At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 147 : Sikap Penafian Ketika Bukti Dibentangkan

4 0 0
                                    

Saya pernah menemukan orang tidak dapat menerima hakikat bahawa Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- mengutuk aliran al-Aš*ariyy sehabis-habisnya meskipun dilampi...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya pernah menemukan orang tidak dapat menerima hakikat bahawa Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- mengutuk aliran al-Aš*ariyy sehabis-habisnya meskipun dilampirkan rujukan bagi kalamnya. 

Mereka selama ini menyangka bahawa setiap sufi dan ahli bait semestinya beraliran ini dalam bahagian akidah dan mereka juga menyangka bahawa keluarga al-Ġumāriyy lebih menyerlah dengan aliran ini, lalu mereka hanya mampu menafikannya sahaja. Akan tetapi, Ṣōdiq bin Salīm bin Ṣōdiq telah mengumpulkan kalamnya dalam judul Ḏamm al-Ašā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah dan sekaligus membatalkan apa yang disangkakan selama ini. 

Kadangkala, ini juga yang terjadi apabila kita mendedahkan sesuatu, khususnya pendedahan kesesatan, kebatilan dan kerosakan yang ada pada seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Pengikutnya yang tegar selalu sahaja merespons dengan kata: "Itu tidak mungkin dan tidak mungkin begitu begini" atau menganggap bukti yang dibentangkan itu adalah tidak ada kena mengena dengan pihak itu atau ia sesuatu yang terasing daripadanya atau mereka menganggapnya ia adalah fitnah yang diada-adakan, sedangkan mereka tidak pernah menyentuh kes itu secara spesifik dalam membentangkan refutasinya dan hanya sekadar menafikan sahaja.

Kalau pun mereka menjawab, hakikatnya mereka hanya membahaskan pada konsep umum dan sekadar menyentuh di keratan tepi sahaja. Adakalanya, tidak pernah dilihat mereka ini menganalisis isu spesifik satu persatu dan kes demi kes yang diutarakan yang menjadi subjek pertikaian serta sebab kepada refutasi terhadap apa yang menjadi pegangan dan kepercayaan bagi pihak mereka. 

Lalu, dengan bangganya mereka berkata: "Kami sudah menjawab dan membantah pandangan itu". Padahal, konsep umum dan keratan tepi mereka hanyalah sekadar taktik dalam mengalih perhatian orang ramai dan pengikutnya dari melihat pokok pangkalnya. Mereka ini umpama mengatakan bahawa sesebuah ubat itu elok dimakan hanya kerana ia bermujarab kepada pesakit dan ada testimoni yang baik dari pelanggannya serta menolak pandangan doktor kerana dianggap dengki dengan kejayaan orang lain dan hanya mahu mengganggu perniagaan orang lain!

Kita perlu tahu bahawa sikap penafian ini adalah tanda orang yang taksub. *Izuddīn *Abdul *Azīz bin *Abdul Salām berkata :

وَمِنْ الْعَجَبِ الْعَجِيبِ أَنَّ الْفُقَهَاءَ الْمُقَلِّدِينَ يَقِفُ أَحَدُهُمْ عَلَى ضَعْفِ مَأْخَذِ إمَامِهِ بِحَيْثُ لَا يَجِدُ لِضَعْفِهِ مَدْفَعًا وَمَعَ هَذَا يُقَلِّدُهُ فِيهِ، وَيَتْرُكُ مِنْ الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَالْأَقْيِسَةِ الصَّحِيحَةِ لِمَذْهَبِهِ جُمُودًا عَلَى تَقْلِيدِ إمَامِهِ، بَلْ يَتَحَلَّلُ لِدَفْعِ ظَوَاهِرِ الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَيَتَأَوَّلُهُمَا بِالتَّأْوِيلَاتِ الْبَعِيدَةِ الْبَاطِلَةِ نِضَالًا عَنْ مُقَلِّدِهِ، وَقَدْ رَأَيْنَاهُمْ يَجْتَمِعُونَ فِي الْمَجَالِسِ فَإِذَا ذُكِرَ لِأَحَدِهِمْ فِي خِلَافٍ مَا وَظَنَّ نَفْسَهُ عَلَيْهِ تَعَجَّبَ غَايَةَ التَّعَجُّبِ مِنْ اسْتِرْوَاحٍ إلَى دَلِيلٍ بَلْ لِمَا أَلِفَه مِنْ تَقْلِيدِ إمَامِهِ حَتَّى ظَنَّ أَنَّ الْحَقَّ مُنْحَصِرٌ فِي مَذْهَبِ إمَامِهِ أَوْلَى مِنْ تَعَجُّبِهِ مِنْ مَذْهَبِ غَيْرِهِ، فَالْبَحْثُ مَعَ هَؤُلَاءِ ضَائِعٌ مُفْضٍ إلَى التَّقَاطُعِ وَالتَّدَابُرِ مِنْ غَيْرِ فَائِدَةٍ يُجْدِيهَا، وَمَا رَأَيْت أَحَدًا رَجَعَ عَنْ مَذْهَبِ إمَامِهِ إذَا ظَهَرَ لَهُ الْحَقُّ فِي غَيْرِهِ بَلْ يَصِيرُ عَلَيْهِ مَعَ عِلْمِهِ بِضَعْفِهِ وَبُعْدِهِ، فَالْأَوْلَى تَرْكُ الْبَحْثِ مَعَ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ إذَا عَجَزَ أَحَدُهُمْ عَنْ تَمْشِيَةِ مَذْهَبِ إمَامِهِ قَالَ لَعَلَّ إمَامِي وَقَفَ عَلَى دَلِيلٍ لَمْ أَقِفْ عَلَيْهِ وَلَمْ أَهْتَدِ إلَيْهِ، وَلَمْ يَعْلَمْ الْمِسْكِينُ أَنَّ هَذَا مُقَابَلٌ بِمِثْلِهِ وَيَفْضُلُ لِخَصْمِهِ مَا ذَكَرَهُ مِنْ الدَّلِيلِ الْوَاضِحِ وَالْبُرْهَانِ اللَّائِحِ، فَسُبْحَانَ اللَّهِ مَا أَكْثَرَ مَنْ أَعْمَى التَّقْلِيدُ بَصَرَهُ حَتَّى حَمَلَهُ عَلَى مِثْلِ مَا ذُكِرَ، وَفَّقَنَا اللَّهُ لِاتِّبَاعِ الْحَقِّ أَيْنَ مَا كَانَ وَعَلَى لِسَانِ مَنْ ظَهَرَ، وَأَيْنَ هَذَا مِنْ مُنَاظَرَةِ السَّلَفِ وَمُشَاوَرَتِهِمْ فِي الْأَحْكَامِ وَمُسَارَعَتِهِمْ إلَى اتِّبَاعِ الْحَقِّ إذَا ظَهَرَ عَلَى لِسَانِ الْخَصْمِ، وَقَدْ نُقِلَ عَنْ الشَّافِعِيِّ - رَحِمَهُ اللَّهُ - أَنَّهُ قَالَ: مَا نَاظَرْت أَحَدًا إلَّا قُلْت اللَّهُمَّ أَجْرِ الْحَقَّ عَلَى قَلْبِهِ وَلِسَانِهِ، فَإِنْ كَانَ الْحَقُّ مَعِي اتَّبَعَنِي وَإِنْ كَانَ الْحَقُّ مَعَهُ اتَّبَعْته.

"Antara keanehan yang amat adalah para fuqaha yang bertaklid, salah seorang daripada mereka mengetahui kelemahan tempat ambilan imamnya yang mana dia tidak menemukan tempat penolakan terhadap kelemahannya. Sungguhpun demikian, mereka bertaklid dengannya dan meninggalkan sebahagian al-Kitāb, as-Sunnah dan qiyas yang sahih kerana tempat ikutannya dalam keadaan kaku pada taklid kepada imamnya. Bahkan, berlepas diri ekoran penolakan terhadap nyatanya al-Kitāb dan menakwil kedua-duanya dengan takwilan yang jauh lagi batil dalam keadaan demi mempertahankan taklidnya. Kami pernah melihat mereka berkumpul dalam beberapa majlis. Apabila disebutkan mana-mana perselisihan kepada salah seorang daripada mereka, mereka menyangka diri mereka berbangga dengan sehabis-habis bangga terhadapnya yang berupa menghirup dalil. Sebenarnya mereka berjinak dengannya yang berupa taklid imamnya sehingga mereka bahawasanya kebenaran terpuruk dalam mazhab imamnya adalah lebih utama daripada kebanggaannya berupa mazhab yang lain. Diskusi bersama mereka ini adalah sia-sia dan menatijahkan saling berpecah dan saling memusuhi pada perkara yang tiada faedah yang berguna. Aku tidak pernah melihat mereka berundur daripada mazhab imamnya apabila zahirnya kebenaran kepadanya dalam selain imamnya. Bahkan dia kembali ke sana bersama sedarnya rasa kelemahannya dan kejauhannya. Lebih baik meninggalkan diskusi bersama mereka semua ini yang apabila salah seorang daripada mereka tidak tidak berdaya terhadap memperjalankan mazhab imamnya, dia berkata: #Mungkin sahaja imamku mengetahui dalil yang aku belum mengetahuinya dan belum aku peroleh petunjuk terhadapnya#. Sang mengecewakan ini tidak mengetahui bahawa orang ini dibandingkan dengan semisal imamnya dan menyerlah dalam pertelingkahannya melalui penyebutan dalil yang jelas dan bukti yang nyata kepadanya. Maka, Maha Suci Allah! Betapa sangat ramai orang yang taklid itu telah membutakan penglihatannya sehingga dia membawanya atas apa yang telah disebutkan. Semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk mengikuti kebenaran dari mana sahaja lisan yang berseteru. Dinukilkan daripada aš-Šāfi*iyy -semoga Allah merahmatinya- bahawa dia berkata: #Tidaklah kami bertelingkah dengan seseorang melainkan aku berkata: Ya Allah! Alirkanlah kebenaran pada jantungnya dan lidahnya. Jika kebenaran bersamaku, maka dia mengikutiku dan jika kebenaran bersamanya, aku mengikutinya#". [Qowā*id al-Aḥkām Fī Maṣōliḥ al-Anām, jilid 2, m/s 159-160, keluaran Maktabah al-Kuliyyāt al-Azhariyyah].

Apabila tidak dapat mempertahankan pandangan imamnya atau imam ikutannya menyalahi dalil yang jelas, sebahagian pengikutnya hanya mampu membalas: "Barangkali imamnya mengetahui dalil yang mereka dan para lawannya tidak tahu". Yang lebih teruk adalah alasan ini juga dipaksakan kepada orang lain supaya tidak ada orang boleh menyelisihinya atau mempersoalkannya, apatah lagi mengkritiknya. Inilah cara pengikut taksub dan cara sang taksub mendiamkan orang sekeliling dan menyahkreditkan penghujahan pihak lain.

Setiap kali dibawakan dalil dan bukti, mereka hanya mampu menafikannya dan cuba mencari dalih untuk berlepas diri daripada berhadapan dengannya atau fokus kepada kes spesifik itu. Dalam masa yang sama, mereka membesar-besarkan kelebihan yang ada pada imam tersebut, lalu ia dijadikan batu rejaman terhadap orang lain yang menyelisihinya dan gunting untuk memotong nilai argumentasi daripada pihak yang berlawanan serta memperkecilkan orang yang dianggap memusuhinya. Kemudian, setelah menyahkreditkan hujah orang lain dan memperkecilkan kedudukan orang lain jika dibandingkan dengan imam pujannya, maka seakan-akan bukti yang dibentangkan tadi tidak jelas.

Ini kadangkala kebiadaban yang mereka tidak sedar dalam diskusi dan wacana ilmiah. Mereka menganggap mempersoalkan imam dan syeikh mereka dianggap sebagai biadab, tetapi mereka menuju kepada kebiadaban yang lain demi menutup kebiadaban yang lain! Apabila dikatakan bahawa mereka itu taksub, mereka sekeras-keras menafikannya. Mereka berkata bahawa mereka mengikut para ulama yang meniti di atas kebenaran.

Sebegitulah teruknya sikap penafian. Demi menutup sikap penafian, bermacam-macam taktik akan dilaksanakan supaya kepercayaan dan pegangan yang telah lama mereka mendakapnya tidak sirna dan runtuh kerana bukti dan dalil yang menunjukkan sebaliknya. Ketaksuban sama sekali tidak bermula melainkan melalui penafian. Setelah nyata ketaksuban, tumbuhlah sikap yang merosakkan tradisi ilmiah secara murni dan perbahasan secara matang.

Semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada bencana seperti ini.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/681985751582490624/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-147-sikap-penafian-ketika

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now