At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 187

3 0 0
                                    

Kalam Pengkafiran Terhadap Seseorang Yang Hakikatnya Bukan Mengkafirkan Orang Itu

Selain kita juga perlu berhati-hati dalam menghukum kafir terhadap kata-kata yang zahirnya mengungkapkan kalam kufur, kita juga perlu berhati-hati dalam menyingkapi maksud kalam seseorang dalam pengkafiran terhadap seseorang supaya tidak disalah e...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selain kita juga perlu berhati-hati dalam menghukum kafir terhadap kata-kata yang zahirnya mengungkapkan kalam kufur, kita juga perlu berhati-hati dalam menyingkapi maksud kalam seseorang dalam pengkafiran terhadap seseorang supaya tidak disalah erti bahawa penuturnya sedang mengkafirkan seseorang individu atau pihak.

Contohnya adalah kata-kata: "Pendapat ini terkeluar daripada agama Islam". Walaupun berat kata-kata ini, tetapi kita tidak boleh cepat menyangka bahawa penuturnya sedang mengkafirkan pendapat itu. Berkemungkinan maksudnya adalah pendapat itu tidak mewakili Islam atau bukan sebenar-benarnya ajaran Islam. Sama seperti seseorang yang menyelar keganasan dengan berkata: "Perbuatan itu bukan dari ajaran Islam".

Sebegitu juga dengan kata-kata: "Engkau telah kufur terhadap ayat al-Quran ini". Di sini, bukan semestinya ia sedang menyatakan pengkafiran terhadap seseorang walaupun berat kenyataan ini. Berkemungkinan penuturnya memaksudkan pengingkaran yang keras terhadap orang yang menolaknya atau menegaskan penolakan itu menjurus kepada kekufuran, bukan penolakan itu adalah kufur secara langsung.

Kemudian, perkara yang penting adalah boleh jadi yang mengingkarinya bukan kerana mengingkari ayat al-Quran itu sendiri. Akan tetapi, boleh jadi dia sebenarnya sekadar tidak menerima penafsiran seseorang itu dan menolak sekeras-kerasnya, tetapi penuturnya sama ada sengaja bersikap berlebihan atau terlajak kata mengungkapkan kata-kata sebegitu. 

Atas sebab itulah kita perlu berjaga-jaga supaya kita tidak menganggap bahawa pihak yang dicela itu menolak ayat al-Quran atau orang yang mencelanya dianggap sebagai orang yang benar tanpa melihat kedua-dua belah pihak.

Saya pernah melihat kalam Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- pernah mengungkapkan bahawa Aḥmad bin Ḥanbal kufur terhadap sebahagian ayat dan ašᶜarian kufur terhadap seluruh ayat sepertimana kutipan Ṣōdiq bin Salīm bin Ṣōdiq dalam «Ḏamm al-Ašā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah».

Sekarang, kita tahu apa yang ingin dimaksudkan dan kita sama sekali tidak menyatakan bahawa ia adalah bentuk pengkafiran terhadap orang yang disasarkan. Maka, sewajarnya kita meneliti terlebih dahulu agar kita tidak mudah menuduh orang lain mengkafirkan individu yang lain atau penuturnya sebagai takfīrĩ. Walaupun kata-kata ini agak berat, tetapi kita perlu berlaku adil dan berhati-hati.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688707372748865536/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-187-kalam-pengkafiran

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now