana yang dahulu". [Rujuk : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1178064699274468&id=100012128473491].

Untuk isu kaifiat dan arah, ia ada perbahasan dalam ahli sunnah dan sebahagian mereka menerimanya. Saya tidak mahu memperpanjangkan hal ini. Saya telah membahaskannya dengan lanjut dalam penulisan saya yang berjudul "Penjelasan Interaksi Dengan Naṣ Tentang Sifat Allah" dan "Kaifiyyat Bagi Allah : Antara Isbat Dan Nafi".

Yang saya ingin memfokuskan adalah kata-katanya tentang penghukuman ahli ilmu dengan kelaziman kata-kata seseorang. Apabila kita ingin menentukan status seseorang itu, maka kita perlu ambil kira konteks yang digunakan, apa pendiriannya, corak pemikirannya dan apa yang kita dapat tentang latar belakangnya sedaya yang mampu kerana semua ini ada impak pada penggunaan lafaz atau pengolahan ayat. 

Sebagai contoh, kita tidak boleh menghukumkan seseorang itu kafir hanya kerana zahir kata-katanya tampak kufur. Lebih-lebih lagi jika dia dikenali sebagai orang yang sangat kuat mempertahankan agama, bukan orang yang mengambil agama sambil lewa atau sekurang-kurangnya dia tidak pernah terbabit dengan apa yang menjurus kepada kekufuran. Boleh jadi ia tersalah dalam ungkapan atau tersilap memilih kata atau terlajak ucapan atau konteks ayat tersebut sama sekali tidak mengheret kepadanya sama ada dengan melihat dari sudut lain atau takwil yang absah.

Dalam kes ini, Abū Ḥāmid al-Ġozāliyy berkata :

الأصل الخامس العلم بأنه تعالى ليس بجسم مؤلف من جواهر إذ الجسم عبارة عن المؤلف من الجواهر وإذا بطل كونه جوهراً مخصوصاً بحيز بطل كونه جسماً لأن كل جسم مختص بحيز ومركب من جوهر فالجوهر يستحيل خلوه عن الافتراق والاجتماع والحركة والسكون والهيئة والمقدار وهذه سمات الحدوث. ولو جاز أن يعتقد أن صانع العالم جسم لجاز أن يعتقد الإلهية للشمس والقمر أو لشيء آخر من أقسام الأجسام. فإن تجاسر متجاسر على تسميته تعالى جسماً من غير إرادة التأليف من الجواهر كان ذلك غلطاً في الاسم مع الإصابة في نفي معنى الجسم.

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt