At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 71 : Ahli Sufi Dan Penentangan Amalan Bidaah

4 0 0
                                    

Apabila kita membanteras amalan bidaah dan mengingatkan tentang bahaya bidaah dalam agama, sebahagian mereka memberi reaksi yang negatif dan menyindir, khususnya ketika amalan mereka itu dikritik: "Kalau semuanya bidaah, adakah menaiki kereta itu ...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apabila kita membanteras amalan bidaah dan mengingatkan tentang bahaya bidaah dalam agama, sebahagian mereka memberi reaksi yang negatif dan menyindir, khususnya ketika amalan mereka itu dikritik: "Kalau semuanya bidaah, adakah menaiki kereta itu adalah bidaah? Ini kerana baginda tidak pernah menaiki kereta, tetapi menunggang unta".

Kata-kata sebegini jelas bahawa orang sebegini langsung tidak ada sensitiviti dalam hal ehwal bidaah. Seolah-olah menyandarkan sesuatu secara kosong daripada Allah dan rasul-Nya adalah sesuatu yang boleh ditoleransi dan dipandang kecil. Tidakkah mereka ada rasa keprihatinan untuk peka dan berjuang dalam menentang bidaah?

Sedangkan tokoh-tokoh sufi mereka sangat peka dan aktif dalam menentang bidaah. Lihat contoh Jalāluddīn as-Suyūṭiyy. Dia menghasilkan karya al-Amr Bi al-Ittibā* Wa an-Nahy *An al-Ibtidā*. Karya ini menyebutkan amalan-amalan bidaah dan mengkritik amalan tersebut. Dia juga mengarang Taẖdīr al-H̱owwāṣ Min Akāḏīb al-Quṣṣōṣ dalam menempelak dan mengingatkan para pembaca tentang bahaya penglipur lara yang menyampaikan hadis-hadis tidak sabit.

Contoh yang lain adalah *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy. Dia menghasilkan karya Bida* at-Tafāsir yang mengumpulkan penafsiran al-Qur^ān yang janggal, menyeleweng dan menyalahi kaedah ilmu dari pelbagai aliran, lalu dia mengkritiknya. Dia juga menghasilkan karya Awliyā^ Wa Karōmāt dalam menapis cerita-cerita karamah yang disandarkan kepada tokoh wali dengan membezakan cerita yang batil dan benar. Dalam muqaddimah karya ini, dia menyatakan bahawa jika dipaparkan kepada sebahagian orang, pasti dituduh cenderung kepada wahabi!

Demikian juga penghasilkan Iršād aṭ-Ṭōlib an-Nājib Ilā Mā Fī Mawlid an-Nabawiyy yang menolak hadis-hadis palsu yang berkaitan dengan kelahiran Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Antara yang dihukum palsu adalah hadis riwayat Jābir tentang penciptaan Nūr Muḥammad. Demikian juga penghasilan karya Naqd Qoṣidah Burdah yang mengkritik beberapa bait qasidah burdah. Banyak lagi siri kritikannya dalam menangkis kesalahan-kesalahan yang wujud dalam praktik kesufian.

Meskipun kedua-duanya adalah sufi, malah sufi tegar, bahkan para sufi mengambil pendefinisian bidaah dan pembentangan dalil-dalil amalan kesufian daripada mereka berdua, kedua-duanya tetap memperhebat gerak kerjanya dalam membanteras dan mencantas bidaah. Mereka bukan apologetik dalam penerimaan praktik kesufian. Mereka adalah tokoh yang kritis.

Sebahagian sufi hari ini sangat berbeza antara mereka dan tokoh rujukan mereka. Dibacakan hadis berkaitan dengan bidaah pun dipandang sinis. Seruan untuk menjauhi amalan bidaah pun dituduh ia adalah gerakan daripada wahabi. Apa lagi bidaah yang tercela kalau semuanya hanyalah semata-mata tuduhan daripada wahabi?

Seolah-olah amalan bidaah ini adalah sesuatu yang terpencil dan bidaah itu sekadar kritikan daripada wahabi menurut tanggapan mereka. Padahal, para imam mereka menyenaraikan banyak daripadanya. Tentu lagi zaman ini masih bercambah dan menyebar amalan bidaah. Namun, apa peranan mereka dalam membasmi bidaah di sekeliling mereka? Di mana lagi kepedulian mereka? Terlalu mabuk dalam amalan sufi sehingga tidak mampu membezakan antara yang benar dan salah dalam agama? Begitu jauh beza antara makmun dan imam.

Sebab itu tidak dihairankan yang disebabkan mereka ini kurang sensitif dalam penentangan terhadap bidaah, mereka sendiri terjebak dalam bidaah. Hadis-hadis palsu bertebaran yang dibiarkan tanpa ditegur dalam ceramah, malah diterima, disangka baik dan dipertahankan. Penglipur lara diangkat sebagai tokoh agama. Kritikan terhadap hadis Nūr Muḥammad, qasidah Burdah dan Ibn *Arobiyy pun dianggap menentang ulama! Itu belum lagi amalan yang sememangnya jelas menyalahi sunnah hanya kerana ada mimpi atau pembukaan daripada syeikh tertentu. Itulah bala yang ditimpakan Allah kerana meletakkan kepekaan terhadap dosa bidaah di tempat yang rendah.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/650982126444052480/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-71-ahli-sufi-dan


At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now