At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 158

1 0 0
                                    

Konsep Ibn *Arobiyy Ditekankan Untuk Difahami Dengan Betul, Tetapi Tidak Pada Abū Sa*īd Ad-Dārimiyy

Bersungguh-sungguh mereka mempertahankan Ibn *Arobiyy yang diindikasikan kekafirannya oleh ramai ulama yang terbilang seperti Burhānuddīn al-Baqō*iyy, Nūruddīn al-Bakriyy aš-Šāfi*iyy, Tayiuddīn as-Subkiyy, Zaynuddīn al-*Irōqiyy, Abū Zur*ah al-*Irō...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bersungguh-sungguh mereka mempertahankan Ibn *Arobiyy yang diindikasikan kekafirannya oleh ramai ulama yang terbilang seperti Burhānuddīn al-Baqō*iyy, Nūruddīn al-Bakriyy aš-Šāfi*iyy, Tayiuddīn as-Subkiyy, Zaynuddīn al-*Irōqiyy, Abū Zur*ah al-*Irōqiyy, al-Mizziyy, Sirōjuddīn al-Bulqīniyy, Badruddīn Ibn Jamā*ah, Ibn H̱oldūn, Najmuddīn al-Bālisiyy, Abū Ḥayyān al-Andalusiyy dan Šamsuddīn Muḥammad bin Yūsuf al-Jazariyy aš-Šāfi*iyy.

Mereka sehabis-habisnya menekankan bahawa jika tidak faham itu atau ini, maka seseorang itu tidak akan faham apa yang dimaksudkan Ibn *Arobiyy.

Selalunya seolah-olah kritikan terhadap Ibn *Arobiyy adalah dari orang yang tidak faham tentang hakikat kesufian atau langsung tidak pernah menempuhi tradisi ilmu kesufian sepenuhnya sepertimana tokoh sufi sehingga gagal dalam menanggapi ajaran pembawaan Ibn *Arobiyy.

Namun, saya belum pernah mendengar mereka ini menyatakan yang sama terhadap Abū Sa*īd ad-Dārimiyy melalui karyanya «an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy». Seolah-olah ad-Dārimiyy ini lekeh di mata pengagung ini dan tidak ada sumbangan besar pada hayatnya di era salaf.

Seakan-akan Allah tidak pernah melimpahkan bantuan ke atasnya dalam penghasilan karyanya dalam mempertahankan akidah ahli sunnah dan bagi mereka, tidak ada persangkaan sedikit bahawa barangkali dia termasuk para wali Allah yang di barisan tokoh sufi mereka.

Kalau disajikan kitab tersebut pada mereka, pasti itu cukup membuatkan wajah mereka merah padam dan ingin menghamburkan segala celaan yang mereka lakukan terhadap mujassimah dan musyabbihah!

Kalau mereka cuba sangka baik pun, itu tidak sekuat sepertimana yang ada pada Ibn *Arobiyy. Malah, tidak pernah pun kita akan dengar bahawa seseorang perlu memahami konsep itu dan ini untuk memahami kalam ad-Dārimiyy sepertimana yang dilakukan pada kalam Ibn *Arobiyy.

Langsung tidak ada rasa hormat terhadap imam salaf yang terbilang ini. Malah, tidak pernah ada gesaan pun untuk mendalami dan menguasai sesuatu bab ilmu supaya kita faham apa yang dimaksudkan ad-Dārimiyy sepertimana yang mereka lakukan terhadap Ibn *Arobiyy.

Ad-Dārimiyy sama sekali tidak pernah dituduh buruk setelah pemergiannya selama seribu tahun walaupun daripada ašᶜarian sekalipun. Hanya yang terkebelakangan dan kontemporari ini yang ekstrim yang melakukan sedemikian.

Namun, pembela Ibn *Arobiyy ini langsung tidak mahu ambil kepedulian yang besar untuk membela tokoh yang bebas daripada sebarang kontroversi ketika hayatnya dan setelah kematiannya.

Tokoh yang kontroversi pula diperuntukkan masa yang banyak demi menepis tuduhan terhadapnya dan mengkedepankannya di mata dunia dengan penuh ketinggian.

Sumbangan akidah dari ad-Dārimiyy yang diterima semua para ulama langsung terlalu lekeh kepada umat menurut mereka yang terkebelakangan. Tokoh yang dipalit dengan kontroversi juga ingin bermati-matian dalam membelanya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688376313919291392/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-158-konsep-ibn-arobiyy

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^On viuen les histories. Descobreix ara