At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 47 : Penghinaan Bāṭiniyyah Ke Atas Manhaj Ilmu

6 0 0
                                    

Konteks penyebutan kata-kata ini adalah ketikamana ada golongan Bāṭiniyyah memandang rendah terhadap kitab tafsir, lebih-lebih lagi tafsir mereka menyalahi penafsiran Bāṭiniyyah dalam sesuatu ayat yang kononnya kitab tafsir ini hanya terfokus pada...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Konteks penyebutan kata-kata ini adalah ketikamana ada golongan Bāṭiniyyah memandang rendah terhadap kitab tafsir, lebih-lebih lagi tafsir mereka menyalahi penafsiran Bāṭiniyyah dalam sesuatu ayat yang kononnya kitab tafsir ini hanya terfokus pada ilmu kulit atau ilmu zahir sahaja. Atau jika mereka ingin bersopan pun, mereka berkata bahawa mereka tidak membahaskan terlalu tinggi kerana dikhuatiri yang orang awam tidak akan mampu menelusurinya. Sebenarnya, para tafsir itu lebih bodoh daripada mereka yang tidak mengetahui hakikat ilmu yang sebenar sehingga perlu menjaga hati orang awam secara umum dari menyampaikan kebenaran dan mengajarkan ilmu yang baharu atau mereka sebenarnya yang tersesat menyimpang jauh?

Ini bukan perkara yang baharu bagi Bāṭiniyyah dalam menghina manhaj ilmu yang menjadi neraca antara benar dan batil. Mereka selalu sahaja berkata bahawa syariat dan hakikat tidak terpisah dan sentiasa bergerak seiring. Akan tetapi, sebenarnya adalah mereka tanpa sedar membelakangkan syariat dan terawang-awang dalam hakikat sehingga tidak ada asas yang mampu mengikat ajaran mereka. Mereka juga memandang rendah bahawa syariat adalah ilmu yang tidak seberapa jika dibandingkan hakikat sehingga syariat tidak ada kuasa yang besar atau tidak ada kuasa langsung dalam menjadi neraca pembeza antara benar dan salah.

Mereka berkata bahawa kitab-kitab mereka haram dibaca kerana ia terlalu tinggi untuk orang awam dan pemahaman berdasarkan syariat semata-mata tidak akan mampu mengekstrak kefahaman sebenarnya. Pernahkah kita mendengar bahawa kita ditegah untuk membaca Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy yang karyanya ditulis oleh wali kepada wali yang tidak akan ada mana-mana para sufi mengangkat tokoh sufi lebih tinggi daripadanya? Tidak pernah sama sekali! Cuma, kita diperingatkan agar mempersiapkan bekalan ilmu yang secukupnya supaya kita boleh mengambil faedah dari karya tersebut dengan manhaj yang sebenar.

Mana-mana kitab yang peringkat tinggi pun, tidak pernah diharamkan untuk pembacaan atau dibuka untuk penelitian. Hanya cuma diperingatkan supaya adanya persiapan ilmu alat yang secukupnya agar tidak bingung pada perbahasan di dalamnya. Malah, kitab peringkat tinggi pun tidak diharamkan untuk membuat penilaian ilmiah sama ada saringan, ujikaji dan perbandingan. Ia terbuka untuk kritikan sepertimana yang terjadi pada Iḥyā^ *Ulūmiddīn karya Abū Ḥāmid al-Ġozāliyy. Namun, atas sebab itulah kitab ini dijulang ke kedudukan yang tertinggi lagi mulia.

Sekarang ini, mereka ingin mendakwa bahawa ajaran keimanan mereka adalah benar, tetapi mereka tidak mahu diuji? Firman Allah *Azza Wa Jalla :

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ﴿﴾ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّـهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ ﴿

Adakah manusia menyangka bahawa mereka ditinggalkan dengan berkata: "Kami beriman", sedangkan mereka belum diuji? Benar-benar Kami menguji orang sebelum mereka, lalu menjadi jelas kepada Allah akan orang yang benar dan benar-benar jelas akan orang yang berdusta. [Surah al-*Ankabūt ayat 2-3].

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now