At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 109 : Aḏ-Ḏahabiyy Dan Al-Aš*ariyy

11 0 0
                                    

Ada di antara mereka yang beraliran al-Aš*ariyy berusaha untuk membina naratif seolah-olah aḏ-Ḏahabiyy berpihak pada mereka dan bersefahaman pada mereka, khususnya dalam pengamalan tafwid

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ada di antara mereka yang beraliran al-Aš*ariyy berusaha untuk membina naratif seolah-olah aḏ-Ḏahabiyy berpihak pada mereka dan bersefahaman pada mereka, khususnya dalam pengamalan tafwid.

Kita perlu tahu bahawa aḏ-Ḏahabiyy sepertimana yang dinyatakan muridnya, Tājuddīn as-Subkiyy dalam Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō menyatakan bahawa dia sangat keras permusuhannya terhadap aliran al-Aš*ariyy. dan mengagungkan tokoh mujassimah secara berlebihan. Bahkan, as-Subkiyy sendiir menuduhnya sebagai mujassim.

Kata as-Subkiyy :

فَسَوف تقف مَعَه بَين يدى الله تَعَالَى يَوْم يأتى وَبَين يَدَيْهِ طوائف الْعلمَاء من الْمذَاهب الْأَرْبَعَة وَالصَّالِحِينَ من الصُّوفِيَّة والجهابذة الْحفاظ من الْمُحدثين وتأتى أَنْت تتكسع فى ظلم التجسيم الذى تدعى أَنَّك برِئ مِنْهُ وَأَنت من أعظم الدعاة إِلَيْهِ وتزعم أَنَّك تعرف هَذَا الْفَنّ وَأَنت لَا تفهم فِيهِ نقيرا وَلَا قطميرا وليت شعرى من الذى يصف الله بِمَا وصف بِهِ نَفسه من شبهه بخلقه أم من قَالَ {لَيْسَ كمثله شَيْء وَهُوَ السَّمِيع الْبَصِير}

Kelak engkau berdiri bersamanya di hadapan Allah Ta*ālā pada hari yang akan mendatang dan di hadapan sekalian golongan para ulama mazhab empat, orang soleh dari kalangan sufi dan para sarjana yang hafiz dari kalangan ahli hadis, lalu engkau datang dalam keadaan engkau bergelumang dalam kegelapan tajsim yang engkau dakwa bahawa engkau berlepas diri daripadanya, padahal engkau antara pendakwah yang paling terkemuka terhadapnya dan engkau mendakwa bahawa engkau mengenali bidang ini, sedangkan engkau tidak memahami selekuk padanya mahupun sekelumitnya. [Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō, jilid 3, m/s 353, keluaran Dār Hajr Li aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Maḥmūd Muḥammad aṭ-Ṭonāḥiyy dan *Abdul Fattāḥ Muḥammad al-Ḥalw].

Dia berkata :

وَأما تَارِيخ شَيخنَا الذَّهَبِيّ غفر اللَّه لَهُ فَإِنَّهُ عَلَى حسنه وَجمعه مشحون بالتعصب المفرط لَا واخذه اللَّه فَلَقَد أَكثر الوقيعة فِي أهل الدّين أَعنِي الْفُقَرَاء الَّذين هم صفوة الْخلق واستطال بِلِسَانِهِ عَلَى كثير من أَئِمَّة الشافعيين والحنفيين وَمَال فأفرط عَلَى الأشاعرة ومدح فَزَاد فِي المجسمة هَذَا

Adapun kitab at-Tārīẖ karya syeikh kami, aḏ-Ḏahabiyy -semoga Allah mengampunkannya- sesungguhnya meski ia adalah karya yang baik dan menyeluruh, ia dipenuhi dengan ketaksuban yang melampau. Semoga Allah memaafkannya. Benar-benar dia memperbanyakkan celaan terhadap ahli agama, yakni para faqir yang merupakan ciptaan yang terpilih (sufi) dan memanjangkan ungkapannya terhadap kebanyakan para imam aliran aš-Šāfi*iyy dan Ḥanafiyy. Dia cenderung dan melampaui batas terhadap aliran al-Aš*ariyy, namun memuji dan menambah pujian ini pada golongan mujassimah. [Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō, jilid 2, m/s 22, keluaran Dār Hajr Li aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Maḥmūd Muḥammad aṭ-Ṭonāḥiyy dan *Abdul Fattāḥ Muḥammad al-Ḥalw].

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now