At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 63 : Hakikat Falasi Plurium Interrogationum

4 0 0
                                    

Entah apa sebenarnya motif pertanyaan sebegini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Entah apa sebenarnya motif pertanyaan sebegini. Benar-benar untuk ambil tahu atau sememangnya ada tujuan untuk memburukkan tokoh tersebut, lalu dirobekkan kredibiliti pendapatnya dan membuang nilai penghujahannya. Yang kedua ini selalu terjadi, lebih-lebih lagi jika berbeza aliran.

Orang yang mempunyai motif pada tujuan yang kedua ini sebenarnya ingin mengungkitkan kesilapan, kontroversi dan kecelaruannya supaya kita juga boleh sama-sama dipalitkan dengan kekotoran bersama-samanya kononnya kita ada assosiasi dengannya.

Padahal, kita bukanlah penyokong al-Albāniyy. Manhaj penilaian ilmu hadis saya pun berbeza dengannya. Akan tetapi, kita mengutip pandangan daripada seseorang tokoh, bukan kerana taksub, tetapi kerana nilai yang ada pada kupasan, pembentangan dan hujahnya. Apa yang baik daripadanya, kita menerimanya. Dan kita akan menolaknya apabila jelas berlakunya kesilapan.

Tahukah anda bahawa Ibn al-Jawziyy yang karyanya menjadi rujukan dalam pelbagai bidang ini pernah dituduh melakukan banyak kesilapan dan memiliki kecelaruan? Al-Muqōniyy berkata :

وكان كثير الغَلَط فيما يصنِّفه؛ فإنَّه كان يَفْرُغ من الكتاب ولا يعتبره.

"Dia seorang yang banyak kerancuannya pada apa yang dia karang. Kerana dia terasing daripada kitab dan tidak menyemaknya". [Ṭobaqōt *Ulamā^ al-Ḥadīṯ, karya Abū *Abdullah Ibn *Abdul Hādī ad-Dimašqiyy, jilid 4, m/s 122, keluaran Mu^assasah ar-Risālah Li aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī*, Beirut, tahqiq Akrom al-Bawšiyy dan Ibrōhīm az-Zibāq].

Aḏ-Ḏahabiyy berkata :

هَكَذَا هُوَ لَهُ أَوهَام وَأَلوَان مِنْ ترك المرَاجعَة، وَأَخَذَ العِلْم مِنْ صحف، وَصَنَّفَ شَيْئاً لَوْ عَاشَ عُمراً ثَانِياً، لَمَا لحق أَنْ يُحرّره وَيُتقنه.

"Sedemikianlah dia yang memiliki pelbagai waham dan warna-warni kerana meninggalkan ulangkaji dan dia mengambil ilmu melalui lembaran, lalu menulis sesuatu. Kalaulah dia hidup untuk satu umur yang kedua, pasti dia tidak mampu menyusuli penyuntingannya dan penelitian semulanya". [Siyar A*lām an-Nubalā^, karya , jilid 21, m/s 378, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

Muwaffaquddīn berkata :

وَكَانَ حَافِظاً لِلْحَدِيْثِ، إِلاَّ أَننَا لَمْ نَرض تَصَانِيْفه فِي السُّنَّةِ، وَلاَ طرِيقته فِيْهَا

"Dia seorang ḥāfiẓ dalam hadis melainkan kami tidak meredhai karangannya pada sunnah dan tidak juga pada metodologinya padanya". [Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 21, m/s 381, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

Sayfuddīn Ibn al-Majd berkata :

هُوَ كَثِيْر الوَهْمِ جِدّاً

"Dia adalah orang yang sangat banyak waham". [Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 21, m/s 382, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

As-Sayf berkata :

سَمِعْتُ ابْنَ نُقْطَةَ يَقُوْلُ: قِيْلَ لابْنِ الأَخْضَرِ: أَلاَ تُجيب عَنْ بَعْض أَوهَام ابْن الجَوْزِيّ؟ قَالَ: إِنَّمَا يُتَتَبَّع عَلَى مَنْ قلّ غَلَطه، فَأَمَّا هَذَا، فَأَوْهَامُهُ كَثِيْرَة.

