At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 127 : Taklid Orang Awam Dan Batasannya

9 0 0
                                    

Kalaupun ingin bertaklid kepada ulama pun, janganlah sampai kering atau mati sikap kritis kita dalam menerima dan menyaring

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Kalaupun ingin bertaklid kepada ulama pun, janganlah sampai kering atau mati sikap kritis kita dalam menerima dan menyaring. Pendapat yang syaz juga ada dari kalangan ulama juga. Sebab itulah kita perlu tetap berwaspada dan bukalah kecelikan walaupun sedikit untuk menjengah kebenaran supaya kita tidak mudah termakan apa sahaja pandangan yang sama ada sememangnya benar daripada para ulama atau orang yang didakwa sebagai ulama.

Apabila adanya ulama berkata seperti sebahagian fuqaha bermazhab Ḥanafiyy yang berkata bahawa hadis daripada Abū Huroyroh -roḍiyallahu *anh- dan Anas bin Mālik -roḍiyallahu *anh- boleh ditolak jika menyalahi qiyas, adakah terlalu dangkal capaian akal kita atau terlalu jahilkah kita terhadap asas yang mendasar dalam pegangan Islam untuk sekurang-kurangnya menahan daripada penerimaannya jika tidak mahu menolaknya?

Kita faham bahawa mungkin ada orang perlukan semakan terlebih dahulu dan tawaqquf sebentar sebelum membuat keputusan kerana mungkin orang masih ada sangkaan bahawa ia mempunyai konteks yang perlu ditinjau lebih luas. Namun, janganlah pendapat secara zahir ini seperti ini ditelan bulat-bulat dan lebih parah lagi adalah dipertahankan pula pandangan ini, lebih-lebih lagi atas dasar taklid dan tidak berdiri dengan kajian. Cetuskanlah kritis pada diri walau sekelumit bijirin dan jangan mudah ditundukkan hanya kerana ia dari seseorang yang diangkat sebagai ulama.

Apabila kita tahu prinsip asas yang disepakati umat Islam, iaitu hadis daripada para Sahabat -roḍiyallahu *anhum- diterima sebagai hujah jika sahih sanadnya tanpa berbelah bahagi, maka yakinlah untuk tidak menerima selain ini meskipun daripada tokoh kebesaran. Janganlah sampai semua perkara diserahkan kepada mufti atau para ulama sehingga perkara asas yang paling mendasar atau isu yang remeh atau yang mudah untuk dicerna seakan-akan kita ini sentiasa bodoh sehingga ke liang lahad dan tidak ada kemampuan independen sama sekali. Jika ini berlaku, sama ada ia adalah kepincangan yang parah pada diri kita sendiri atau sistem pendidikan kita dalam masalah yang serius.

Kadangkala, kita melihat seseorang suka menekan kita untuk menerima sesuatu pandangan atau meraikan perselisihan yang kononnya dianggap muktabar kerana ada ulama yang berpandangan sedemikian. Yang lebih parah lagi adalah mereka ini adalah pentaklid yang tidak mahu pegangannya disanggah atau mencela mana-mana orang yang menyalahinya. Mereka tidak ada hujah untuk mempertahankannya dan selalunya kerana kejahilan mereka terhadap analisis dalil. Mereka hanya mampu berkata fulan berkata atau seumpamanya untuk mempertahankan pegangan mereka. Bahkan, mereka ini juga boleh jadi sebenarnya tidak tahu membezakan pandangan syaz atau seumpamanya.

Contoh yang saya bawa ini sepertimana dalam gambar ini mungkin contoh yang ekstrim, tetapi mudah untuk dihadam oleh segenap lapisan masyarakat meskipun orang awam sekalipun. Orang awam yang pada kedudukan rendah pun akan sekurang-kurangnya ada rasa yang serba tidak kena apabila mengatakan bahawa hadis Abū Huroyroh -roḍiyallahu *anh- dan Anas bin Mālik -roḍiyallahu *anh- boleh ditolak jika menyalahi qiyas.

Saya tahu walaupun mereka ada rasa yang tidak sedap dalam jiwa mereka terhadap kaedah seperti ini, mereka mungkin tidak mahu berlebihan sehingga mencela mazhab Ḥanafiyy, lebih-lebih lagi jika itu didasari taklid. Dengan kata lain, mereka ingin kekal bersangka baik terhadap mazhab ini walaupun masih menanggung sedikit pedih dalam jantung kerana mengetahui tentang fakta ini.

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang