At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 190

9 0 0
                                    

Orang Awam Perlu Mengikut Ahli Ilmu, Bukan Sebaliknya

Orang Awam Perlu Mengikut Ahli Ilmu, Bukan Sebaliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kata Šihābuddīn Abū Ḥafṣ as-Suhrowardiyy :

اعْلَم أَنَّ كَثِيْرَاً من أَهْلِ العِلْمِ قَدْ تَظْهَرُ لَهُ صِحَّةُ قَوْلِ الخَصْمِ ، وَلَكِن لمَّا يَرَى أنَّ الأَتْبَاعَ من العَوَامِ مُلْتَزِمُوْنَ بعَقِيْدَتِهِ ، يَكْرَهُ أَنْ يُظْهِرَ مَا يُضْمِرُهُ ، كَيْلَا يَكْسُدَ سُوْقُهُ عِنْدَهُم ؛ فانْظُر إِلَى هَذِهِ الفِتْنَة ، إِذْ يَصِيْرُ العَالِمُ تَبَعَاً للعَامِّيِّ، وَكَانَ الأَجْدَرُ أَنْ يَكُوْنَ الأَمْرُ بِعَكْسِ ذَلِكَ والله المُسْتَعَانُ عَلَى مَا نَزَغَ بِهِ الشَّيْطَان

"Ketahuilah bahawasanya kebanyakan daripada ahli ilmu telah nyata padanya keabsahan pendapat lawannya. Akan tetapi, tatkala dia melihat para pengikutnya dari kalangan orang awam beriltizam dengan akidahnya, dia membenci untuk menzahirkan apa yang dia menyembunyikannya supaya tidak lesu pasarannya di sisi mereka. Lihatlah terhadap kemelut ini memandangkan terjadinya orang yang berilmu mengikut orang awam, sedangkan yang paling berharga adalah terjadinya perkara itu dengan sebalik itu. Allah jualah yang diharapkan bantuan atas apa yang syaitan menghasut dengannya". [A*lām al-Hudā Wa *Aqīdah Arbāb Ahl at-Tuqō, terhimpun dalam majalah al-Mašriq, m/s 276, bertarikh Jun 1964].

Adakalanya, mereka bukan kerana takut akan hilang pengikutnya. Sebahagian orang tidak mampu menyerlahkan pandangannya, pemikirannya dan kemampuannya kerana dikhuatiri ia akan membebankan hidupnya. Inilah yang berlaku pada Taqiyuddīn as-Subkiyy yang mana dia tidak dapat menyerlahkan kemampuan ijtihadnya sekalipun disepakati kedudukannya sebagai mujtahid. Al-*Irōqiyy berkata :

وقُلْتُ مَرَّةً لِشَيْخِنَا الإِمَامُ البَلْقِينِيُّ رَحِمُهُ اللَّهُ تعَالَى: مَا يَقْصُرُ بِالشَّيْخِ تَقِيِّ الدّينِ السُّبْكِيِّ عَنِ الاجْتِهَاد وَقَدْ اسْتَكْمَلَ آلاَتِهِ؟ وكَيْفَ يُقَلِّدُ؟ ولَمْ أَذْكُرَهُ هو استحيَاءً مِنْهُ لِمَا أُرِيدُ أَنْ أُرَتِّبَ علَى ذَلِكَ، فَسَكَتَ عَنْهُ. فَقُلْتُ: مَا عندي أَنَّ الامتنَاعَ مِنْ ذَلِكَ إِلاَّ لِلوظَائفِ التي قَرَّرَتْ لِلفقهَاءِ علَى المَذَاهِبِ الأَربعةِ، وأَنَّ مَنْ خَرَجَ عَنْ ذَلِكَ وَاجْتَهَدَ لَمْ يَنَلْهُ شَيْءٌ مِنْ ذَلِكَ، وحُرِمَ وِلاَيةُ القضَاءِ، وَامْتَنَعَ النَّاسُ مِنْ استفتَائِه ونُسِبَ لِلبِدْعَةِ. فَتَبَسَّمَ ووَافَقَنِي علَى ذلكَ.

Aku berkata syeikh kami; al-Imām al-Balqīniyy -semoga Allah Ta*ālā merahmatinya-: "Apa yang mencegah aš-Šayẖ Taqiyuddīn as-Subkiyy daripada ijtihad, sedangkan telah semupurna alat-alatnya? Kenapa dia bertaklid?". Aku tidak menyebutkannya bahawa dia merasa malu terhadapnya kerana apa yang aku memaksudkan untuk menyusun kedudukan pada itu. Dia pun terdiam daripadanya. Aku berkata: "Tidak ada menurutku bahawasanya tertegahnya daripada itu melainkan kerana pegawai-pegawai yang memandatorikan mazhab yang empat untuk fuqaha dan bahawasanya sesiapa keluar daripada itu dan berijtihad, pasti sesuatu daripada itu tidak menerimanya, diharamkan pengurusan kehakiman, orang ramai ditegah daripada meminta fatwa daripadanya dan dinisbahkan kepada bidaah". Dia pun senyum dan bersepakat denganku atas itu. [Al-Ġoyṯ al-Hāmi* Šarḥ Jam* al-Jawāmi*, m/s 720, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muḥammad Tāmir Ḥijāziyy].

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now