Aku mendengar Ibn Nuqṭoh berkata; Dikatakan kepada Ibn al-Aḥḍor: "Adakah engkau tidak merespons tentang sebahagian waham Ibn al-Jawziyy?". Dia berkata: "Sebenarnya seseorang diikuti pada mereka yang sedikit kecelaruannya. Adapun orang ini, maka wahamnya sangat banyak". [Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 21, m/s 382, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

وَقَالَ جَدِّي : كَانَ أَبُو المُظَفَّرِ ابْنُ حَمْدِيٍّ يُنكر عَلَى أَبِي الفَرَجِ كَثِيْراً كَلِمَات يُخَالِف فِيْهَا السُّنَّة.

Datukku berkata: "Dahulu Abū al-Muẓoffar Ibn Ḥamdiyy mengingkari Abū al-Faroj pada kebanyakan kalimah yang menyalahi sunnah padanya". [Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 21, m/s 383, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

Namun, para ulama terkemudian tetap mengangkat tinggi karyanya dan mengutip pandangan serta merujuk karyanya. Bukan kerana taksub, tetapi terkandungnya kebenaran dalam penukilan serta penjelasannya. Seperti itulah pada tokoh-tokoh ahli sunnah yang lain.

Orang yang hanya menyempitkan diri dengan aliran lain sahaja akan sukar melihat keluasan dan manfaat daripada pihak lain. Baginya, apa sahaja dari luar alirannya, maka ia salah dan tiada nilai. Tapisannya hanya pada kaca mata alirannya, bukan teras-teras ilmu yang sejati.

Pada saya, tidak perlu jawab kesemua persoalan hal ini apabila jelas pendirian kita tentang hal ini, lebih-lebih lagi apa nyata pada kita motif sebenar daripada pertanyaan ini.

Sangat nyata pada motif kedua adalah penyebutan: "Laqab as-Sā*ātiyy, iaitu tukang jam lebih sesuai dengan mujaddid". Bagi yang telah biasa dengan pewacanaan ilmiah yang berkaitan dengan al-Albāniyy, hampir-hampir tiada yang meletakkan laqab tersebut sebagai penyebutan yang masyhur apabila menyebutkan nama al-Albāniyy. Tiba-tiba entah daripada siapa ingin mencadangkan laqab pekerjaannya yang jelas untuk memperlekehnya sebagai yang lebih sesuai?

Sesiapa yang biasa dengan pertikaian isu yang berkaitan dengan al-Albāniyy, pasti dia akan menemukan orang yang membangkitkan pekerjaannya yang dahulu sebagai tukang jam sebagai alasan untuk merendahkannya dan menghinanya, lalu merobekkan kredibilitinya. Justeru, jelas motif pertanyaan melalui kenyataan sebegitu.

Juga penyebutan: "Ingatan yang cerdas menghafal dan membaca ribuan hadis tanpa ilmu alat yang benar-benar kukuh". Mempertikaikan cara ini pun sudah lapuk. Meskipun Ibn al-Jawziyy dituduh sebagai orang yang memiliki kecelaruan, tetap juga diambil manfaat daripada karyanya. Sebegitu jugalah tokoh-tokoh yang lain, lebih-lebih yang telah jelas bermanhaj ahli sunnah dan memiliki kedudukan yang khas dalam keilmuan.

Inilah sebenarnya falasi Plurium Interrogationum, iaitu falasi soalan kompleks. Menyembunyikan pandangan sebenar melalui pertanyaan. Apabila bertanya, maka orang tidak akan berkata bahawa ia adalah pendirian. Walhal, orang yang mengamalkan falasi ini sebenarnya menyatakan pendirian melalui soalan. Hakikatnya, penanya ini ingin menyatakan bahawa al-Albāniyy ini sebenarnya tidak ada kekuatan ilmu alat yang kukuh dan pandangannya boleh diketepikan dan tidak perlu dipedulikan. 

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/645683588116905984/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-63-hakikat-falasi-plurium

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now