At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 49 : Nukilan Dan Pilihan Pendapat Pertengahan

7 0 0
                                    

Untuk ini, saya mengutip penjelasan Muhammad Izzat al-Kutawi seperti berikut dengan sedikit editan teknikal :

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

Untuk ini, saya mengutip penjelasan Muhammad Izzat al-Kutawi seperti berikut dengan sedikit editan teknikal :

Saya bersetuju bahawa kita perlu berhati-hati dalam menghukum palsu sesuatu hadis. Sikap berat sebelah dengan memaparkan ulasan ulama yang memalsukan sahaja dan menyembunyikan ulasan ulama yang sekadar mendhaifkan, bahkan menghasankan dan mensahihkan bagi saya tidak amanah.

Walau bagaimanapun, penilaian hadis sama seperti fatwa para ulama. Dalam fiqh, kita dilarang melakukan tatabbu* ar-Ruẖoṣ atau mencari fatwa-fatwa yang mudah sahaja. Pada masa yang sama, kita tidak boleh mengambil jalan tengah seperti jika ada ulama yang mengharamkan dan ada ulama yang mengharuskan, maka kita ambil pendapat makruh semata-mata kerana ia pendapat pertengahan.

Demikian juga ilmu hadis. Kita tidak boleh menghukum hadis sebagai hasan semata-mata kerana sebahagian ulama mensahihkan dan sebahagian ulama lagi menghukumnya dhaif. Itu bukan manhaj ahli hadis. Kalau dalam fiqh, pentarjihan dibuat berdasarkan kaedah uṣūl fiqh dan berdasarkan dalil dan hujah, bukan kerana sesuatu itu pendapat yang sederhana, lebih iḥtiyāṭ atau lebih mudah, begitu juga dalam hadis. Pentarjihan dibuat mengikut kaedah ilmu hadis, bukan kerana sesuatu penilaian itu bersifat pertengahan, lebih keras, atau lebih longgar.

Boleh jadi seseorang mentarjihkan penilaian palsu berbanding penilaian dhaif kerana lebih menepati kaedah ilmu hadis dan boleh jadi sebaliknya. Tiada aibnya seseorang mentarjihkan mana-mana pendapat selagi dilakukan mengikut disiplin, bukan kerana kecenderungan tertentu.

Ilmu hadis sudah berkembang dan canggih. Manhaj bertawassu* dalam menguatkan hadis dengan syahwaid dan mutabaat yang diamalkan secara meluas oleh mutakhirin sehingga menyebabkan hadis-hadis munkar dan dhaif bersangatan dihasankan mengumpulkan pelbagai jalur dalam kajian-kajian hadis yang terkini dikenal pasti bercanggah dengan manhaj nāqid dan hafiz mutaqaddimin. Antara hadis yang sesuai dijadikan contoh ialah hadis ini, kerana ada ulama mutaakhirin semisal al-Mizziyy menghasankan kerana banyak jalurnya.

Dalam pada kita menolak manhaj yang gopoh atau tidak adil dan berdisiplin dalam menghukum hadis sebagai palsu, kita juga wajar membanteras sikap bermudah-mudahan menyandarkan hadis yang tidak sahih kepada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Saya berikan satu contoh hadis yang tidak sahih tetapi dijazamkan sebagai kata-kata baginda, bukan dalam buku, bahkan dalam lirik nasyid yang dinyanyikan anak-anak sedari kecil, iaitu:

"Rasulullah bersabda

dengan sabda baginda

tuntutlah ilmu

walau ke negeri Cina." [Rujuk : https://www.facebook.com/photo?fbid=993761751108315&set=a.114917418992757]

Ambilan


At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu