At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 116

17 0 0
                                    

Rasa Tertipu Al-Aš*ariyy Bahawa Karya Aliran Mereka Adalah Rujukan Utama Dalam Pelbagai Bidang Ilmu

Kasihan sebahagian al-Aš*ariyy yang berbangga-bangga bahawa mereka adalah yang paling ramai penganutnya dan paling banyak penghasilan penulisan ilmu dalam pelbagai sehingga ia dirujuk oleh semua umat Islam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kasihan sebahagian al-Aš*ariyy yang berbangga-bangga bahawa mereka adalah yang paling ramai penganutnya dan paling banyak penghasilan penulisan ilmu dalam pelbagai sehingga ia dirujuk oleh semua umat Islam. Lalu, dengan itu, mereka merasakan bahawa kritikan terhadap aliran al-Aš*ariyy tidak ada makna apa-apa dan seolah-olah mengabaikan sumbangan mereka dalam bidang keilmuan. 

Mereka tidak sedar bahawa bukan aliran al-Aš*ariyy sahaja yang menggiatkan diri dalam kegiatan ilmiah dan menghasilkan penulisan yang menjadi rujukan bagi setiap umat. Bahkan, ada yang daripada hasil tangan seteru kepadanya yang menjadi rujukan bagi aliran al-Aš*ariyy.

Tidakkah mereka tahu bahawa aliran al-Aš*ariyy pada hari ini sangat lancang menuduh Abū Sa*īd ad-Dārimiyy sebagai mujassim dan merobekkan kedudukannya dalam barisan penting bagi akidah ahli sunnah yang mana ini tidak pernah berlaku sebegini setelah seribu tahun kewafatannya, namun mereka tidak segan silu mengutip pendapat al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl daripada Yaḥyā bin Ma*īn melalui riwayatnya!

Sebahagian al-Aš*ariyy juga menuduh Abū Bakr al-H̱ollāl sebagai mujassim yang tidak pernah dituduh oleh mana-mana ulama setelah sembilan ratus tahun kewafatannya kerana kitabnya as-Sunnah mempertahankan riwayat Mujāhid bahawa Allah mendudukkan Muḥammad -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersama-Nya di atas Arasy dan membawakan kalam tokoh ahli sunnah yang mempertahankan riwayat ini, lalu mereka tidak segan silu mengambil beberapa manfaat hadis melalui karyanya!

Mereka dari kalangan al-Aš*ariyy pula tidak segan silu juga memburukkan Ibn H̱uzaymah, bahkan sehingga Fāhruddīn ar-Rōziyy dalam Mafātīẖ al-Ġoyb memanggil kitabnya at-Tawḥīd sebagai kitab syirik, kemudian tidak segan silu mengambil hadis riwayat daripadanya dan kalam al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl daripadanya!

Al-Qurṭubiyy dalam at-Taḏkiroh Bi Aḥwāl al-Mawtā Wa Umūr al-Āẖiroh dan sebahagian al-Aš*ariyy menuduh mujassim terhadap mereka yang mengatakan kalam Allah itu bersuara. Akan tetapi, itu adalah pendapat al-Buẖōriyy dalam H̱olq Af*āl al-*Ibād dan beberapa tokoh Ḥanābilah yang lain. Lantas, mereka mengambil manfaat penulisan daripada mujassim ini tanpa segan silu atau bagaimana?

Mereka dari kalangan al-Aš*ariyy seringkali mempergunakan nama Ibn al-Jawziyy melalui karyanya Daf* Šubah at-Tašbīh Bi Akaff at-Tanzīh dalam menyerang beberapa orang yang dianggap mujassimah dan musyabbihah dalam kalangan Ḥanābilah. Tidakkah mereka tahu betapa kerasnya Ibn al-Jawziyy mengkritik al-Aš*ariyy dalam isu kedudukan al-Qur^ān sama ada ia makhluk ataupun tidak dalam Ṣoyd al-H̱ōṭir dan lihat juga kritikannya ketika membiografikan Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy dalam al-Muntaẓim Fī Tārīẖ al-Mamlūk Wa al-Umam?

