At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 15 : Dampak Bobrok Argumentum Ad Verecundiam

8 0 0
                                    

Melihat hal ini tampaklah betapa jeleknya seseorang hanya mampu bermain Argumentum Ad Verecundiam atau bersandar kepada pihak berpengaruh dalam mempertahankan pendapatnya dan menyalahkan orang lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Melihat hal ini tampaklah betapa jeleknya seseorang hanya mampu bermain Argumentum Ad Verecundiam atau bersandar kepada pihak berpengaruh dalam mempertahankan pendapatnya dan menyalahkan orang lain. Saya teringat kata-kata Leonardo Da Vinci: "Sesiapa yang menjalankan argumentasi dengan menyandarkan kepada pihak berpengaruh, dia tidak menggunakan kecerdasannya; dia sekadar menggunakan memorinya". Sekarang kalian lihat bgaimana seseorang tidak menggunakan, malah berusaha untuk membangunkan hujah ilmiah dalam mempertahankan pendapatnya. Dia ibarat mengutip peluru dan melempar kepada lawan sambil berharap agar lawannya tumbang dengannya, bukan menembak dengan peluru.

Sampai bila kita akan menemukan titik kesudahan atau sekurang-kurangnya melihat dasar kepada perselisihan kalau si fulan ini berkata pendapat ini benar kerana tokohnya berkata sedemikian dan si fulan yang lain pendapat ini lebih benar benar dan yang lain salah kerana tokohnya berkata sedemikian? Masing-masing ibarat orang buta mahu bertelagah tentang cahaya lampu siapa yang lebih terang. Mereka bukan tidak sedar yang mereka hanya mampu bergantung kepada penghujahan tokoh walaupun tampak mereka menulis dengan ayat sendiri. Namun, disebabkan ketaksuban, mereka tidak mahu memilih diam sebagai jalan yang selamat unutknya.

Malah, kesan teruk lagi permainan Argumentum Ad Verecundiam adalah seseorang akan mula menggunakan Ad-Hominem sebagai serangan lain dalam menjatuhkan lawan. Mereka hanya mengungkit isu-isu peribadi yang ada pada tokoh yang lain yang tidak sependapat dengannya, bukan mahu menyerang pada hujah yang disampaikan. Manakan tidak? Mereka tidak ada daya kendiri untuk memahami penghujahan tokohnya sendiri, apatah lagi untuk membuat analisis dan sanggahan terhadap yang datang dari pihak lawan. Apa yang mereka dapat lakukan adalah menyerang aspek yang lain yang tiada berkait dengan hujahnya supaya jatuh pihak lawannya atau tercemar nama pihak lawan sehingga seolah-olah hujahnya tidak tampak kebenarannya. Inilah taktik kotor orang yang bodoh dalam mengukuhkan ketaksubannya.

Antara yang lain adalah dia akan menggunakan kesan Kontras. Dengan mencipta aura-aura sakral pada tokoh tersebut melalui sanjungan yang ditinggi-tinggikan dan menyebutkan kelebihannya yang tidak terkira banyaknya seperti banyak sanad pengajiannya, ramai gurunya, banyak kitab penulisannya, ramai anak muridnya dan lain-lain. Lalu, mereka yang tidak punya banyak kelebihan tersebut atau tiada langsung, maka mereka tidak didengarkan hujahnya secara automatik. Malah, mereka merasakan tidak berhak tokoh itu dikritik kerana aura sakralnya cukup besar sehingga ia melangkaui segala kritikan yang menerpanya.

Jelaslah bahawa bagaimana bahayanya ketaksuban. Ia bukan sahaja melahirkan sikap degil dan kepala batu, tetapi ia akan membawa kepada perseteruan dengan cara yang kotor dan jijik semata-mata untuk menjatuhkan orang yang dia tidak suka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/623812708517773312/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-15-dampak-bobrok

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now