At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 154 : Apabila Aswajaean Ingin Mengkritik Ulama Ahli Bait

3 0 0
                                    

Apabila kita membentangkan kritikan kepada para ulama, selalu sahaja aswajaean mempersoalkan tindakan kita dengan pertanyaan: "Siapakah kita jika dibandingkan para ulama? Adakah kamu lebih pandai dan lebih berwibawa daripadanya?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apabila kita membentangkan kritikan kepada para ulama, selalu sahaja aswajaean mempersoalkan tindakan kita dengan pertanyaan: "Siapakah kita jika dibandingkan para ulama? Adakah kamu lebih pandai dan lebih berwibawa daripadanya?". 

Kalau begitu, kita akan menjawab sepertimana ustaz aswajaean tempatan yang antara menjadi rujukan, khususnya dalam penentangan terhadap wahabi, iaitu Nur Hidayat Muhammad. Saya memetik kenyataan ini daripada bukunya «Jawapan Balas Terhadap Buku Membungkam Pemuja Kubur».

Buku ini, sepertimana yang disebutkan dalam muqaddimahnya, dikhaskan untuk menjawab salah satu buku Muḥammad bin Ismā*īl aṣ-Ṣon*āniyy yang berjudul Taṭhīr al-I*tiqōd *An Adrōn al-Ilḥād yang diterjemahkan kepada bahasa Indonesia dengan judul «Membungkam Pemuja Kubur». Buku aṣ-Son*aniyy sememangnya kelihatan berpihak pada golongan yang dilabel wahabi dalam isu beberapa amalan di perkuburan.

Maka, Nur Hidayat Muhammad mengambil langkah untuk menjawab balas apa yang diutarakan aṣ-Ṣon*āniyy untuk membela beberapa amalan yang dipertikaikan dan dipersalahkan dengan mengemukakan penjelasan bersama penghujahan untuk membuktikan bahawa pandangan aṣ-Ṣon*āniyy bukanlah satu-satunya yang mutlak.

Mungkin Nur Hidayat Muhammad dan beberapa orang yang lain tidak sedar bahawa aṣ-Ṣon*āniyy adalah salah seorang tokoh ahli bait. Jika sedemikian, maka kritikan mereka terhadap ahli bait bukan bermakna orang itu termasuk daripada memusuhi zuriat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Tidakkah sebegitu?

Ini juga menunjukkan bahawa pandangan dan pengamalan daripada ahli bait bukanlah sesuatu yang dikuduskan, bahkan sememangnya boleh mereka ini berkecenderungan atau sememangnya berpihak kepada golongan yang dilabel wahabi. Tidakkah sebegitu?

Lantas, mengapa ada layanan yang cukup berbeza apabila berkaitan dengan golongan al-Ḥabīb? Adakah kerana mereka tidak berpihak pada wahabi, maka para pengikutnya menjustifikasikan apa sahaja agar para al-Ḥabīb ini tidak bersalah atau sememangnya tidak boleh menerima kritikan langsung?

Dan dari apa yang dinyatakan oleh Nur Hidayat Muhammad, mengkritik ulama yang besar tidak bermakna kita tidak menghormati kesarjanannnya, kepakarannya, kehebatannya dan kemuliaannya. Ini sangat berbeza jika salafi mengkritik beberapa pandangan ulama sekalipun dengan sopan. Ia sudah cukup menjadikannya sebagai jajaan kepada orang ramai bahawa salafi-wahabi ini tidak bersikap biadap terhadap ulama!

Begitu juga dari apa yang dinyatakan olehnya, ini menunjukkan bahawa kita wajib mengikuti kebenaran biarpun menyalahi ilmuwan agung dari kalangan ahli bait. Tidakkah sepatutnya ini sememangnya prinsip setiap muslim? Mengapa apabila salafi melakukan sebegini, tiba-tiba sahaja dianggap bahawa dia mencampuradukkan mazhab, bahkan dituduh membenci mengikuti mazhab dan tidak mahu mengikuti para ulama?

Bahkan, dari apa yang disebutkan olehnya, ia menampilkan kepada kita bahawa sekerdil mana pun kita jika dibandingkan dengan ilmuwan agung dari ahli bait, maka wajib kita menyelisihinya jika ia menyelisihi kebenaran dan mengkritik pandangannya yang jelas salah pada kita.

Yang anehnya adalah rata-rata aswajaean apabila kita melakukan sebegini, kita seakan-akan tiada hak langsung untuk menyelisihi mana-mana tokoh kebesaran dalam satu permasalahan atau beberapa daripadanya kerana dianggap kita tidak setara dengan tokoh tersebut untuk membentangkan kritikan dan memilih pandangan yang berbeza. Kita diwajibkan untuk tunduk dan patuh tanpa mempersoalkannya kerana kita ini adalah kerdil di sisinya!

Entah Nur Hidayat Muhammad sebenarnya sudah menjadi wahabi yang selalu ditakut-takutkan kepada orang ramai dan melanggar prinsip yang dikongsi bersama oleh aswajaean. Jika kita ingin mengaplikasikan manhaj aswajaean ini, sepatutnya kita mempersoalkan apa kedudukan Nur Hidayat Muhammad jika ingin dibandingkan aṣ-Ṣon*āniyy sehingga berani menyelisihinya dan mengkritiknya!

Bagi yang mengikuti salafi dan orientasi keluarga al-Ġumāriyy, maka dia tahu dari awal lagi tempat yang dia berpijak dan apa yang seharusnya dia buat dalam mengikuti sesuatu pandangan. Segala puji bagi Allah yang membersihkan kita semua dari kecelaruan dalam bermanhaj dan membimbing kita semua kepada jalan kejayaan yang bermakna di dunia dan di akhirat.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/685047235403186176/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-154-apabila-aswajaean

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now