Mereka dari kalangan al-Aš*ariyy tidak mampu menafikan sumbangan Ibn *Abdul Barr dalam kegiatan ilmiahnya, khususnya melalui at-Tamhīd Li Mā Fī al-Muwaṭṭo^ Min al-Ma*ānī Wa al-Asānīd dan al-Istiḏkār al-Jāmi* Li Maḏāhib Fuqohā^ al-Amṣōr Wa *Ulamā^ al-Aqṭōr. Akan tetapi, sebahagian mereka ini menuduhnya sebagai orang yang bercelaru akidahnya dan mendekati fahaman mujassim!

Mereka dari kalangan al-Aš*ariyy tidak akan mampu menafikan sumbangan Ibn Qudāmah melalui karyanya al-Muġnī secara khusus. Akan tetapi, sebahagian mereka ini menuduh mereka bahawa dia ini mendenkati fahaman mujassim!

Mereka dari kalangan al-Aš*ariyy tidak akan mampu menafikan sumbangan aḏ-Ḏahabiyy dalam bidang hadis dan biografi para ulama. Akan tetapi, tidakkah mereka tahu bahawa muridnya, Tājuddīn as-Subkiyy dalam Ṭobqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō menuduhnya bahawa dia sangat keras penentangannya terhadap aliran al-Aš*ariyy, membesar-besarkan penyebutan tokoh mujassim ketika membiografikannya dan menuduhnya sebagai pembawa fahaman mujassim?

Sebahagian dari kalangan al-Aš*ariyy pada hari ini memanfaatkan karya Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam bidang hadis dan penghujahan dalam membela kesufian. Akan tetapi, tidakkah mereka tahu bahawa Aḥmad al-Ġumāriyy mengkritik keras terhadap aliran al-Aš*ariyy sehingga memasukkan mereka dalam kelompok sesat? Kalamnya dalam celaan terhadap aliran ini telah dikumpulkan oleh Ṣōdiq bin Salīm bin Ṣōdiq dalam Ḏamm al-Ašā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah.

Yang lebih ironi adalah Jalāluddīn as-Suyūṭiyy yang merupakan pemuka aliran al-Aš*ariyy terinsipirasi dengan karya Ibn Taymiyyah yang berjudul Naṣīḥah Ahl al-Imān Fī Rodd *Alā Manṭiq al-Yunān dan memuji karya ini, lalu dia meringkaskannya dengan judul Jahd al-Qorīḥah Fī Tajrīd an-Naṣīḥah. Penyebutan ini boleh dilihat dalam muqaddimah Ṣown al-Manṭiq Wa al-Kalām *An Fann al-Manṭiq Wa al-Kalām. Bahkan dalam kitab Ṣown al-Manṭiq ini, dia mengambil kalam daripada Abū Ismā*īl al-Harowiyy yang merupakan tokoh seteru dan dituduh mujassim oleh  Tājuddīn as-Subkiyy dalam Ṭobqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō sebagai sokongan dalam mencela ilmu kalam.

Oleh itu, kebenaran bukan terletak pada sama ada ramainya anutan seseorang dalam sesuatu aliran. Tidakkah mereka tahu bahawa Abū Ḥanīfah dahulu dicela dan diboikot majoriti salaf kerana menyebarkan gagasan ar-Ro^y, iaitu pandangan peribadi dan membawa fahaman Murjiah dan Jahmiyyah? Muqbil bin Hādī al-Wādi*iyy telah menghasilkan karya yang baik untuk mengumpulkan pendapat-pendapat ahli hadis tentangnya yang berjudul Našr aṣ-Ṣoḥīfah Fī Ḏikr aṣ-Ṣoḥīḥ Min Aqwāl A^immah al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl Fī Abī Ḥanīfah.

Sekarang ini apa jadi? Ia menjadi mazhab majoriti bagi umat Islam pada hari ini dan disanjung berlebih-lebihan sehingga terbenam kalam salaf terhadapnya. Sebab itulah tidak perlu berbangga dengan ramainya pengikut, tetapi sejauhmana iltizam dengan sunnah dan kebenaran.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/666971738460110849/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-116-rasa-tertipu

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now