At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 10

12 0 0
                                    

Kata-Kata Leonardo Da Vinci Tentang Argumentum Ad Verecundiam

Leonardo Da Vinci berkata: "Sesiapa yang menjalankan argumentasi dengan menyandarkan kepada pihak berpengaruh, dia tidak menggunakan kecerdasannya; dia sekadar menggunakan memorinya"

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

Leonardo Da Vinci berkata: "Sesiapa yang menjalankan argumentasi dengan menyandarkan kepada pihak berpengaruh, dia tidak menggunakan kecerdasannya; dia sekadar menggunakan memorinya".

Apa yang dia sebutkan ini adalah tentang sikap Argumentum Ad Verecundiam atau penyandaran kepada pihak berpengaruh. Maksudnya, dia menggunakan nama dan kenyataan tokoh ikutannya untuk menafikan adanya kebenaran pada pendapat yang berselisih dengannya. Namun, dia sendiri tidak mampu membela pendapat tokoh ikutannya.

Selalunya apabila kita bawakan hujah daripada al-Qur^ān dan as-Sunnah yang menyalahi pendapat sesuatu pihak atau individu, dia membawakan kalam fulan dan fulan, selalunya kalam ahli ilmu meskipun ia telah ditunjukkan dalilnya bahawa pendapat mereka adalah salah. Apa yang mereka lakukan adalah menggunakan nama mereka sebagai perisai untuk mempertahankan kesilapan yang telah nyata terbukti.

Mereka berkata: "Adakah engkau lebih faham daripada mereka?". Soalan ini bukan untuk bertanya tentang fakta, tetapi mahu mempersenda. Sama ada jawapan ya atau tidak, kedua-duanya tetap akan masuk ke papan potong mereka. Jika menjawab tidak, tentu sahaja kita dikutuk habis-habisan. Jika menjawab ya, kita akan diejek dan dipermalukan sampai kalau kita boleh mati dengan sebab rasa malu itu, mereka tidak segan silu untuk membunuh kita dengan cara sedemikian.

Namun, realitinya adalah kita tidak mungkin dapat membantah seseorang jika kita tidak memahami penghujahan seseorang. Mampukah orang yang buta menilai kadar keterangan cahaya? Kemudian, dengan mata yang buta itu, dia mengajak pula kepada pelitanya yang kononnya lebih terang? Pasti tidak mungkin. Untuk menjawab sama ada kita lebih faham atau tidak, itu di luar jangkauan kita dan hanya Allah sahaja yang mengetahui tentangnya. Namun, jika ditanya sama ada kita kita berada di paras mata yang sama untuk meneliti dan membandingkan hujah, maka ia sememangnya sedemikian. Jika tidak, pasti yang benar-benar mahukan kebenaran tidak akan tergamak melangkau dari apa yang dia tidak tahu tentangnya.

Sekarang ini, mereka tidak mampu pertahankan tokoh ikutan yang dia sanjung. Hanya kerana berbeza pendapat, terus ditolak. Bukannya membentangkan penghujahan. Malah, ada yang pengikut taksub itu sendiri tidak mampu menelaah penghujahan tokohnya disebabkan mereka kekurangan alat yang diperlukan. Itu pun masih menganggap orang lain bodoh dan mencela habis-habisan kerana tidak selari dengan seleranya? Itu pun masih terus mahu menganggap pendapat orang lain tidak valid sedangkan dia sendiri pun tidak mampu untuk menelusuri simpang siur hujah tokoh ikutannya?

Sebab itu betapa benar kata-kata Leonardo Da Vinci ini. Dia langsung tidak menggunakan kecerdasannya dalam mempertahankan pendapat tokoh ikutannya, tetapi hanya menggunakan ingatannya. Jika benar dia menggunakan kecerdasan, maka bawakan hujah balas ilmiah untuk menegakkan kebenaran tokoh ikutannya. Jika tidak, maka itu hanya mempergunakan namanya.

Namun, dalam masa yang dia menggunakan teknik kesan Kontras supaya membenamkan argumen pihak lawan. Disebabkan tokohnya lebih berpengaruh dan banyak cerita-cerita kebaikannya yang berupa kezuduhan, amalan soleh dan lain-lain serta lebih banyak sijil dan sanad pembelajaran, maka orang lain yang lebih sedikit perolehan daripadanya tidak akan dilayan pendapatnya. Beginilah cara dia memperkukuhkan ketaksuban dan menebalkan sikap Argumentum Ad Verecundiam atau penyandaran kepada pihak berpengaruh. Dengan kesan Kontras ini juga, dia juga bermain Ad-Hominem atau serangan peribadi, bukan serangan kepada hujah. Disebabkan seseorang itu mempunyai latar belakang, penampilan atau apa sahaja isu peribadi yang tidak menarik perhatiannya, maka terus dibuang argumennya sebelum diteliti.

Dalam menguatkan Argumentum Ad Verecundiam pada dirinya, dia berkata: "Tokoh kami akan menjawab hujah kamu di akhirat nanti". Ya. Kita menyahut cabaran itu kerana kami sedar itu yang kita tanggung apabila menyelisihi seseorang dan menisbahkan kesilapan padanya melalui hujah. Namun, mereka yang hanya mampu menyerahkan kepada tokoh dan tidak mampu membina kekuatan sendiri untuk mempertahankan pendapat tokohnya melalui hujah teruskan hamburan dan celaan. Patutkah penganut mazhab Ḥanafiyy berkata: "Imam kami akan menjawab hujah kamu di akhirat" apabila dikritik oleh penganut mazhab Šāfi*iyy, dalam masa yang terus-menerus memanjangkan celaan? Mereka menjadikan alasan itu untuk menghalalkan tindakan jelek mereka.

Mereka sendiri menyerahkan tugas ilmiah dan pertahanan hujah kepada orang disebabkan ketidakmampuan mereka, mengapa pula mahu menjadi soldadu yang buas untuk menyerang pihak yang dia sendiri tidak dapat membuat perbandingan hujah antara dua yang bertelagah? Mereka tidak ada keupayaan memahami dalil tokoh mereka dan mereka juga jahil untuk membuat analisis hujah pihak lawan mereka, sepatutnya mereka tidak melampaui batas apa yang mereka tidak tahu. Adakah sebab ketaksuban telah melarat sehingga sanggup menjejakkan kaki ke lubang kebinasaan?

Antara cara lain ketika untuk terus bertahan dengan pendapat tokohnya adalah bahawa menggunakan hadis tentang ijtihad yang betul mendapat dua pahala dan ijtihad yang salah mendapat satu pahala. Ini kerana dia mendapat pahala atas usaha dan kesungguhannya untuk mencari kebenaran, tetapi tidak mendapat bahagian pahala untuk kebenaran dan ketepatan kerana beberapa faktor keralatan. Mereka sedar pendapat tokoh itu salah, lalu mengapa masih berkeras untuk mendakapnya? Dia telah pun mendapat pahala atas hasil usahanya atas belas kasihan Allah, tetapi tidak pada kebenaran. Maka, mengapa tidak kasihani diri sendiri untuk mengikut kebenaran? Mereka lebih takut bahawa pendapat tokoh mereka itu dipinggikan dan tidak diiktui, tetapi tidak merasa apa-apa dalam membuang kebenaran dan mengecilkannya. Inilah dampak bobrok apabila tokoh lebih didahulukan berbanding kebenaran.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/622554195341475840/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-10-kata-kata-leonardo-da

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora