At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 51 : Cara Interaksi Pandangan Baru Dalam Agama

11 0 0
                                    

Pandangan baru dalam agama boleh terjadi dalam dua bentuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pandangan baru dalam agama boleh terjadi dalam dua bentuk. Salah satunya adalah pendapat yang tidak pernah dikeluarkan oleh mana-mana ahli ilmu yang terdahulu. Yang lain adalah pendapat yang menyalahi keseluruhan ahli ilmu. Yang pertama, mungkin tidak akan menjadi isu yang besar. Namun, yang kedua sememangnya akan menimbulkan polemik yang mengecohkan suasana yang senyap memandangkan ia adalah sesuatu yang bersalahan dari sekalian ahli ilmu. 

Salah satu sebab sukar orang ramai atau keseluruhan orang menerima pandangan baharu ini kerana pada mereka ia adalah pendapat yang syaz dan tidak mungkin setelah lahirnya ribuan ulama dari pelbagai tahun dan tempat tidak menyedari kesilapan dan mendiamkan sesuatu yang jelas dari sudut hujah ilmiah. Malah, jika pendapat itu dikira sebagai ijmak, lalu apabila ada seseorang itu menyelisihinya, maka melanggar ijmak dikira sebagai melanggar pensyariatan agama. Atas sebab inilah, pendapat yang menyalahi sekalian ahli ilmu bukan sahaja diangap sebagai lemahnya daya intelektual dalam memahami sesuatu isu, tetapi ia juga adalah penyalahan terhadap hujah agama.

Mungkin kita perlu renungi semula petikan yang as-Suyūṭiyy nukilkan ini :

قال ابن برهان: لا ينعقد الإجماع مع مخالفة مجتهد واحد خلافا لطائفة وعمدة الخصم أن عدد التواتر من المجتهدين إذا أجمعوا على مسئلة كان انفراد الواحد عنهم يقتضي ضعفا في رأيه. قلنا: ليس بصحيح إذ من الممكن أن يكون ما ذهب إلى الجميع رأيا ظاهرا يبتدر إليه الأفهام وما ذهب إليه الواحد أدق وأعوص وقد ينفرد الواحد عن الجميع بزيادة قوة في النظر ومزية في الفكر ولهذا مدح الله الأولين فقال تعالى: "وقليل ما هم" وقال تعالى: ثلة من الأولين وقليل من الآخرين". انتهى.

Berkata Ibn Burhān: "Tidak tersimpul ijmak bersama penyelisihian seorang mujtahid yang bersalahan dengan sesuatu golongan. Tonggak perselisihan adalah bahawasanya sejumlah ramai yang tidak terkira bilangannya dari kalangan mujtahid apabila bersepakat dalam suatu isu, yang terjadi pada ketersendirian seseorang daripadanya menunjukkan lemahnya dalam pandangannya. Kami katakan ini tidaklah betul memandangkan termasuk yang dimungkinkan adalah apa yang para sekalian mengambil suatu pandangan yang zahir yang automatik kefahamannya padanya, sedangkan yang seorang daripadanya lebih teliti dan lebih peka. Boleh jadi yang bersendiri daripada para sekalian mempunyai kekuatan tambahan dalam pemerhatian dan keistimewaan dalam fikiran. Kerana inilah Allah memuji para golongan yang awal. Dia Ta*ālā berfirman: {Sedangkan sedikitnya mereka}. Dia Ta*ālā berfirman: {Segolongan besar dari orang terdahulu dan sedikitnya dari orang terkemudian}". [Ar-Rodd *Alā Man Aẖlada Fī al-Arḍ Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kulli *Aṣr Wa Farḍ, m/s 82, keluaran Maktabah aṯ-Ṯaqōfah ad-Dīniyyah].

Dari sini, dapat kita ambil faedah ilmu bahawa sememangnya tidak mustahil bahawa ada orang yang tekremudian yang dikurniakan Allah dalam kedalaman pengamatannya, ketinggian daya pemikirannya dan kekuatan cerapan pemerhatiannya sehingga ia mampu melakukan dan membentangkan analisis dan hujah ilmiah yang lebih baik daripada pendahulunya atau yang semasa dengannya. Apa yang disebutkan oleh Ibn Burhān ini adalah menepati sabda Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- :

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now