At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 80 : Para Al-Ḥabīb Menyampaikan Hadis Palsu?

12 0 0
                                    

Bukanlah kebiasaan saya untuk memaparkan nama seseorang individu secara terang-terangan dalam mengkritik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bukanlah kebiasaan saya untuk memaparkan nama seseorang individu secara terang-terangan dalam mengkritik. Banyak penulisan saya sebelum ini adalah saksi dan bukti bagi kenyataan saya ini. 

Namun, saya perlu mendedahkan nama kerana ingin memaparkan bukti yang sememangnya wujud penyampaian hadis palsu dari kalangan mereka yang disandangkan nama al-Ḥabīb, iaitu yang disandangkan kepada mereka yang berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Jika saya tutup nama mereka atau hanya sekadar menulis sahaja, maka saya akan dianggap membawa dakwaan kosong. Malah, sememangnya wajar diperingatkan kepada masyarakat agar menjauhi golongan yang menyampaikan hadis palsu atau tidak berwaspada dalam meriwayatkan hadis. 

As-Suyūṭiyy meletakkan satu tajuk bab yang bernama :

فِي بَيَانِ أَنَّ مَنْ أَقْدَمَ عَلَى رِوَايَةِ الْأَحَادِيثِ الْبَاطِلَةِ يُسْتَحَقُّ الضَّرْبُ بِالسِّيَاطِ وَيُهَدَّدُ بِمَا هُوَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ وَيُزْجَرُ وَيُهْجَرُ وَلَا يُسَلَّمُ عَلَيْهِ وَيُغْتَابُ فِي اللهِ وَيُسْتَعْدَى عَلَيْهِ عِنْدَ الْحَاكِمِ وَيُحْكَمُ عَلَيْهِ بِالْمَنْعِ مِنْ رِوَايَةِ ذَلِكَ وَيُشْهَدُ عَلَيْهِ

"Dalam Menjelaskan Bahawa Orang Yang Mengemukakan Riwayat Hadis Yang Batil Berhak Disebat Dengan Cemeti, Ditakut-takuti Terhadap Orang Yang ٍSuka Mengambil Banyak Daripadanya, Disekat, Dipulau, Tidak Diberi Salam Kepadanya, Diumpat Kerana Allah, Diminta Pertolongan Terhadapnya Di Sisi Hakim, Dihukum Terhadapnya Dengan Penegahan Daripada Meriwayatkan Itu Dan Disaksikan Penghukumannya". [Tahḏīr al-H̱owwās Min Akāḏīb al-Quṣṣōṣ, m/s 167, keluaran al-Maktab al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Muḥammad Luṭfiyy aṣ-Ṣobbāġ].

Oleh itu, sememangnya wajar diperingatkan dan disebutkan nama mereka yang menyampaikan hadis palsu supaya orang ramai menjauhinya dan berwaspada dengannya. Ini kerana kesalahan dalam penyampaian hadis adalah kesalahan yang sangat berat dan sangat besar jenayahnya. Wajar sekali bab ini diperingatkan dari semasa ke semasa supaya orang cakna dan sedar untuk mengambil berat terhadap penjagaan kemurniaan hadis.

Sebagai pengetahuan untuk umum, ahli ilmu yang menilai kepalsuan terhadap hadis Jābir tentang pencipaan Nūr Muḥammad sebagai makhluk yang awal adalah *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh sufi ahli hadis berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam Iršād aṭ-Ṭōlib an-Najīb Ilā Mā Fī Mawlid an-Nabawiyy Min al-Akāḏīb. Anak muridnya, Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ di penghujung kitabnya Ittijāhāt al-Ḥadīṯiyyah Fī al-Qorn ar-Rōbi* al-*Ašaro telah berlepas diri daripada mengakui keabsahan hadis ini.

Begitu juga dengan hadis qudsi yang berbunyi :

لَوْلَاكَ مَا خَلَقْتُ الْأَفْلَاكَ

"Kalau bukan keranamu, pasti aku tidak menciptakan alam buana". 

Ini juga dinilai palsu oleh *Abdullah al-Ġumāriyy dalam rujukan yang sama.

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now