At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 56 : Al-Aš*ariyy Dan Realiti Pemahaman Salaf

4 0 0
                                    

Tidak perlu ragu lagi bahawa orang yang mengeluarkan kenyataan sebegini sebenarnya orang yang jahil dengan perbahasan ahli ilmu tentang sifat al-*Uluww bagi Allah dalam membuktikan Allah itu di atas langit yang tujuh di atas Arasy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tidak perlu ragu lagi bahawa orang yang mengeluarkan kenyataan sebegini sebenarnya orang yang jahil dengan perbahasan ahli ilmu tentang sifat al-*Uluww bagi Allah dalam membuktikan Allah itu di atas langit yang tujuh di atas Arasy. Malah, ini bukti yang nyata bahawa al-Aš*ariyy secara umumnya sememangnya menjauhi karya-karya salaf, khususnya karya yang berorientasikan penentangan terhadap Jahmiyyah. Jika mereka menghadamkannya, nescaya kata-kata ini tidak patut dikeluarkan daripada orang yang mendakwa memahami manhaj salaf dan pendrian salaf dalam isu sifat Allah.

Sebab itu tidak menghairankan yang sebahagian al-Aš*ariyy begitu fobia dengan karya al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār karya aḏ-Ḏahabiyy, malah mengajak orang ramai agar menjauhinya. Walhal, karya tersebut penuh dengan nukilan ramai ahli ilmu yang mengisbatkan sifat al-*Uluww bagi Yang Maha Agung lagi Maha Luhur.  Tidak menghairankan lagi bahawa sememangnya wujud Jahmiyyah yang berselindung dengan aliran al-Aš*ariyy yang sememangnya bawa fahaman Jahmiyy atau di jiwanya masih tersisa fahaman tersebut.

Wahai sang jahil! Para ulama tidak mengisbatkan sifat al-*Uluww bagi-Nya yang mengisbatkan Allah itu di atas Arasy bukan kerana ḥarf Jarr *Alā (عَلَى) semata-mata pada firman-Nya *Azza Wa Jalla :

الرَّحْمَـٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ

"Yang Maha Pengasih bersemayam di atas Arasy". [Surah Ṭoha ayat 5].

Mereka mengisbatkan sifat al-*Uluww kerana makna Istawā dalam ayat itu adalah *Alā (عَلَا), iaitu berada di atas menurut beberapa ahli tafsir. Inilah zahir makna bagi lafaz tersebut yang diikat dengan ḥarf Jarr *Alā (عَلَى). Makna inilah yang diisbatkan kepada sifat tuhan sekalian alam.

Dari sini juga jelas bahawa para salaf bukan menganut fahaman tafwid makna, iaitu tidak memakai makna zahir bagi lafaz tersebut, lalu menyerahkan makna-Nya kepada Allah dan tidak menetapkan makna tertentu bagi lafaz tersebut. Jelas sekali penyimpangan ini yang didakwa bahawa inilah yang ditempuhi oleh para salaf.

Sudah berapa banyak tempat saya mengingatkan supaya al-Aš*ariyy menelaah dan menghadam karya salaf atau karya yang mengumpulkan nukilan daripada salaf, khususnya yang berkaitan dengan penentangan terhadap Jahmiyyah. Setiap kali saya mendedahkan bagaimana bezanya tempuhan salaf dan apa yang dicitrakan oleh mereka, saya dituduh mengeksploitasi kalam para salaf untuk kepentingan aliran yang saya anuti. Yang anehnya pula, saya pula dituduh menentang ulama dan tidak meghormati mereka! Walhal, hakikatnya mereka secara jelas menyalahi para ulama salaf!

Setiap kali mereka menentang, setiap kali itu juga bertambah kedegilan mereka untuk memerhati karya-karya salaf. Bahkan, kadangkala mereka buat-buat tidak tahu kewujudan kitab itu. Bahkan, mereka juga berharap kalaulah kitab tersebut tidak pernah wujud! Bagaimana mereka mampu mendakwa yang mereka memahami bagaimana manhaj salaf, tetapi mereka langsung tidak pernah cuba menyelaknya. Realiti atau delusi yang mereka berpijak? 

