At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 159

2 0 0
                                    

Jawapan Tentang Ayat Allah Di Mana-Mana Yang Kelihatan Bercanggahan Dengan Ayat Allah Di Atas Arasy

Untuk jawapan bagi persoalan ini, saya menukilkan daripada tokoh besar salaf yang disanjungi semua orang, al-Buẖōriyy yang menyebutkan :

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Untuk jawapan bagi persoalan ini, saya menukilkan daripada tokoh besar salaf yang disanjungi semua orang, al-Buẖōriyy yang menyebutkan :

وَقَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ، فِي قَوْلِهِ: {ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ} [الأعراف: 54] . قَالَ: «الْعَرْشُ عَلَى الْمَاءِ، وَاللَّهُ فَوْقَ الْعَرْشِ، وَهُوَ يَعْلَمُ مَا أَنْتُمْ عَلَيْهِ» وَقَالَ قَتَادَةُ، فِي قَوْلِهِ: {وَهُوَ الَّذِي فِي السَّمَاءِ إِلَهٌ وَفِي الْأَرْضِ إِلَهٌ} [الزخرف: 84] قَالَ: «يُعْبَدُ فِي السَّمَاءِ، وَيُعْبَدُ فِي الْأَرْضِ»

Kata Ibn Mas*ūd tentang firman-Nya: {Kemudian, Dia bersemayam di atas Arasy} [Surah al-A*rōf ayat 54]. Dia berkata: "Arasy di atas air dan Allah di atas Arasy. Dia mengetahui apa yang kalian berada padanya". Kata Qotādah tentang firman-Nya: {Dialah yang tuhan di langit dan tuhan di bumi} [Surah az-Zuẖruf ayat 84]. Dia berkata: "Disembah di langit dan di sembah di bumi". [H̱olq Af*āl al-*Ibād, m/s 43, keluaran Dār al-Ma*ārif as-Su*ūdiyyah, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdul Roḥṃān *Umayroh].

Maka, kalam ini diharapkan dapat memberikan jawapan yang sehampir dengannya untuk ayat al-Quran pada gambar ini.

Sebab itu di banyak tempat saya mengingatkan untuk menelaah karya salaf seperti «ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh» karya Aḥmad bin Ḥanbal, «as-Sunnah» karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, «as-Sunnah» karya Abū Bakr al-H̱ollāl, «ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah», «at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn» karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy dan «an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy» yang kedua-duanya karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy atau karya yang mengumpulkan pandangan salaf seperti «al-*Uluww Li *Aliyy al-Ġoffār karya aḏ-Ḏahabiyy.

Saya melihat perseteruan mereka dalam hal ini selalunya kerana kejahilan tentang kalam-kalam salaf dalam hal ini. Pertikaian yang mereka utarakan sebenarnya salaf telah cakan tentang hal itu dan memberikan jawapan untuknya. Apa yang menjadi pertikaian pada hari ini tidak ubah beza sepertimana yang telah ada pada zaman salaf.

Atas sebab inilah saya menekankan banyak kali kepentingan untuk menelaahnya. Kecuali mereka semua ini memang ingin bersepakat jahmian dan berlaga dengan tokoh-tokoh kebesaran salaf yang ahli sunnah dalam isu ini, maka saya tidak perlu memanjangkan lagi perbalahan tentangnya.

Kemudian, kita selalu sahaja melihat orang yang berhujah dengan ayat-ayat seperti ini untuk mengingkari Allah itu di langit, sedangkan inilah ciri-ciri jahmian yang mereka sendiri bersungguh-sungguh mengingkari penyindirian ini terhadap diri mereka. Kata Ḥammād bin Zayd berkata tentang jahmian :

إِنَّمَا يُحَاوِلُونَ أَنْ يَقُولُوا لَيْسَ فِي السَّمَاءِ شَيْءٌ

"Mereka mencuba untuk berkata tidak ada sesuatu di langit". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 117, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

*Abbād bin al-*Awwām berkata :

كَلَّمْتُ بِشْرَ الْمَرِيسِيَّ وَأَصْحَابَ بِشْرٍ فَرَأَيْتُ آخِرَ كَلَامِهِمْ يَنْتَهِي أَنْ يَقُولُوا لَيْسَ فِي السَّمَاءِ شَيْءٌ

"Aku berbicara dengan Bišr al-Marīsiyy dan sahabat Bišr. Aku melihat akhir kalam mereka mengakhiri katanya tidak ada sesuatu di langit". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 162, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

Muḥammad bin *Uṯmān berkata :

سَمِعْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ مَهْدِيٍّ: وَسَأَلَهُ، سَهْلُ بْنُ أَبِي خَدَّوَيْهِ عَنِ الْقُرْآنِ، فَقَالَ: «يَا أَبَا يَحْيَى مَا لَكَ وَلِهَذِهِ الْمَسَائِلِ هَذِهِ مَسَائِلُ أَصْحَابِ جَهْمٍ، إِنَّهُ لَيْسَ فِي أَصْحَابِ الْأَهْوَاءِ شَرٌّ مِنْ أَصْحَابِ جَهْمٍ يَدُورُونَ عَلَى أَنْ يَقُولُوا لَيْسَ فِي السَّمَاءِ شَيْءٌ، أَرَى وَاللَّهِ أَلَّا يُنَاكَحُوا وَلَا يُوَارَثُوا»

Aku mendengar *Abdul Roḥmān bin Mahdiyy ketika Sahl bin H̱oddawayh tentang al-Quran, lalu dia berkata: "Wahai Abū Yaḥyā! Kenapa dengan kamu? Kerana isu ini adalah isu pengikut Jahm. Sesungguhnya tidak ada dalam pengikut hawa nafsu yang lebih teruk berbanding pengikut Jahm yang berlegar dalam mengatakan tidak ada sesuatu di langit. Aku berpandangan -demi Allah!- mereka tidak boleh dinikahi dan tidak boleh diwarisi hartanya". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 157, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

Sekarang, fikirkan siapa yang sebenarnya mengikuti manhaj salaf, seterusnya ahli sunnah yang sejati? Orang yang membawa ayat-ayat yang kelihatannya seolah-olah Allah itu di setiap tempat, lalu mengingkari dan menyindir orang yang mengisbatkan Allah itu di atas Arasy atau mereka yang menyebut sama seperti Ḥammād bin Zayd, *Abbād bin al-*Awwām dan *Abdul Roḥmān bin Mahdiyy?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688378610014355456/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-159-jawapan-tentang-ayat

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now