At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 26 : Yang Tidak Didahului Salaf Pasti Salah?

6 0 0
                                    

Ini kenyataan yang salah lagi bodoh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ini kenyataan yang salah lagi bodoh. Bahkan, sesiapa yang beriktikad seperti ini tergelincir kepada kekufuran, kesyirikan dan melakukan bidaah terhadap usul agama. Semenjak bila autoriti kalam para salaf setara dengan al-Qur^ān dan as-Sunnah? Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sendiri telah khabarkan dalam Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy bahawa boleh jadi orang yang disampaikan hadis lebih memahami berbanding orang yang menyampaikan hadis. Ini tidak terikat dengan waktu dan zaman tertentu yang hanya terhad pada salaf. Ia mutlak dan terbuka sepanjang zaman.

Bahayanya kenyataan ini ialah seseorang bersikap sombong untuk menerima kebenaran daripada orang terkemudian dan menyalahkan atas dasar tidak disebutkan oleh salaf, bukan pada penghujahan al-Qur^ān dan as-Sunnah. Jelas sekali ini merupakan kenyataan yang tidak dapat ditoleransi, kesalahan yang menjijikan lagi ketololan yang keji.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/624362537001123840/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-26-yang-tidak-didahului

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now