At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 163 : Tafsir Isyari Sentiasa Berterusan?

5 0 0
                                    

Mereka mempertikaikan bahawa tafsiran isyari tidak hanya terhenti pada lapan ratus tahun Hijrah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mereka mempertikaikan bahawa tafsiran isyari tidak hanya terhenti pada lapan ratus tahun Hijrah. Ia boleh menerima penafsiran baharu walaupun tidak ada penafsiran sebegitu pada lapan ratus tahun sebelumnya.

Kalau begitu, adakah fiqh dan mana-mana pandangan agama dalam mana-mana bidang ilmu juga tidak hanya terhenti pada zaman kestabilan empat mazhab sahaja atau kitab yang telah menulis tentang ijmak dalam hal tersebut?

Hakikatnya, kalau mereka mendengar Ibn Taymiyyah mengeluarkan pandangan baru yang menyalahi empat mazhab, mereka sendiri pun tidak akan menerima pandangan baharu sepertimana mereka ingin bertegas bahawa tafsiran isyari boleh menerima penafsiran baharu walaupun tidak ada penafsiran dari pendahulunya selama beratus-ratus tahun.

Mereka membentak Ibn Taymiyyah bukan kerana melihat dari sudut hujah, tetapi hanya kerana ia menyalahi empat mazhab atau menyalahi sekalian ulama semata-mata. Tidak lebh dari sekadar itu.

Saya ingin lihat respons mereka terhadap *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam kitabnya «Ḏawq al-Ḥalāwah Bi Bayān Imtinā* Nasẖ at-Tilāwah» yang terang-terangan menyatakan bahawa pandangannya menyalahi sekalian ulama uṣūl dan mereka yang berpengkhususan *ulūm al-Qur^ān tentang isu penasakhan pembacaan al-Quran.

Adakah respons mereka sama sepertimana Ibn Taymiyyah yang menyalahi empat mazhab, bahkan menyalahi sekalian umat? Adakah mereka juga akan terbuka dengan ijtihad baru sepertimana mereka boleh menerima tafsiran isyari yang baru? Adakah mereka akan menyesatkan penafsiran atau ijtihad baru hanya kerana perkara tersebut tidak disebutkan para ulama terdahulu sepertimana mereka tidak akan mempersalahkan mana-mana tafsiran isyari yang baru sekalipun tiada isyarat yang baru? 

Mereka pun pada hakikatnya telah menuduh buruk terhadap Abū Sa*īd ad-Dārimiyy sebagai mujassim yang tidak pernah dituduh sedemikian oleh mana-mana ulama hatta ašᶜarian setelah seribu tahun kewafatannya.

Namun, yang hairannya adalah mereka melenting jika an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dikeluarkan daripada ahli sunnah. Bahkan, mereka juga berang jika *Abdul Karīm al-Jīliyy dituduh sesat dan batiniah. Apakah mereka ini hipokrit?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688393802229202944/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-163-tafsir-isyari

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^Where stories live. Discover now