At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 27 : Dalam Hal Menyebutkan Kebaikan Seseorang Yang Jahat

6 0 0
                                    

Perkara ini perlu diperhatikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perkara ini perlu diperhatikan. Apabila orang itu terkenal dengan kejahatannya dan banyak kejahatannya berbanding kebaikannya, maka tidak perlu membangkitkan tentang kebaikannya walaupun ia sememangnya benar jika ia tidak ada manfaat yang lebih baik baginya. Atau jika telah ada orang lain yang lebih baik daripadanya untuk dicanangkan kebaikannya yang sama pada orang itu, maka di sini sebutkanlah orang lain itu, bukan dirinya. Kalau seseorang menceritakan keburukan tentang orang itu, cukuplah kita mengikrarkannya tanpa perlu sebut apa-apa sesuatu yang baik daripadanya dan tidak perlu untuk mencelah atau menampakkan neutral bagi pihak dirinya disebabkan terlalu banyak lumpur padanya berbanding emas di dalamnya. Lantas, mengapa perlu mencari dan menyibukkan pada tempat yang sukar diperoleh emasnya sedangkan tempat lain ada yang lebih mudah didapati emasnya.

Kalaulah orang itu berpihak pada sesuatu pendapat dan pendapat itu juga dikeluarkan oleh orang yang lain selainnya, pada waktu ini kita tidak perlu sebutkan namanya dan cukup sekadar menyebutkan nama orang yang selainnya supaya tidak menimbulkan waham bahawa dia memiliki darjat dan keagungan yang besar. Akan tetapi, jika hanya dia satu-satunya di pihak tersebut, lalu terbukti dia benar, maka lebih selamat untuk melakukan tadlis seperti "seseorang berpendapat", "dikatakan" dan lain-lain. Namun, jika perlu menyebutkan namanya, maka selit bersama peringatan tentang dirinya supaya orang lain tidak tersalah anggap bahawa seseorang itu sememangnya tokoh kenamaan.

Sekalipun begitu, apabila perlunya menyebutkan kebaikan pada dirinya, maka seseorang wajar berikan hak yang adil padanya. Hal ini kerana Allah masih menyebutkan kebaikan bagi orang munafik yang masih ingat kepada Allah walaupun sedikit sekalipun mereka adalah orang yang diancam sekeras-kerasnya dari segi kesyirikannya terhadap Allah dan dijanjikan neraka akannya serta diulang kerapkali dalam mendedahkan kejahatan mereka. :

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّـهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّـهَ إِلَّا قَلِيلًا ﴿

"Sesungguhnya orang munafik hendak memperdaya Allah, sedangkan Dia yang memperdaya mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka bangun dalam keadaan malas yang mahu memperlihatkannya kepada orang ramai dan tidaklah mereka mengingati Allah melainkan sedikit". [Surah an-Nisā^ ayat 142].

Malah, Allah juga menyebutkan kepada segolongan orang yang tidak mahu ikut berperang yang mahu mengambil bahagian harta rampasan perang bahawa mereka ini tidak memahami apa-apa melainkan sedikit. :

سَيَقُولُ الْمُخَلَّفُونَ إِذَا انطَلَقْتُمْ إِلَىٰ مَغَانِمَ لِتَأْخُذُوهَا ذَرُونَا نَتَّبِعْكُمْ ۖ يُرِيدُونَ أَن يُبَدِّلُوا كَلَامَ اللَّـهِ ۚ قُل لَّن تَتَّبِعُونَا كَذَٰلِكُمْ قَالَ اللَّـهُ مِن قَبْلُ ۖ فَسَيَقُولُونَ بَلْ تَحْسُدُونَنَا ۚ بَلْ كَانُوا لَا يَفْقَهُونَ إِلَّا قَلِيلًا

Akan berkata orang yang tidak mengikut apabila kalian membahagikan ghanimah agar engkau mengambilnya: "Izinkanlahlah kami mengikuti kalian". Mereka bermaksud untuk mengubah kalimah Allah. Katakanlah: "Engkau tidak boleh mengikuti kami. Demikianlah Allah telah berfirman sebelum itu". Maka, mereka akan berkata: "Hakikatnya, kalian yang dengki terhadap kami". Walhal, mereka tidak memahami melainkan sedikit. [Surah al-Fatḥ ayat 15].

Sekalipun golongan itu dicela oleh Allah, namun Allah masih tetap mengiktiraf kefahaman yang ada padanya walaupun sedikit. Bukannya Allah menafikan adanya kefahaman pada mereka. Jika golongan seperti itu ada pengiktirafan daripada Allah, maka tidak patut bagi kita sesama Muslim daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada kedudukan mereka yang tinggi menghilangkan sepenuhnya kelebihan dan kebagusan yang ada padanya hanya kerana beberapa kegelinciran dan kesilapan.

Jika perlu disebut kebaikannya, maka tidak boleh menguranginya dengan sengaja menyembunyikannya kerana wajib bagi memberikan hak yang adil kepada manusia. Apabila seseorang itu berhak mendapatkannya, maka tidak boleh menzaliminya walaupun sedikit. Namun, jika mahu mengelakkan seseorang terpengaruh dan tersalah haluan dalam pengambilannya sebagai tokoh, maka selitlah bersama peringatan tentang dirinya yang membahayakan orang lain sepertimana Allah peringatkan tentang bahaya golongan dua ini walaupun menyebutkan sedikit kebaikannya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/624363089834442752/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-27-dalam-hal-menyebutkan

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now