Saya tidak hairan mereka yang mendakwa pengikut ulama ini menentang ulama salaf apabila didedahkan isi yang terkandung dalam karya salaf. Ibn Kaṯīr berkata dalam membicarakan kisah Ibn Taymiyyah :

ثُمَّ اتَّفَقَ أَنَّ الشَّيْخَ جَمَالَ الدِّينِ الْمِزِّيَّ الْحَافِظَ قَرَأَ فَصْلًا فِي الرَّدِّ عَلَى الْجَهْمِيَّةِ مِنْ كِتَابِ " خَلْقِ أَفْعَالِ الْعِبَادِ " لِلْبُخَارِيِّ - تَحْتَ قُبَّةِ النَّسْرِ، بَعْدَ قِرَاءَةِ مِيعَادِ " الْبُخَارِيِّ " بِسَبَبِ الِاسْتِسْقَاءِ، فَغَضِبَ بَعْضُ الْفُقَهَاءِ الْحَاضِرِينَ، وَشَكَاهُ إِلَى الْقَاضِي الشَّافِعِيِّ ابْنِ صَصْرَى، وَكَانَ عَدُوَّ الشَّيْخِ، فَسَجَنَ الْمِزِّيَّ، فَبَلَغَ ذَلِكَ الشَّيْخَ تَقِيَّ الدِّينِ، فَتَأَلَّمَ لِذَلِكَ، وَذَهَبَ إِلَى السِّجْنِ فَأَخْرَجَهُ مِنْهُ بِنَفْسِهِ

Kemudian, kebetulan Syeikh Jamāluddīn al-Mizziyy al-Ḥāfiẓ membaca suatu fasal pada ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah dari kitab H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy di bawah kubah an-Nasr. Selepas pembacaan waktu perjanjian al-Buẖōriyy disebabkan musim istisqō^, sebahagian fuqaha yang hadir berang. Mereka mengadukannya kepada al-Qōḍī aš-Šāfi*iyy Ibn Ṣoṣrō yang merupakan musuh kepada syeikh itu. Lalu, dia pun memenjarakan al-Mizziyy. Sampai khabar itu kepada Syeikh Taqiyuddīn, lalu dia pun berasa pedih kerana itu. Dia pun pergi ke penjara, lalu dia sendiri mengeluarkannya daripadanya". [Al-Bidāyah Wa an-Nihāyah, jilid 18, m/s 54, keluaran Dār Hajar Li aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī* Wa al-I*lān, tahqiq *Abdullah bin *Abdul Muḥsin at-Turkiyy].

Apa yang terkandung dalam H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy sehingga orang mahu memenjarakan al-Mizziyy kerana pembacaan kitab ini? Ia mengumpulkan beberapa pandangan ahli ilmu dalam menentang Jahmiyyah, penegasan dalam pengisbatan sifat al-*Uluww bagi Allah dan pengisbatan huruf bagi kalam Allah yang mana al-Aš*ariyy menganggap bahawa mereka yang mengisbatkan suara bagi kalam Allah adalah mujassim! Sememangnya karya ini ditakuti mereka yang masih tersisa fahaman Jahmiyyahnya di jiwa mereka.

Kalaulah benar mereka jauh berbeza daripada Jahmiyyah, mengapa mereka perlu berang karya yang menentang terhadap Jahmiyyah. Ini baru sahaja H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy. Hari ini pula diuji dengan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, antara tokoh hadis salaf yang terbilang. Kitabnya ini dikotorkan reputasinya oleh tangan Jahmiyyah yang berbaju al-Aš*ariyy kerana tidak mampu menanggung pedih sepanjang menelaah karya ini. 

Masih lagi ingin menafikan bahawa mereka sebenarnya tidak berpijak dalam realiti tentang pemahaman manhaj salaf mereka?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/642861035901140992/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-56-al-a%C5%A1ariyy-dan

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now