At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 167

3 0 0
                                    

Ašᶜarian Sekarang Mula Terhegeh-Hegeh Untuk Meraikan Pandangan Ḥanbalian Bahawa Kalam Allah Itu Bersuara Dan Berhuruf

Selepas ašᶜarian gagal membuktikan keabsahan penafian huruf dan suara bagi kalam Allah dan menyedari bahawa tuduhan mujassimah, musyabbihah dan hasywiah kepada orang yang mengisbatkan huruf dan suara bagi kalam Allah adalah tuduhan lancang terhada...

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Selepas ašᶜarian gagal membuktikan keabsahan penafian huruf dan suara bagi kalam Allah dan menyedari bahawa tuduhan mujassimah, musyabbihah dan hasywiah kepada orang yang mengisbatkan huruf dan suara bagi kalam Allah adalah tuduhan lancang terhadap tokoh kebesaran ḥanbalian secara tidak langsung seperti Aḥmad bin Ḥanbal melalui nukilan anaknya; *Abdullah dalam «as-Sunnah» dan pendapat al-Buẖōriyy dalam «H̱olq Af*āl al-*Ibād», mereka sekarang tidak segan silu untuk memasukkan penolakan pengisbatan kedua-dua ini atau penerimaannya dalam isu perselisihan yang muktabar.

Hakikatnya, mereka tidak sedar apa kesan yang mendatang apabila menerima kalam Allah itu tidak berhuruf? Mereka akan mengatakan bahawa al-Quran itu pada aspek kalam lafzi itu adalah baharu dan makhluk.

Maksudnya, kalam lafzi hanya sekadar penunjukan dan penterjemahan daripada kalam nafsi, iaitu sifat kalam Allah yang sejati yang qadim lagi berdiri pada zat-Nya. Dengan kata lain, ia bukan kalam Allah, tetapi kalam yang telah diterjemahkan dan diibaratkan sama ada melalui Jibril -*alayhissalām- atau Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Saya telah mengupas hal ini dalam penulisan saya yang berjudul «Teguh Menyerlah Dalam Isbat Huruf Dan Suara Bagi Kalam Allah» dan saya membuktikan bahawa pengisbatan huruf dan suara pada kalam Allah tidak hanya bergantung pada hadis tentang suara.

Sebab itulah kita menentang keras dan melawan. Sememangnya ia bukan isu perselisihan yang muktabar lagi dan ia bukan semata-mata isu pengisbatan suara dan huruf bagi kalam Allah, tetapi ia juga berkait rapat dengan status al-Quran sebagai kalam Allah itu sendiri.

Sudah tentu ašᶜarian akan menafikannya dan tetap bertegas bahawa al-Quran itu adalah kalam Allah yang qadim bersama belitan penjelasannya. Akan tetapi, sesiapa yang diberikan ketajaman pengamatan daripada Allah Tabāroka Wa Ta*ālā dan melihat terus kepada inti hakikatnya seperti yang dilakukan Ibn al-Jawziyy, nyatalah pegangan sebenar mereka. 

Al-Ḥusayn bin Badruddīn; tokoh ahli bait dari zaydian dalam «Yanābī* aṣ-Ṣoyḥah Fī al-*Aqō^id aṣ-Ṣoḥīḥah» juga memaparkan pandangan sebenar ašᶜarian ketika membahaskan beberapa pandangan tentangnya.

Sudahlah mereka suka melemparkan tuduhan mujassimah, musyabbihah dan hasywiah, lebih-lebih lagi isu sifat pengisbatan huruf dan suara bagi kalam Allah. Sekarang, apabila mereka menyedari bahawa tuduhan tersebut terhunus pada tokoh yang mereka konon mengagungkannya, mereka sibuk mahu untuk duduk sepentas dalam perselisihan yang muktabar walaupun sebenarnya mereka disisihkan dan tidak diraikan bersama dalam hal ini.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688421216395067392/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-167-a%C5%A1%E1%B6%9Carian-sekarang

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Donde viven las historias. Descúbrelo ahora