At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 87

6 0 0
                                    

Kesahihan Penisbahan Kitab Aṣ-Ṣifāt Kepada Ad-Dāroquṭniyy

Saya menemukan penulisan yang menafikan kesahihan penisbahan kitab aṣ-Ṣifāt kepada ad-Dāroquṭniyy dengan memetik kalam Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya menemukan penulisan yang menafikan kesahihan penisbahan kitab aṣ-Ṣifāt kepada ad-Dāroquṭniyy dengan memetik kalam Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy. Padahal, itu bukan kata-katanya. Ini entah sama ada orang yang culas dalam kajian atau sememangnya ada kesengajaan untuk berdusta dan memperdaya orang ramai.

Hakikatnya, Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy menerima penisbahan kitab ini kepadanya melalui sanad yang sampai kepadanya tanpa ada pertikaian :

قرأته على بهادر بن عبد الله الأرمني ثمَّ الدِّمَشْقِي السندي بِفَتْح الْمُهْملَة وَالنُّون مولى ابْن سَنَد بِسَمَاعِهِ لَهُ على أبي مُحَمَّد عبد الله بن مُحَمَّد بن قيم الضيائية أَنبأَنَا الْفَخر عَليّ بن أَحْمد بن عبد الْوَاحِد الْمَقْدِسِي أَنبأَنَا عمر بن مُحَمَّد بن معمر أَنبأَنَا القَاضِي أَبُو بكر مُحَمَّد بن عبد الْبَاقِي الْأنْصَارِيّ أَنبأَنَا أَبُو طَالب العشاري أَنبأَنَا الدَّارَقُطْنِيّ

Aku membacanya di hadapan Bahādur bin *Abdullah al-Armanyy ad-Dimašqiyy as-Sandiyy, maula Ibn Sanad melalui pendengaran riwayat kepadanya di hadpaan Abū Muḥammad *Abdullah bin Muḥammad bin Qoyyim aḍ-Ḍiyā^iyyah; Al-Faẖr *Aliyy bin Aḥmad bin *Abdul Wāḥid ad-Dimašqiyy telah merawi berita kepada kami; *Umar bin Muḥammad bin Ma*mar telah merawi berita kepada kami; Al-Qōḍī Muḥammad bin *Abdul Bāqī al-Anṣōriyy telah merawi berita kepada kami; Abū Ṭōlib al-*Išāriyy telah merawi berita kepada kami; Ad-Dāroquṭniyy telah merawi berita kepada kami". [Al-Mu*jam al-Mufahros, m/s 55, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut, tahqiq Muḥammad Šakūr al-Mayādīniyy].

Penisbahan kitab ini kepadanya juga adalah daripada aḏ-Ḏahabiyy dalam al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār.

Adapun, pertikaian tentang perawi yang bernama Abū al-*Izz Aḥmad bin *Ubaydullah bin Kādiš, maka ini tidak menjadi masalah. Pertama, Ibn *Asākir menyebutkan bahawa :

كان صحيح السماع

"Dia adalah sahih pendengaran riwayat". [Lisān al-Mīzān, karya Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy, jilid 1, m/s 218, keluaran Mu^assasah al-A*lāmiyy Li al-Maṭbū*āt, Beirut].

Apa yang membuktikan sahihnya periwayatan kitab ini adalah ia melalui periwayatan yang lain Abū Bakr Muḥammad bin *Abdul Bāqī al-Anṣōriyy yang disepakati kredibilitinya dan ketokohannya. Oleh itu, tidak ada masalah menerima periwayatan ini.

Kedua, kemungkinan perbuatan mendustakan hadis itu hanya berlaku sekali. Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy menyebutkan bahawa :

مشهور من شيوخ بن عساكر أقر بوضع حديث وتاب وأناب

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now