At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 25 : 100 Dalil Kewujudan Tuhan Adalah 100 Keraguannya

10 0 0
                                    

Sekali-sekala kita melihat dari sudut pandang kesufian dalam memahami ketuhanan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekali-sekala kita melihat dari sudut pandang kesufian dalam memahami ketuhanan. Perspektif mereka kadangkala berbeza dengan mereka yang berteraskan sudut pandang ahli kalam. Sekalipun kedua-duanya mempunyai teras falsafah, kadangkala perspektif kesufian disalahfahami, sukar diamati dan penuh keajaiban dalam merenunginya. Hal ini bukan disebabkan berlakunya kerumitan yang kompleks atau kehalusan yang dalamnya di luar pencapaian kebiasaan semata-mata, tetapi disebabkan seseorang itu terkandas dalam melihat dari sudut yang berbeza. Kehalusan bahasa dan perspektif sufi ini kadangkala boleh membawa kepada keteguhan dalam rasa kehambaan kepada-Nya.

Sangat berbeza antara orang yang berdalil bahawa adanya Allah sebagai bukti adanya alam dan adanya alam sebagai bukti adanya Allah. Allah itu qadim tidak didahului oleh sesiapa dan Dialah Maha Pencipta seluruh buana yang kita mampu teroka dan tidak mampu teroka. Segala-galanya berhajat dengan kekuasaan, pentadbiran dan kehendak Allah Tabāroka Wa Ta*ālā dalam segenap urusan, sedangkan Allah Maha Kaya daripada apa-apa pergantungan dan ikatan terhadap selain-Nya. Tanpa alam ini pun, tetaplah Dia di atas segala sesuatu dan Dia mutlak dengan keagungan dan keluhuran-Nya. Bagaimana mungkin alam ini menjadi bukti kepada wujudnya keberadaan diri-Nya sedangkan alam ini diciptakan, dibentuk dan dikembangkan dengan tangan-Nya? Allah itu sendiri bukti bagi kewujudan selain-Nya dan alam semesta. Alam ini tidak mampu berdiri sendiri melainkan dengan kehendak-Nya dan kekuatan-Nya. Lantas, bagaimana dapat kita katakan bahawa alam ini yang menunjukkan jalan kepada Allah sedangkan Dia Maha Suci dari bersandar kepada segala sesuatu?

Atas dasar itu seseorang yang berdalil adanya alam sebagai bukti adanya Allah adalah orang yang tidak memandang kepada sumber asalnya bagi sesuatu pembuktian pada perspektif sufi. Allah itu wujud yang bebas dari segala sesuatu yang selain-Nya yang menghantarkan kepada-Nya. Allah yang terawal dan Dialah pemula segala sesuatu. Dialah yang menjadi bukti kewujudan alam ini.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/624362143143329792/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-25-100-dalil-kewujudan

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now